Sabtu, 15 Mac 2014

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Jerebu <b>di Pelabuhan Klang</b> dan Banting catat TPU paras bahaya <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2014 09:32 PM PDT

KUALA LUMPUR — Pelabuhan Klang dan Banting mencatat
bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya setakat 7 pagi ini dengan
masing-masing mencecah 352 dan 316.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan
Kelang meningkat dari bacaan 233 (sangat tidak sihat) pada 6 petang semalam
kepada paras berbahaya pagi ini manakala Banting dari bacaan 189 kepada 316.

jerebu banting
13 kawasan mencatat IPU tidak sihat ialah Petaling Jaya dengan bacaan 186,
Putrajaya (176), Batu Muda (176), Shah Alam (165), Cheras (147), Kuala Selangor
(152), Nilai (165), Port Dickson (168), Seremban (155), Bukit Rambai (134),
Bandaraya Melaka (115), Muar (111) dan Tanjung Malim (107).
Sementara 18 kawasan lain mencatat IPU sederhana dan 18 lagi mencatat
bacaan IPU baik.
Semalam Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 sekolah di daerah
Klang ditutup serta-merta hari ini berikutan bacaan IPU di kawasan itu mencecah
bacaan sangat tidak sihat, sejak petang semalam.
Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak
sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).
Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan
melayari portal http://apims.doe.gov.my.

Sementara itu di SHAH ALAM Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) telah
mengarahkan kesemua 71 buah sekolah di daerah Kuala Langat supaya ditutup hari
ini berikutan jerebu, selain 131 sekolah di daerah Klang.
Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata sekolah boleh
ditutup sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200 iaitu bacaan sangat
tidak sihat.
Bacaan IPU di Pelabuhan Klang di dalam daerah Klang ialah 233 (sangat tidak
sihat) pada 6 petang semalam, tetapi meningkat kepada paras berbahaya 352
setakat 7 pagi tadi.
Manakala IPU di Banting di daerah Kuala Langat ialah 189 (sangat tidak
sihat) semalam dan meningkat kepada 316 (berbahaya) hari ini.
Mahmud berkata semasa arahan penutupan sekolah di Kuala Langat dilakukan
hari ini, para pengetua mendapati pelajar di sesetengah sekolah di Tanjung
Sepat, Banting mula mengalami masalah mata merah dan berair.
"Kita benarkan pengetua menggunakan budi bicara masing-masing untuk menutup
sekolah," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads