Rabu, 12 September 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Hari Terbuka Y.A.B. <b>Dato</b>` Menteri Besar <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2012 04:05 PM PDT

Shah Alam, 01 Syawal 1433 = 19 Ogos 2012 (Ahad):

Memang dari awal lagi Adun Bangi berhasrat untuk menghadiri Hari Terbuka Eidul Fitri Dato` Menteri Besar Selangor yang diadakan pada hariraya pertama – hari ini di Pekarangan Dewan Negeri-Bangunan SSAAS, Shah Alam. Lantaran itu sesudah menunaikan Solat Sunat Hariraya Eidul Fitri di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada pagi ini Adun menghantar isteri dan anakanda pulang ke rumah bagi persediaan tamu hadir – terutama anak-cucu. Adapun Adun memandu berseorangan berbaju Melayu bersamping dan bersongkok ke Shah Alam.

Tiba di hadapan pagar, pengawal mengarah untuk meneruskan panduan ke sebelah kiri. Semua tempat di luar telah penuh dengan kenderaan yang datang. Tempat parking khas bagi Adun-Adun disekat dari memasuki, kerana khemah-khemah memenuhi ruang dari bangunan SSAAS ke Dewan Negeri, sampai ke belakang diarah lagi ke belakang bangunan dan akhir sekali turun ke bahagian parking paling bawah baru ada kekosongan.

Dari sini untuk kehadapan Dewan agak jauh, sudah tentu berpeluh dahulu berjalan baru tiba, mujur juga ada perkhidmatan bas yang membawa pengunjung ke hadapan Dewan. Adun naik dan menunggu sehingga bas penuh dengan pengunjung dan dibawa pemandu ke hadapan Dewan. Tiba dihadapan Dewan didapati penuh dengan pengunjung. Mereka sedang beratur memilih makanan, sedang di atas pentas juruacara mengendalikan pengumuman dan juga hiburan. Adun menyelinap di tengah orang ramai mencari tempat yang bersesuaian hingga terbawa ke bahagian VIP dan di sini dapat menemui seperti Y.B.Lee Kim Sin Adun Kajang, Y.B. Phlip Tan Choon Swee Adun Teluk Datuk, Kemudian hadir Y.B. Dr.Ahmad Yunus Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Ketemu sama, S.S.Dato` Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abdul Wahid, Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Dato` Haji Mohd Jaafar Bin Atan Dato` Bandar Shah Alam. Adun berkesempatan duduk dan bercakap-cakap dengan pengunjungp-pengunjung kehormat. Menurut pengumuman yang dibuat bahawa Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor akan tiba jam 12.00 tengahari. Sementara ketibaan kami terus bercakap-cakap dan makan-makan. Adalah difahamkan Y.A.B Dato` Menteri Besar melakukan Kunjungan Hormat mengadap DYMM Sultan Selangor selepas menunaikan solat Eidul Fitri. Sementara itu Tuan Speaker Y.B. Dato` Chang Khim yang tiba menyambut tetamu dan membahagikan duit raya kepada anak-anak yang hadir.

Kehadiran Y.A.B. terus diiring ke lobi Bangunan Annex – Anjung Dewan Negeri. Beliau menemui warga-warga emas yang uzur dan OKU yang sengaja ditempatkan di lobi Anjung Dewan yang lebih selesa. Y.A.B. Dato` Menteri Besar turut sama diiringi oleh Isteri dan anak serta cucu yang ada masa didukung cucunya semasa menemui pengunjung-pngunjung dari kalangan warga emas dan OKU. Adun turut sama ke lobi Anjung Dewan dengan tujuan untuk sama mengambil gambar semasa Y.A.B. meraikan warga emas dan OKU berkenaan.

Kemudian barulah Y.A.B. keluar dari Bangunan Anjung Dewan dan ke bawah khemah dan menemui orang ramai yang berpusu-pusu datang. Suasana adalah amat meriah. Banyak pilihan makanan yang dihidangkan, termasuklah nasi beriani, mee, sate, karipap, buah-buahan dan berbagai lagi makanan. Jumlah mereka yang datang dari berbagai kaum mungkin meningkat kepada 40 ribu orang.

Daripada kehadiran mencerminkan Y.A.B. Dato` Menteri Besar adalah Menteri Besar yang berwibawa dan disayangi rakyat jelata, khususnya bagi rakyat negeri Selangor.

Sekian.

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Masjid Bandar <b>Bukit Raja</b>: KARMA BBR 2.0 HARI PERTAMA- Forum <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 01:42 AM PDT

OMBAK RINDU.... Ramai orang kita yang masih demam dengan filem popular tanahair sehingga telah mengiktirafkan pelakon utamanya Aaron Aziz sebagai Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

   

Tahukah kita disebalik nama OMBAK RINDU yang dipaparkan. Forum Addin telah mengupas topik ini dalam konteks islamik melalui ahli panel Ustaz Dr Shauqi Othman (UPM) dan Ustazah Zawiyah Hassan (Mudhirah Ustaz Pilihan Astro Oasis) dengan perantaranya dikemudi oleh Ustaz Kapten Asri yang mengambil tempat Ustaz Zulkifli Ahmad yang keuzuran di saat akhir.

 

Selepas solat maghrib berjemaah yang diimami oleh Ustaz Zabar (Imam Masjid Kg Batu Belah), semua jemaah langsung berjemaah solat hajat Perdana. Selepas berehat seketika menunggu ketibaan pada ahli panel, semua hadirin sekali lagi bersolat Isyak secara berjemaah di surau sementara yang disediakan.

    

Tepat jam 9.00 malam, forum dimulakan meskipun Ustaz Dr Shauqi Othman masih diperjalanan ekoran masalah trafik. Walau bagaimanapun, beliau tiba jua... tepat jam 9.18 malam.




Antara lain yang dapat dipetik dari kupasan Ombak Rindu ini;

1. Rindu kita pada masjid
2. Rindu kita pada Allah
3. Rindu kita pada Rasulullah
4. Rindu kita pada zaman kegemilangan Islam di Mekah dan Madinah
5. Ambil iktibar pada kejadian ombak tsunami- sebagai amaran kepada kita untuk berubah
6. Perjuangan Rasulullah - betapa mencabarnya dalam penyebaran Islam tidak seperti kita sekarang.
7. Kita dimewahkan dengan kemudahan... syukurlah kita dengan kurniaan Allah SWT
8. Mari buktikan kecintaan kita terhadap agama Allah dengan membantu pembinaan Masjid BBR
9. Tugas membina rumah Rumah adalah tanggungjawab semua penduduk, bukan hanya AJK dilantik sahaja.
10. Sama-samalah imarahkan/pengisian rumah-rumah Allah terutama surau sebagai latihan sebelum mendapat masjid(rumah Allah yang lebih besar).

Kehadiran ahli panel yang popular dan lawak bersahaja moderator telah berjaya mencuit hati para pengunjung.

  












Para petugas kutipan dana diberikan ruang  untuk membuat rondaan kutipan semasa forum berhenti rehat sebentar.




Forum tamat kira-kira jam 11.30 malam.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Merepek Ayam: Speed Trap Seluruh Malaysia Diperbaharu + List <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 04:09 AM PDT

Merepek Ayam ingin menegaskan disini bahawasanya lani polis-polis dop lagi menangkap aksi-aksi dahsyat korang memaikel syumaker kat atas jalan raya kerana lani dah changgih, dah melenium. So dorang guna speed trap built-in yang sumpah canggih.
So suka Merepek Ayam arini nak share lah sikit antara lokasi-lokasi yang telah depa tanam gadget changgih itu. Lepas ni aku dah tanak tengok dah muke ngkorang dengan myvi nko tu masuk dalam koleksi snap dorang~
LEBUHRAYA PLUS (ke Utara)
* Di bawah jambatan di kira-kira 456km, simpang Sg Buloh.
* Di bawah jambatan di kira-kira 459km, Bukit Lanjan interchange.
* Di bawah restoran overhed di Sg Buloh.
* Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
* Di bawah jambatan di 296.5km, simpang Bangi.
* Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, selepas simpang Nilai Utara .
* Di bawah jambatan di 286.5km, simpang Nilai Utara .
LEBUHRAYA PLUS (ke Selatan)
* Di bawah papan tanda pada kira-kira 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh lay-by.
* Di bawah jambatan selepas simpang Subang pada 11.3km.
* Di bawah jambatan di 22km, simpang Bukit Lanjan.
* Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km/h sahaja!
* Di bawah jambatan di 302.8km, simpang Kajang.
* Kira-kira 1km di selatan persimpangan Bangi, kedua-dua selatan dan utara.
* 296.5km dan 297km, simpang Bangi.
* Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Nilai Utara.
* 285.5km dan 285.8km, simpang Nilai Utara.
* Pada pembahagi pusat 251.8km dan 253km selepas simpang Senawang.
* Selepas simpang Alor Gajah di 213.9km, bersebelahan dengan taman tema air.
* Di sebalik kemalangan halangan tangan kanan pada 198.4km.
Elite Central Link East / North Bound
* Pada sebelah kiri di 4.8km selepas exit Batu Tiga / Shah Alam.
* Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km/h sahaja!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km
Elite Central Link West / South Bound
* Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km/h je!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
* Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah jejambat Jalan Pekeliling. 90km/h je!
* 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km/h!
* Di sebalik halangan kemalangan pada sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta, di 24.9km,80km/h!
* Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km!!
* Di sebalik halangan kemalangan di sebelah kiri apabila keluar tol Jalan Duta dari KL, di 25.3km dan 25.7km, 80km/h!
* Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km/h je!
* Dari Jln Duta, di terowong Sg Buloh persimpangan-Y, 22km.
* Di sebalik halangan kemalangan di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
* Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
* Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.
* Di bawah jambatan di 44.8km, turun bukit selepas simpang Puchong.
* Di sisi Tol Sg Besi East Bound. Bandaraya Kuala Lumpur
* Jalan Duta; bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km/h je.
* Dual carriageway antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke arah Klang, pada kira-kira 13km batu. 70km/h sahaja!
* East bound, turun bukit selepas persimpangan Raub.
* Paya Bungor, 70km/h zone.
* Di bawah jambatan selepas Yong Peng
PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG
* Sekitar Ayer Hitam dalam 60km/h.
* Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.
* Jambatan Pulau Pinang di penghujung pulau. 80km/h.
* Jambatan Pulau Pinang  penghujung pulau. Had laju 80km/h.
* 2km sebelum Juru Tol had laju 90km/h.
* Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, selepas simpang Kamunting.
* Di bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting.
* Di bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Kamunting.
* Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting.
* Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km. Had laju 80km / h.
* Di bawah jambatan di 271km, Ipoh North Junction.
* Di bawah jambatan di 274.4km, Ipoh South Junction.
* Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai Junction.
* Di bawah jambatan di 296km, Gopeng Junction.
* Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Sungkai Junction.
* Di bawah jambatan di 353km, Sungkai Junction.
* Di bawah jambatan di 373km, Slim River Junction.
* Di bawah jambatan di 199km, sebelum simpang Kamunting.
* Di bawah jambatan di 241.9km, di simpang Kuala Kangsar.
* Di bawah papan tanda di 296.1km, sebelum Gopeng Junction.
* Di bawah jambatan di 297km, Gopeng Junction.
* Di bawah jambatan di 300km, selepas Gopeng Junction.
* Di bawah jambatan di 308.6km, selepas Gopeng Junction.
* Di bawah jambatan di 372.6km, di persimpangan Slim River.

