[unable to retrieve full-text content]BANGI, 6 JAN : Tanah 200 ekar yang diambil di Bukit Raja oleh Kerajaan Selangor adalah untuk kepentingan awam, iaitu untuk membina kem tentera, dan adalah tidak adil jika ia digunakan untuk tujuan komersial. Oleh itu, Kerajaan ...
Publish date: December 9, 2013 8:19 am Contact Name: arman Price:RM230 Region: Selangor Location: Flat Dahlia,Bukit Raja,Klang Phone:0162208462 Tags:Bukit Raja, Flat Dahlia, klang
Berdekatan dengan jusco bukit raja Berhampiran dengan kemudahan asa seperti bank, kedai makan dan lain – lain. Berhampiran tol dan tempat strategik mudah ke shah alam,meru dan klang Senang mendapat parking kereta Sila hubungi : 0162208462 0173181699
Saya berminat untuk menawarkan khidmat sebagai guru tuisyen untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM yang bertempat di rumah saya di Taman Dahlia Fasa 7. Subjek untuk sekolah rendah ialah Matematik, Sains dan BM manakala subjek untuk sekolah menengah ialah Matematik/Matematik Moden dan BM.
Tempoh dan masa boleh bincang. Harga belakang cerita, sebab saya minat untuk bantu adik-adik dalam proses pembelajaran. Saya bekerja di tapak projek KLIA2, malam saya free. Daripada saya tak buat apa-apa aktiviti, ada baiknya saya luangkan masa untuk bantu adik-adik siapkan homework ke, ulangkaji ke, majukan diri pun boleh insyaAllah!
Jika berminat, boleh hubungi saya di talian 011 - 2881 1820 atau 017 - 7249 054 (Mila)
Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali telah berpindah ke Laluan Utama, Batang Kali. Sebelum ini Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali berada di Taman Emas,Batu 30, Hulu Yam Lama.
Lokasi Pejabat Khidmat Adun Batang Kali berhadapan di seberang jalan Balai Polis Batang Kali berdekatan Public Bank dan Stesen Komuter Batang Kali.
YB akan berada di pejabat pada setiap hari Khamis sahaja.
Dua tiga minggu ini saya sedang memproses permohonan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil jadi memang berurusan dengan beberapa pejabat kerajaan – Pejabat MPOB, Pejabat Tanah & Galian dan Pejabat Khidmat Adun kawasan.
Pagi tadi ke Pejabat Khidmat Dun Hulu Bernam, Kampung Titiwangsa , Kelumpang. Malangkan YB tiada dipejabat kerana turun ke Kuantan membantu mangsa banjir.
Kalau tak berurusan, memang tak pernah ambil peduli. Hanya lalu dan pandang. Sesekali kena mencari, kalut juga nak tahu lokasi sebenar. Kalau ringan mulut bertanya, InsyaAllah akan ada yang membantu.
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie
Tempoh hari ARICOM menerima panggilan dari seorang pelanggan yang baru sahaja membeli sebuah kediaman jenis teres setingkat di daerah Jenjarom, Selangor. Dari bual bicara, pemilikmahukan kediaman barunya ini memilik sebuat set kabinet dapur yang elegan dan sempurna. Begitu juga beliau mengidamkan sebuah almari pakaian sediabina untuk bilik utama.
Zal tiba di rumah pelanggan di daerah Jenjarom, Selangor.
Setelah memahami apakah kemahuannya, ARICOM memberi cadangan dan pandangan setelah mengambil kesemua ukuran di bahagian-bahagian tertentu. Oleh kerana kediaman ini mempunyai ruang-ruang yang cukup terhad jadi ARICOM menggunakan setiap inci yang ada untuk dimanfaatkan.
Setelah meneliti keseluruhan ruang rumah dan memahami apa yang dimahukan pemilik, akhirnya ARICOM memberikan satu cetusan idea penuh inspirasi. Meski pun punya ruang yang terhad, ARICOM tampil membawakan struktur dapur yang cukup moden dan ringkas buat keselesaan memasak. Walaupun kabinet dapur ini tidak besar namun susunan rapi dan reka bentuknya cukup menarik, tampil beraura dan berkonsepkan moden. ARICOM memberi 2 cadangan tona warna untuk pilihan tuan rumah, samada alunan hitam zaitun ataupun pilihan rona coklat tanah. Jadi ianya terserah kepada pemilik untuk memilih.
Ruang dapur asal dan ruang dapaur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Hitam Zaitun.
Ruang dapur asal dan ruang dapur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Coklat Tanah.
Bagi ruang bilik tidur pula, ARICOM menampilkan satu sentuhan almari pakaian sediabina yang serba ringkas tetapi anggun. Dengan 3 pintu tolak berkonsepkan almari Jepun, dua daripadanya berterapkan cermin bias agar dapat meluaskan lagi ruang bilik yang terhad ini. Dengan ruang-ruang penyimpanan yang selesa, segala pakaian dan fabrik dapat disimpan dan disusun rapi.
Ruang asal bilik tidur utama dan selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) almari pakaian sediabina berkonsepkan 'Modern Jappan'.
Nah... kini tuan rumah amat berpuas hati dengan cetusan idea dan proposal kami. Bagi keluarga ini mereka tidak sabar melihat hasilnya dan memulakan kehidupan indah di kediaman baru ini.Segala proses renovasi dan dekorasi ini bakal bermula pertengahan April 2011 ini!
Adakah anda juga punya impian yang sama, mahu memiliki ruang-ruang indah di dalam kediaman anda, inilah masanya, berbicaralah bersama ARICOM dan dapatkan sentuhan inspirasinya....Setiap dari anda berhak memilik kediaman impian!
KUALA LANGAT – Hasrat Ketua Wanita UMNO cawangan Jenjarom untuk membuat pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Jenjarom di sini tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal lain kelmarin.
Nor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Foto -BH
Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Jenjarom itu, Nor Asmah Paniti, 52, yang menunggang motosikal Modenas seorang diri dilanggar dari belakang oleh motosikal jenis EX5.
Penunggang motosikal EX5 ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Nor Asmah mahu membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan klinik kesihatan.
Akibat rempuhan kuat, Nor Asmah terjatuh daripada motosikal menyebabkan kepalanya cedera parah manakala kaki dan tangan kanannya patah menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas 14 jam menerima rawatan.
Remaja terbabit pula patah tangan kiri selain mengalami luka-luka di badan dan dirawat di Hospital Banting.-kosmo
Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua.. Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu... (Aku tukar sikit liriknya) Melayu Telok..where you at? Jawa Sijangkang...where you at?, Melayu/ Jawa Kg. Medan...where you at?, Jawa Kebun Baharu...where you at? Jawa Jenjarom...Where you at? Sakai Telok Gonjeng...where you at? Semua ada berapa? Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!) Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom. Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok. Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture, kata cikgu omputeh aku dulu.
Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya. Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya..... Kampung Telok Panglima Garang Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli. Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh. Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata : "JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG" Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama Kampung Telok Panglima Garang manakala lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh
Kampung Sijangkang Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Kampung Sijangkang terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat. Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut 'si'. Maka timbul nama 'Si Jangkang' yang akhirnya bertukar menjadi 'SIJANGKANG'.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907. ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung Pendamar. Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.
Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925, ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah. Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar) Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat, selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru, Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Pulau Carey Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey, beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng. Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia. Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun, Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a). Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang, yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng. Kampung Jenjarom Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar. Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom, Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang. Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu, rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai Kampung Jenjarom. Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan dengan sebuah papan tanda.
Mood RAYA semakin menjadi-jadi kebelakangan ni ! Dalam duk layanz lagu raya, tiba2 terjumpa videoklip lagu baru dari artis baru seperti iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Yang SPECIAL nyer video ni dibuat di KAMPUNG JENJAROM tau. Kampung En. Arep tu ! Tiap2 minggu Cikgu Norazimah balik kampung, tak tahu lak ada artis wat videoklip. Tup..tup..kuar kt youtube ! Tu pon anak sedara yang tag kan video tu, kalau tak, memang tak tahu ler..hehe
Cikgu Norazimah tertanya-tanya gak, nape le dorang tak wat shooting kt umah mak mertua yer, lagi old skul tau umah mak mertua Cikgu Norazimah ni. Kalau tak, boleh ler glamer kejab ! Ahaks...
