Petang tadi semasa hendak membeli makanan di KFC di Bandar Sunway Seberang Jaya Penang secara drive thru, melihat sebuah lori telah menyekat laluan jalan bagi kenderaan. Lori tersebut adalah lori yang membawa muatan sejuk beku KFC untuk diedarkan kepada KFC. Dibawah ini adalah video lori yang telah menyekat laluan kenderaan.

Apa yang aku nak ceritakan adalah sikap pemandu lori tersebut. Sebenarnya aku tak sempat nak merakam kejadian apabila pemilik kereta nissan (dalam video) tu telah keluar dari kereta dan telah menegur pekerja lori tersebut agar memindahkan lori tersebut supaya laluan kereta kembali pulih semula. Pemandu lori tersebut enggan mengalihkan lori dan menyuruh kenderaan kereta supaya menggunakan laluan lain. Akibatnya pemandu lori dan kereta nissan bertengkar sesama sendiri. Pemandu kereta nissan tersebut mengeluarkan phone dan menangkap gambar perkerja dan gambar lori tersebut. Tak tahulah apa yang nak dibuatnya, mungkin ingin mengadu kepada pihak berwajib. Selepas habis ikhtiar, pemandu lori tersebut mengalah dan mengalihkan sedikit kedudukkan lori tersebut dan laluan kereta dapat digunakan semula. Itupun setelah banyak kereta yang membunyikan hon disana sini. Mungkin takut kot? hehehe. Harap jangan ada sesiapa meniru perbuatan sebegini. dan yang penting, Jangan Pentingkan Diri Sendiri…. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Releven Tag: