Sabtu, 15 Mac 2014

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Jerebu <b>di Pelabuhan Klang</b> dan Banting catat TPU paras bahaya <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2014 09:32 PM PDT

KUALA LUMPUR — Pelabuhan Klang dan Banting mencatat
bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya setakat 7 pagi ini dengan
masing-masing mencecah 352 dan 316.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan
Kelang meningkat dari bacaan 233 (sangat tidak sihat) pada 6 petang semalam
kepada paras berbahaya pagi ini manakala Banting dari bacaan 189 kepada 316.

jerebu banting
13 kawasan mencatat IPU tidak sihat ialah Petaling Jaya dengan bacaan 186,
Putrajaya (176), Batu Muda (176), Shah Alam (165), Cheras (147), Kuala Selangor
(152), Nilai (165), Port Dickson (168), Seremban (155), Bukit Rambai (134),
Bandaraya Melaka (115), Muar (111) dan Tanjung Malim (107).
Sementara 18 kawasan lain mencatat IPU sederhana dan 18 lagi mencatat
bacaan IPU baik.
Semalam Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 sekolah di daerah
Klang ditutup serta-merta hari ini berikutan bacaan IPU di kawasan itu mencecah
bacaan sangat tidak sihat, sejak petang semalam.
Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak
sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).
Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan
melayari portal http://apims.doe.gov.my.

Sementara itu di SHAH ALAM Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) telah
mengarahkan kesemua 71 buah sekolah di daerah Kuala Langat supaya ditutup hari
ini berikutan jerebu, selain 131 sekolah di daerah Klang.
Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata sekolah boleh
ditutup sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200 iaitu bacaan sangat
tidak sihat.
Bacaan IPU di Pelabuhan Klang di dalam daerah Klang ialah 233 (sangat tidak
sihat) pada 6 petang semalam, tetapi meningkat kepada paras berbahaya 352
setakat 7 pagi tadi.
Manakala IPU di Banting di daerah Kuala Langat ialah 189 (sangat tidak
sihat) semalam dan meningkat kepada 316 (berbahaya) hari ini.
Mahmud berkata semasa arahan penutupan sekolah di Kuala Langat dilakukan
hari ini, para pengetua mendapati pelajar di sesetengah sekolah di Tanjung
Sepat, Banting mula mengalami masalah mata merah dan berair.
"Kita benarkan pengetua menggunakan budi bicara masing-masing untuk menutup
sekolah," katanya.

12 di ampang - Google Blog Search

di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Hutan <b>Di Ampang</b> Terbakar Seperti Gunung Berapi | Fuh.My

Posted: 18 Feb 2014 05:44 AM PST

Hutan Di Ampang Terbakar Seperti Gunung Berapi | AMPANG – Seorang wanita yang baru pulang dari Jawa Timur dua hari lalu menyamakan keadaan rumahnya seperti di kawasan gunung berapi di Magelang, Indonesia akibat kebakaran bukit bersebelahan rumahnya di Jalan SU 2B, Sering Ukay, di sini, malam kelmarin.

Hutan Di Ampang Terbakar Seperti Gunung Berapi

Menceritakan kembali tragedi kebakaran itu, Angel Sebayang, 54, beliau sedang menonton televisyen seorang diri di ruang tamunya kira-kira jam 9 malam manakala suaminya pula berada di Indonesia atas urusan kerja.

Menurutnya, ketika hendak melelapkan matanya, dia dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan dipercayai mercun yang amat kuat dari luar rumahnya.

"Saya mendengar bunyi letupan tidak kurang dari lima kali dan nampak beberapa cahaya terang dari tingkap rumah," katanya.

Angel berkata, tidak lama selepas itu, dia mendengar jeritan 'api, api' daripada jiran berdekatan dengan rumahnya.

Katanya, sebaik sahaja keluar dari rumah, dia nampak kebakaran berlaku di kaki bukit tersebut, kira-kira 50 meter daripada rumahnya.

"Kebakaran merebak begitu cepat kerana angin kencang. Namun, mujurlah angin tidak bertiup ke arah rumah penduduk, sebaliknya, angin bertiup ke arah bukit.

"Melihat kebakaran itu, saya terus mengambil barang-barang penting seperti pasport, kad ATM, wang ringgit dan beberapa barang lain sekiranya kebakaran merebak ke rumah saya," katanya.

Menurut Angel, bomba tiba di tempat kejadian 30 minit kemudian dan berjaya mengawal kebakaran dengan cepat.

Seorang lagi saksi, Holifah Abdullah, 42, berkata, ketika kejadian, dia sedang menjaga anak majikannya. Menurutnya, majikannya turut keluar membantu penduduk memadamkan kebakaran.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut jam 9.22 malam dan jentera
pertama tiba di tempat kejadian jam 9.51 malam.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Wangsa Maju, Pandan Indah dan Hang Tuah bersama 33 orang anggota termasuk polis dan JPAM digerakkan ke lokasi dan pihaknya berjaya
memadamkan kebakaran sepenuhnya kira-kira jam 2 pagi.

"Beberapa penduduk mendakwa mendengar bunyi letupan sebelum kebakaran dan tiada orang yang tercedera dalam kebakaran yang dianggarkan seluas 10 hektar itu," katanya.

Sani menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan kebakaran secara terbuka ketika musim panas ini kerana kebakaran mudah merebak semasa musim ini.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Latest posts by Beki Mustaffa (see all)

Comments

comments

Ops Gempur Aedes <b>Di Ampang</b> - MYNEWSHUB.MY - PORTAL <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 01:15 AM PST


KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan melaksanakan Ops Gempur Aedes di Pangsapuri Seri Nilam, Ampang di sini pada 11 Februari ini.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan media memberitahu, operasi itu susulan daripada kejadian kes dan wabak denggi yang tinggi dan berulang-ulang di kawasan tersebut.

"Ops Gempur Aedes di Pangsapuri Seri Nilam itu akan diadakan bermula pukul 8 pagi," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Ops Gempur Aedes di Pangsapuri Seri Nilam itu turut melibatkan anggota Unit Vektor MPAJ dan dari daerah lain di Selangor. – mynewshub.my

Anda mungkin juga meminati:

Ops Gempur Aedes Di Ampanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/Kadar-Pembiakan-Aedes-1024x623.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/Kadar-Pembiakan-Aedes-150x150.pngMyNewsHub Terkini,,

KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan melaksanakan Ops Gempur Aedes di Pangsapuri Seri Nilam, Ampang di sini pada 11 Februari ini. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan media memberitahu, operasi itu susulan daripada kejadian kes dan wabak denggi yang tinggi dan berulang-ulang di kawasan tersebut. 'Ops...

<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan melaksanakan Ops Gempur Aedes di Pangsapuri Seri Nilam, Ampang di sini pada 11 Februari ini.</p> <p style="text-align: justify;">Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan media memberitahu, operasi itu susulan daripada kejadian kes dan wabak denggi yang tinggi dan berulang-ulang di kawasan tersebut.</p> <p style="text-align: justify;">"Ops Gempur Aedes di Pangsapuri Seri Nilam itu akan diadakan bermula pukul 8 pagi," kata kenyataan itu hari ini.</p> <p style="text-align: justify;">Menurut kenyataan itu, Ops Gempur Aedes di Pangsapuri Seri Nilam itu turut melibatkan anggota Unit Vektor MPAJ dan dari daerah lain di Selangor. - mynewshub.my</p>