~ Rumah klasik dibuka untuk shooting drama/filem ! Sila PM Cikgu Norazimah yer..hahahaha ~
[p/s: pengsan kalau bapak mertua baca entry ni.. nth paper menantu sorang ni ! wink ]
Mood RAYA semakin menjadi-jadi kebelakangan ni ! Dalam duk layanz lagu raya, tiba2 terjumpa videoklip lagu baru dari artis baru seperti iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Yang SPECIAL nyer video ni dibuat di KAMPUNG JENJAROM tau. Kampung En. Arep tu ! Tiap2 minggu Cikgu Norazimah balik kampung, tak tahu lak ada artis wat videoklip. Tup..tup..kuar kt youtube ! Tu pon anak sedara yang tag kan video tu, kalau tak, memang tak tahu ler..hehe
Cikgu Norazimah tertanya-tanya gak, nape le dorang tak wat shooting kt umah mak mertua yer, lagi old skul tau umah mak mertua Cikgu Norazimah ni. Kalau tak, boleh ler glamer kejab ! Ahaks...
~ Rumah klasik dibuka untuk shooting drama/filem ! Sila PM Cikgu Norazimah yer..hahahaha ~
[p/s: pengsan kalau bapak mertua baca entry ni.. nth paper menantu sorang ni ! wink ]
Banjarmasin (ANTARA News) - Tingkat keasinan Sungai Martapura Kota Banjarmasin, Kalimantan Selatan, kian tinggi lantaran hujan tidak turun selama sebulan belakangan ini, kata Direktur Perusahaan Air Minum (PDAM) Bandarmasih, Kota Banjarmasin, Ir. Muslih.
"Dua hari lalu kadar sungai martapura tercatat 450 miligram per liter, tetapi sekarang, Minggu ini, sudah tercatat 960 miligram per liter," ujarnya, Minggu.
Menurut dia, tingginya kadar garam di air Sungai Martpaura tersebut menyebabkan penyedotan air baku untuk perusahannya di intake Sungai Bilu belakangan ini sempat terhenti sekitar empat jam per hari, padahal biasanya bisa disedot selama 24 jam.
Tingkat keasinan yang tinggi terjadi pada malam hari, menurut dia, setelah pagi hari air Sungai Martapura tersebut kembali tawar kemudian bisa disedot lagi sebanyak kapasitas 500 liter per detik.
Akibat masalah tersebut, dikatakannya, memang terjadi kendala dalam penyediaan air baku sekitar 10 persen, sehingga perusahaannya lebih kosentrasi pengambilan air baku di bilangan Sungai Tabuk atau sekitar 20 kilometer ke hulu dari kasasan Sungai Bilu yang masih aman dari intrusi air laut.
Hasil tes terakhir kandungan garam di bilangan intake Sungai Bilu tercatat 960 miligram per liter, jauh lebih tinggi tingkat ideal yang bisa diolah menjadi air bersih 250 miligram per liter, katanya.
Tingginya kandungan garam di Sungai Martapura tersebut, dikatakannya, setelah debit air sungai turun drastis karena persediaan air di sungai yang berhulu ke Pegunungan Meratus tersebut berkurang pada kemarau saat ini.
Selain itu, ia menilai, hal itu membuktikan bahwa kawasan resapan air Pegunungan Meratus yang merupakan hulu Sungai Martapura kondisinya sudah rusak akibat berbagai aktivitas manusia, sehingga tekanan air ke hilir berkurang hingga air laut mudah masuk ke sungai.
Walau adanya penurunan persediaan air baku, ia menyatakan, distribusi air bagi 147.000 pelanggan tetap normal-normal saja, namun tekanannya tidak sederas biasanya.
Kepada masyarakat, ia mengimbau, tidak memanfaatkan air sungai Martapura untuk kebutuhan memasak dan minum, karena dapat berdampak negatif bagi kesehatan, khususnya memicu penyakit diare.
Sebelum ini tersebarnya di media sosial sebuah video kejam sekumpulan gangster secara beramai-ramai menetak seorang lelaki India dengan parang sehingga mati.
Kini, tersebar pula sekeping gambar ngeri yang didakwa mayat lelaki tersebut yang menunjukkan kesan tetakan di seluruh anggota badannya.
Sebenarnya kejadian tersebut telah berlaku pada 23 Mac 2013. Ikuti berita penuh dibawah:
SUBANG JAYA - Seorang pemilik kedai runcit maut diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang dalam satu kejadian di Batu 14, Puchong, malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai R Thangavellu, 25, maut di tempat kejadian selepas cedera parah ditetak.
Dalam kejadian sama juga seorang penjual burger dan dua lelaki dipercayai pelanggan yang berada berhampiran kedai runcit turut cedera parah ditetak oleh kumpulan yang sama.
Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, penyerang terdiri daripada lapan lelaki bertopeng ski menaiki dua buah kereta jenis Proton Waja.
Menurutnya setakat ini siasatan kejadian menjurus ke arah perselisihan faham dan dendam.
"Terdapat tetakan pada bahagian sebelah kanan kepala yang menjadi punca kematian mangsa," katanya.
Difahamkan mangsa tinggal bersama keluarganya di Batu 18 Puchong dan menjalankan perniagaan sejak setahun yang lalu.
Menurut Yahya tiga yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Serdang.
"Ke semua suspek menggunakan parang untuk menyerang dan mereka sedang dikenal pasti polis," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu bapa mangsa T Paniselvam, 55, berkata, anaknya itu pernah memberitahu ada pergaduhan berlaku di kedainya minggu lalu dan laporan polis juga telah dibuat.
Jelas Paniselvam, dia percaya kejadian pembunuhan anaknya itu didalangi oleh suspek yang sama yang terlibat dalam pergaduhan sebelum ini. (12/4/2013 - Bernama)
Jenayah ini berlaku sebelum ops cantas digerakkan, mungkin ramai dah gang ni kena cantas PDRM.
Namun timbul sedikit keraguan mengenai berita di atas. Kejadian berlaku pada 23 Mac 2013, tetapi berita yang disiarkan oleh BERNAMA mendakwa kejadian berlaku pada 12 April 2013. Kemungkinan juga tarikh yang ditetapkan oleh CCTV tersebut tidak tepat.
Apa-apa pun, diharapkan kepada sesiapa yang telah menonton video ini mengambil iktibar agar menjauhi kegiatan-kegiatan gangsterism, samseng, penyangak etc.
KUALA LANGAT: Tanjung Sepat berpotensi untuk dibangunkan menjadi kawasan pelancongan baru di Selangor yang mempunyai keunikan tersendiri melalui persekitaran alam bersih dan indah serta penghasilan produk tempatan.
Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, berkata persekitaran kawasan itu akan dibangunkan dengan penambahan beberapa projek nilai tambah sekaligus menjadikan kawasan persisiran pantainya dapat dinikmati keindahannya oleh para pelancong khususnya di Kampung Batu Laut.
Malahan katanya, keunikan dan keindahan kawasan perkampungan tradisi akan menjadi produk pelancongan yang boleh dinikmati pelancong melalui program inap desa atau Homestay.
"Di sini adalah kawasan yang sesuai untuk sukan rekreasi pelahu layar yang telah melahirkan anak tempatan yang berjaya dalam sukan di peringkat antarabangsa," kata beliau.
Haslin berkata demikian semasa Program Karvival Rakyat DUN Tanjong Sepat di Pantai Batu Laut di sini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.
Haslin berkata melalui penganjuran Karnival Mesra Rakyat DUN Tanjung Sepat juga adalah untuk mempromosikan produk usahawan tempatan agar mempunyai pasaran yang lebih baik.
Katanya ia juga diharap dapat memberikan motivasi kepada usahawan generasi muda agar dapat membangunkan produk tempatan yang boleh dipasarkan sehingga peringkat luar negara.
"Diharap ketua di peringkat tempatan dapat memainkan peranan yang penting untuk menjadikan kawasan Tanjong Sepat menjadi kawasan yang bersih dan indah," kata beliau. Tanjung Sepat adalah sebuah kawasan di daerah Kuala Langat merupakan sebuag perkampungan nelayan yang kebanyakkan penduduknya terlibat dengan industri perikanan.
Antara perusahan yang terkenal di kawasan ini adalah buah naga, cendawan ganoderma, cendawan tiram, kopi dan kerepek. EZY
[unable to retrieve full-text content]BERANANG 02 JUN : Penduduk khususnya kalangan remaja di mukim Beranang kini berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sukan selepas gelanggang sukan yang bernilai kira-kira RM150,000 siap sepenuhnya, baru-baru ...