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK <b>BUKIT LANJAN</b> KALI YANG

Posted: 27 Jun 2012 05:28 PM PDT

Pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 24 Jun 2012 telah berlangsung acara Temasya Sukan Tahunan SKBL kali yang ke 29 bertempat di padang Desa Temuan Bukit Lanjan. Temasya kali ini telah dirasmikan oleh En. Norazman bin Jamalim YDP PIBG SK Bukit Lanjan. Pelbagai acara telah dijalankan termasuk acara olahraga, sukaneka, acara ibu bapa dan pegawai kejohanan. Acara sampingan untuk mengutip dana PIBG juga diadakan iaitu cabutan nombor bertuah dan meneka biji tembikai susu. Ramai ibu bapa dan penduduk sekitar Desa Temuan telah hadir dan kelihatan sukan tahunan pada tahun ini berlangsung dengan meriah dan jayanya. Tahniah kepada adik Mikail Sarakit dan Anis Usof kedua-duanya daripada Rumah Biru kerana menggondoli anugerah Olahragawan dan Olahragawati SKBL pada tahun ini. Syabas kepada Rumah Merah kerana memenangi perbarisan terbaik serta sekalunh tahniah kepada Rumah Kuning kerana muncul sebagai rumah sukan terbaik keseluruhan. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan manakala yang kurang bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan.
ADMIN : Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini : guru-guru, murid, PIBG, ibu bapa dan tidak lupa juga guru-guru pelatih IPGKBM yang banyak membantu.

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Mr and Mrs Faez: Berbuka Puasa <b>Di</b> Ikan Bakar <b>Jeram</b>

Posted: 16 Aug 2012 12:45 AM PDT


Salah satu wishlist poser tahun nih nak g makan sifud hihihi~ Alhamdulillah tercapai gak. Kami sefamily dan rakan-rakan g makan kat Ikan Bakar Pantai Jeram. Ngah dok secing-secing pakcik gugel cari tempat makan yang best tertimbul lak page FB IBPJ nih. Bila dok godek-godek nampak lak dia ada sediakan pekej untuk berbuka poser. Mining leh buk tru fon jek n nanti bila sampai sumer dah siap terhidang.. tak yah nak tunggu lama-lama. Bagus betul.
Terdapat dua pekej disediakan.. RM135 dan RM160. Oleh sebab kami g beramai-ramai lam sepuluh orang.. so kami decide untuk amik 1 pekej RM135 + 1 pekej RM160. Nah kau makan la pepuas hahaha~ Nih details untuk setiap pekej..
Marbelessss~ makan utk 10 pax tapi kalo bawak tambahan 2 3 orang lagi pon saya rasa cukup. Tak tau la pekej nih khas untuk ramadhan ke or hari biasa pon ada. Kalo minat nak g leh lawat page FB dorang kat atas tuh ek. Tapi memang puas hati la dan boleh tahan sedap. Dapat lak pot kat tempat terbuka tepi pantai + cuaca yang baik memang lagi berselera la. 
Jom layan gambo kami kat sana lak
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Kakcik Seroja: Menjejak kasih <b>di Batang Kali</b>...

Posted: 15 Jul 2012 03:52 PM PDT

Kita merancang, tapi Allah SWT yang menentukan.  Rancangan kakcik untuk bertandang ke rumah Dato' LF  pada petang 15/07/2012 (Ahad) tidak kesampaian kerana tiba-tiba kakcik bersama suami dan adik-adik serta ipar-ipar mempunyai misi 'jejak kasih' yang tidak dirancang.  Tiada banyak cerita yang hendak dikongsi di sini, hanya gambar sebagai bukti...







notataksiapatanya : sebenarnya badan ini adalah tersangat letih.  Dari hari Jumaat hingga Ahad, banyak masa dihabiskan di atas jalanraya...

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Majlis Pernikahan Fareha & Irfan, <b>Dengkil</b> | acaii jawe

Posted: 10 Sep 2012 05:49 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim

Wake Me Up When September Ends

Ketika aku tulis entry ni Syawal tinggal lagi 6 hari je lagi. Cukup-cukup untuk orang yang belum berpuasa 6 untuk dapatkan pahala seakan berpuasa selama setahun. Tapi aku percaya cabarannya lebih besar sebab masa ni lah banyak jemputan untuk jamuan raya sama ada di ofis-ofis ataupun di rumah sahabat-sahabat lain. Setiap tahun pun menghadapi masalah yang sama tapi berapa ramai yang xambil pengajaran. Aku cakap untuk diri aku sebenarnya :)

Kali ni aku update majlis pernikahan pasangan Fareha & Irfan yang diadakan di Paya Indah Wetland, Dengkil. Sebenarnya kampung aku memang tak jauh dari sini tapi aku tak pernah pun masuk,hehe. Macamlah pusat peranginan lain, kalau tanya orang yang duduk dengan Pantai Morib aku rasa ada yang dah 10 tahun xpergi walaupun duduk 2km dari pantai tu. Orang yang jauh-jauh dah sampai yang dekat tak pergi lagi. Eh layan dulu majlis pernikahan mereka ni sebelum aku bertambah mengarut.


Keluarga Fareha ni sebenarnya berasal dari Kelantan tetapi mereka dah menetap lama kat sini. Jadi saudara mara yang datang semua kecek kelate lah:) Sampai aku kena ingatkan diri aku beberapa kali yang aku berada di Dengkil bukan di Kota Bahru,hehe. Keluarga Irfan pula datang dari Hulu Langat yang kebanyakkannya cakap Nogori. Memang bestlah bila berborak:) Oleh kerana ada masa lagi selepas nikah aku shoot sikit outdoor kat dalam Paya Indah Wetland tu.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semoga ikatan yang terjalin ini diberikan rahmah dan mawaddah oleh Allah dan ia berkekalan bahagia hingga akhir hayat,amin. Tunggu entry majlis persandingan mereka pula selepas ini ye. Wallahua'lam.

Nota kaki : Minggu ni sahabat photographer aku nak kahwin. Aku harap dia tak kaku bila kena shoot nanti,haha.

Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Sassy MP » Blog Archive » Program Kacau Dodol at <b>Puchong</b> Indah

Posted: 05 Sep 2012 10:22 PM PDT

Pada malam 31 Ogos 2012, Sdr Gobind Singh dan saya menghadiri Program Kacau Dodol di Puchong Indah.

Selain daripada melawat dan memberikan galakan kepada mereka untuk menerus tradisi ini, saya juga mengacau dodol bersama dengan penghuni di sana :) .

Saya telah diberitahu bahawa memasak dodol memerlukan masa yang panjang iaitu agak 5 jam hingga 6 jam.

Leave a Reply

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


orientasi <b>di Morib</b> :) | diaries of pu3 sept =)

Posted: 08 Sep 2012 04:34 AM PDT

assalamualaikum ... setelah seminggu menghilangkan diri dan bertapak di Morib akhirnya dapat lagi saya update blog ni untuk tajuk-tajuk yang baru ... 

jom ... nak cita ckit sai orientasi kt Morib tu ... 

orientasi bermula hari ahad, 2 Sept 2012 dan tamat pada hari jumaat, 7 Sept 2012 ... peserta lebih kurang 300 lebih ... peserta perempuan lebih ramai berbanding peserta lelaki ... para fasilitator adalah students dari mesir sendiri ... ada yang dari Al-Azhar, Keherah dan ada yang dari Zagazig ... kalau tak silap fasi lelaki lebih ramai daripada fasi perempuan ...

