Honda Selayang 8
Merupakan pusat pengedar pertama menggunakan kemudahan bernilai tinggi dibawah Identiti Korporat (CI) Honda, Kah Motor Selayang dilancar secara rasmi oleh Honda Malaysia Sdn Bhd, hari ini.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, "Objektif CI Honda adalah menawarkan jualan keseluruhan dan khidmat lepas jualan yang menjangkaui andaian pelanggan dengan memberikan fasiliti terbaik."

Bermatlamatkan bagi memberi perkhidmatan premium kepada pelanggan, Pusat 3S terbesar Honda yang terletak di Selayang ini di bina atas tanah seluas 157,000 meter persegi dengan pelaburan mencecah RM30 juta.

Pelbagai kemudahan dengan elemen moden yang ditawarkan di Kah Motor Selayang antaranya; ruang menunggu pelanggan, bahagian kanak-kanak dan bilik kejururawatan serta ruang kerja eksekutif termasuk 28 ruang membaiki kereta yang berkeupayaan membaiki hampir 140 buah kereta setiap hari.

Menyasarkan untuk membuka 90 pusat pengedar sehingga 2015, Honda Malaysia kini memiliki 75 pusat pengedaran di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai servis dan perkhimatan yang ditawarkan, sila hubungi Kah Motor Selayang di talian 03-61851888 atau layari www.honda.com.my.