ahad minggu lepas.. kite balik rumah PIL kat beranang.. balik sana sbb ada makan2.. hubby buat makan2.. saja jer.. kebetulan lak.. abg long hubby dtg dari t'ganu balik.. balik dgn menantu pertama.. hari tu masa kenduri kawen anak dia.. kiteorg semua x dpt nak pergi sana.. sbb kenduri dorg buat masa hari kerja.. kan ker cuti t'ganu lain sikit dari sini.. jumaat dorg cuti kite kerja.. kite ahad cuti.. dorg kerja.. yg tgh duduk tu la MIL kite.. kecik jer org nyer.. yg tgh pegang nak ceduk air tu.. kak ipar hubby kite.. yg baru dtg dari t'ganu.. kalau dah namanya org kampung.. kalau time makan.. reramai cam ni.. mmg eloklah duk kat lantai.. lg afdal.. muat sikit.. dari makan atas meja..
yg kawen awal bulan hari tu.. yg pakai cekak putih tu.. yg tu anak buah abg paling tua sekali.. rasa nya beza umur dgn abg.. x sampai pun 15thn.. hubby dia yg sblh kak ipar hubby kite tu.. yg tembam2 sikit tu.. ahhahaha.. suke2 jer panggil dia tembam kan.. ok lah dari pak mertua kite bg gelaran.. the buntal man.. kih3.. gelak jer sume.. masa dorg makan tu.. dah siap masak ayam gulai letak pucuk ubi.. yg ni ayam kite bawak.. ayam gulai gak.. tp letak kentang.. uii.. kalau masak pakai kayu api.. nak2 lak PIL n geng masak.. mau nyer x sedap.. sehingga menjilat jari la jawabnyer.. oh! petua kalau masak ayam gulai ni.. rupanya lg sedap kalau guna.. ayam pencen,, kalau guna ayam kampung atau bandar.. x best.. manis ayam tu x der.. tu sbb nyer kalau masak lauk ni jer.. kite sker.. haha.. kite saje nak interprem dia.. asyik makanan jer kan.. sesekali masuk sekali gbmr laki lak.. alah.. mmg x hensem pun.. mak kite ckp abg rentung xpelah rentung pun rentunglah.. tp dia penyayang.. itu penting.. pembersih.. pewangi.. sedap dicium dan dipeluk.. kah3 alah gmbr x bepe nak clear.. biasalahkan.. dah nak makan.. baru nak ambil.. tu pun ambil cpt2 sblm biras lain ceduk.. yg ni ayam masak gulai letak pucuk ubi.. tentu la sedap kan.. masak cara orang minang.. mana x sedapnyer.. kita makan kat dlm rumah.. lps batch pertama makan.. tuk hubby,abg ipar hubby ngan bapak mertua lak.. kite sediakan kar luar rumah.. sbb dorg yg tggu lauk batch kedua masak.. dorg makan blkg rumah bawah pokok.. sambil makan sambil menghirup udara segar.. angin pun bertiup sedap.. nyaman jer rasa.. masa ni kite dah siap makan.. hubby? huih.. makan tiga pinggan dia kata.. mana tak nyer kan.. kite dah sarapan.. dia dari pagi x makan apa.. tu yg tghari balun smpi tiga pinggan.. masa ni lauk yg kedua dah nak masak.. masak yg kedua ni tuk sape2 nak bwk balik.. biasalah.. dah benda sedap.. kalau x bawak balik mmg x sah.. kite bungkus dua plastik.. satu tuk makan malam... satu nyer tuk sahur lak.. nyum3.. berbaloi3 balik.. betul uols.. kalau masak pakai kayu api.. mmg lain rasanya dgn masak pakai dapur gas.. yg seksi tu bapak mertua ku.. yg blkg tulak mak mertua.. yg tgh mencedok x renti2 makan tu.. hubby kite @ abg rentung bak kata mak kite.. hubby selalu kata.. mentang2 lah anak dia ni putih melepak.. dia kata nyer menantu dia ni rentung.. hahhahaha.. mak ayg gurau2 jer yang oiii.. rentung2 pun.. i lap u..
Untungnya orang Beranang. Perkampungan melayu yang terletak hanya 35KM sahaja dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan 30 KM ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya. Di Beranang sudah banyak kelihatan rumah-rumah banglo didirikan oleh penduduk kampung di situ. Memiliki tanah sendiri memberikan kelebihan kepada orang kampung kerana dapat membina rumah yang cantik dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding membeli daripada pemaju perumahan.
Banglo di Beranang semua besar-besar dan cantik-cantik belaka. Pun di sini orang awam bebas keluar masuk. Tiada kawalan keselamatan dilakukan.