fasi suma yang hebat-hebat ... ada yang dapat MUMTAZ tiap-tiap tahun ... fuh !! memang struggle gila r ... tiap-tiap tahun dapat jpa ... huhu !! nak nak jugak !! nanti boleh balik Malaysia tiap-tiap tahun !! hee

jadual program tu memang padat ... kena rushing gak r !! hmm tak sempat nak balas mesej kengkawan sebenarnya ... bila ada kengkawan yang hantar mesej cam nak lepas geram contoh 'bukan nak habaq aku bila anx sampai kat sana, sampai hati' ... mesti la saya asa geram kan ?? tak sepatutnya la mesej-mesej camtu dihantar ke nombor telefon saya ... seharusnya kengkawan sendiri kena la paham keadaan saya kat cini ... ni sebaliknya yang berlaku ...

teringat kata-kata fasi saya ... Muhammad Haziq Aiman, student medic di Universiti Zagazig ... akan berlaku perselisihan faham dalam persahabatan ... paling penting jangan gadoh ... jangan gadoh ... selalu husnuzhon dengan apa yang berlaku ... pertama kali jumpa owang yang masih belum kita kenal ... tetap bersangka baik dengan owang tu ... 


' jangan gadoh ' ... saya pegang kata-kata tu ... kalau tak memang kena smash da kengkawan yang hantar mesej tak sepatutnya camtu ...
sampai sini dulu untuk post 'orientasi di Morib' ... nanti saya sambung lagi ... :)

# take care garnier =)

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


BlogList Malaysia: Lanun Mengganas <b>Di Rawang</b>

Posted: 20 Aug 2012 02:18 AM PDT

Beri amaran lepas gagal curi


RAWANG: Berang gagal memecah masuk dua rumah untuk mencuri, sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan pedang samurai dan parang memberi amaran untuk datang semula dalam kejadian di Perumahan Primulan serta Julian, Bandar Tasik Puteri, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, 2 Ogos lalu, kumpulan terbabit memberikan amaran berkenaan kepada sebuah keluarga selepas mereka terserempak suspek yang cuba memecah masuk rumah itu.


Menceritakan semula insiden berkenaan, mangsa, Romzi Ismail, 45, berkata, ketika kejadian, dia tidur sebelum terdengar jeritan isterinya.

"Pemeriksaan mendapati pintu rumah terbuka sebelum melihat beberapa lelaki bertopeng dengan bersenjatakan parang dan pedang samurai berada di pekarangan rumah.

"Ketika itu, saya dan isteri melihat beberapa lagi lelaki cuba memecah masuk rumah jiran," katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurutnya, biarpun kejadian itu disedari dia dan isteri, kumpulan terbabit langsung tidak melarikan diri sebaliknya berhimpun di hadapan rumahnya sambil mengangkat parang dan pedang samurai seperti memberi amaran kepada mereka.

Katanya, jiran yang datang sebaik mengetahui kejadian itu melihat kumpulan terbabit berjalan bersahaja tanpa rasa takut sebelum menghilangkan diri di dalam ladang kelapa sawit kira-kira 100 meter dari taman itu.

"Sekarang, kami sekeluarga begitu takut untuk tinggal di rumah kerana bimbang kumpulan itu datang lagi.

"Malah, kami juga memilih untuk tidak berada di rumah pada waktu siang kerana takut dengan ancaman berkenaan," katanya.

Katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa siri cubaan dipercayai kumpulan sama yang dilihat penduduk setempat berlegar-legar di hadapan rumahnya.


12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Kelas Talaqqi Al Quran <b>di Batu Caves</b> akan bermula - SURAUKINI

Posted: 03 Sep 2012 10:07 PM PDT

Berita yang sangat mengembirakan untuk penduduk sekitar Batu Caves, Selayang , Kepong, Gombak dan kawasan yang sewaktu dengannya! Al Baghdadi Learning Center Batu Caves akan memulakan kelas Talaqqi Al Quran pada hari Rabu 05 September 2012 jam 8.30 - 10.30 malam. Berminat untuk mengulang bacaan Al Quran ????

KLIK SINI!!

Pinggiran <b>Batu Caves</b>, Taman Sri Gombak Utk <b>Di</b> Sewa | Rumah Sewa

Posted: 07 Sep 2012 02:01 AM PDT

Publish date: September 7, 2012 9:01 am
Contact Name: mr rahim
Price: RM800
Region: Kuala Lumpur
Location: Kuala lumpur
Phone: 017-8268413
Tags:

Apartment Beringin Taman Sri Gombak
Bersebelahan Pinggiran Batu Caves & Taman Sri Gombak, berhubung dengan Kampung Nakhoda Selayang.
Basic unit with 4 bedrooms 3 bathroom with balcony and grill.
Easy access into Karak highway, MRR2, DUKE and Jalan Kuching. 5 mins ke Giant Batu Caves dan Pusat industri Taman Sri Gombak.
Dekat dengan masjid, kedai runcit, bank dan pengangkutan awam (RapidKL and feeder bus to LRT Putra)
Kemudahan:
24 jam security, reserved parking lot (2 unit), mini-market, laundry, surau, children playground, swimming pool, kitchen cabinet, Aircond, Fully tiles & Grilled.
Kemasukan OCTOBER 2012
Sewa RM800 sebulan
Hanya cal di layan sms x layan ok
Berminat sila hubungi Mohd Khirul call 017-8268413 Sekarang.
Booking

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

JUMPA MAMA ZHARFAN <b>DI</b> GIANT <b>BATU CAVES</b> | Mizayusof.com

Posted: 24 Jul 2012 08:30 AM PDT

Tengah hari kemarin (23 Julai 2012) masa tengah shopping dekat Giant Batu Caves, secara tak sengaja terserempak dengan Mama Zharfan atau dikenali dengan nama pena MZ. Kenal tak ? hehehe. 
Dari jauh dah nampak MZ masa MZ tengah sibuk nak bayar dekat kaunter. Tapi tak berani nak tegur takut tersalah orang. Tapi hati ini macam meronta-ronta mengatakan perempuan itu adalah MZ bila terpandangkan handbag Carlo Rino pink seperti dalam gambar dibawah.
Beranikan diri laju-laju ikut MZ dan pergi tegur. hehehe. Nervous jugak sebab takut tersalah orang. Pedulikanlah, salah ke tak belakang kira janji puas hati :)

Saya : Akak ni Mama Zharfan ke ?
MZ     : Aa ahh.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Olympics <b>di Subang Jaya</b> « Gan Meng Foo (颜明富)

Posted: 10 Sep 2012 10:54 PM PDT

Ahem… kita bukan Olympics champion, tapi semangat kesukanan itu sama…

Baru-baru ini kita berpeluang mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan di antara Kelab Sukan Bola Keranjang Subang Jaya Senior Team dan Pejabat Penyelaras BN DUN Subang Jaya.

Bersama-sama penduduk tempatan di Court 9, saya bersetuju ini adalah suatu sesi senaman yang menyegarkan badan dan minda!

Terimakasih dan tahniah semua yang mengambil bahagian serta penyokong-penyokongnya.

Saksikan gambar-gambar aksi kesukanan di www.facebook.com/ganmengfoo

Posted by: Admin

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Shafie Nor: Lelaki Palestin ditemui mati <b>di Sepang</b>

Posted: 09 Aug 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Seorang lelaki Palestin yang bekerja dengan sebuah syarikat pelancongan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur ditemui mati di tepi jalan berdekatan Jeti Nelayan Kampung Tanjung Rhu, Sungai Pelek, Sepang.

Mayat lelaki berusia 25 tahun itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan pada jam 8 pagi Isnin lalu. 


"Terdapat kesan luka dan lebam pada badan mayat lelaki itu dan polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki itu menetap di sini sejak setahun lalu.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

ads