12 di klang - Google Blog Search |
RapidKL Jangka Tambah 150 Bas <b>Di</b> Lembah <b>Klang</b> Posted: 19 Sep 2011 12:25 AM PDT KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia pengangkutan awam, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), menjangka 150 bas bandaraya baharu akan menyertai meningkatkan perkhidmatanya di Lembah Klang. RapidKL adalah anak syarikat milik kerajaan, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).Pengarah Kumpulan Bahagian Bas Datuk Hazlan Mohamed Hussain berkata bas-bas tambahan baharu itu, akan meningkatkan kekerapan pada laluan sedia ada, yang sekaligus mengurangkan waktu menunggu para penumpang. "Bas-bas baharu itu akan membantu, terutama sekali di kawasan di mana waktu menunggunya boleh dikurangkan," katanya kepada para pemberita pada majlis penyerahan bas-baru itu oleh MAN Truck & Buses (M) Sdn Bhd (MTBM) di sini, Isnin. Melalui peningkatan kekerapan itu, Hazlan berkata syarikat itu berharap akan menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatannya dan ini akan meningkatkan perolehannya. Sementara itu, bas-bas baharu itu memasukkan ciri-ciri bagi penumpang kelainan upaya, yang akan menggunakan khas kereta beroda dan hiasan dalaman berwarna kuning bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan. – BERNAMA Related posts: |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan