Seorang ahli perniagaan di temui mati di percayai di bunuh dalam satu kejadian cubaan samun di Jalan Mutiara Timur 4, Cheras, di ibu negara, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10:45 malam itu, mangsa dilaporkan sempat menjerit meminta tolong, selepas dipercayai cuba disamun.
Mangsa yang berusia 25 tahun berasal dari Johor, dipercayai cuba melarikan diri.
Bagaimana pun, beliau rebah di hadapan sebuah rumah yang terletak kira-kira 60 meter dari rumahnya.
Jiran yang mendengar jeritan mangsa kemudiannya menemui mangsa terbaring berlumuran darah akibat tikaman di dada kanan.
Hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati barangan berharga milik mangsa masih ada.
Polis masih menjalankan siasatan, motif dan punca sebenar kejadian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, di minta tampil membantu siasatan.
keyboard shortcuts: ← previous photo → next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts
[unable to retrieve full-text content]McDonald di Kota Warisan. Perbincangan Kota Warisan, Perbandaran baru di Bandar Baru Salak Tinggi. 30 posts • Page 3 of 3 • 1, 2, 3. Re: McDonald di Kota Warisan. Post by mfma » Fri Jul 22, 2011 1:38 pm ...
Bersama Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, Sdr T. Kumar (Peguam), Timbalan Pengerusi, SdrRTebin Birham, Setiausaha bersama Pimpinan PKR Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Sdr Hasan Karim (Peguam), Naib Pengeusi, Sdr Gurmit Singh Hullon (Peguam), Pengerusi Biro Guaman PKR Johor.
1. Tarikh: 5hb Jun 2011 (Ahad)
1.1: Lawatan ke Ladang Peneroka dan sesi dialog Isu Felda Setempat,
Masa: 2.30 petang .
Tempat: Felda Sg Mas, Pengerang
1.2: Ceramah dan Pelancaran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor
masa: 9.00 malam
Tempat: Felda Adilla, Pengerang
2. Tarikh: 6hb Jun 2011 (Isnin)
2.1: Dialog Bersama Peneroka
Masa: 2.30 petang
Tempat: Felda Dengga, Sembrong
2.2: Ceramah Isu Felda dan Politik Semasa
Masa: 9.00 malam
Tempat: Felda Bukit Batu, Kulai
3. Tarikh: 7hb Jun 2011 (Selasa)
3.1: Dialog bersama Peneroka
Masa: 2.30 petang
Tempat: Pejabat PKR Sekijang
3.2: Ceramah isu Felda dan Politik Semasa
Masa: 9.00 malam
Tempat: Felda Maokil, Pagoh
Selepas Negeri Johor, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan bertandang ke Negeri Perak, dan Pengerusi PKR Negeri Perak, akan membuat jadual lawatan.
Lawatan Ke Negeri Sembilan: Tarikh 31 Mei 2011
3.00 petang: Perasmian Papan Tanda Ranting bagi PKR Felda Palong 14, 15 dan 16.
4.00 petang: Pelancaran Kempen "Mansuhkan Felda Plantation" di Palong 9 oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang, turut hadir Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan.
8.00 malam: Perasmian Bilik Gerakan PKR DUN Serting di Felda Serting Hilir 2.
9.00 malam: Ceramah Isu Felda dan Isu Semasa di Felda Serting Hilir 2.
Penceramah: Dato Fauzi Abdul Rahman, Dato Kamarul Bahrin Abas, Haji Suhaimi Said, Rebin Birham
Lawatan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Pahang. Tarikh 9hb Jun 2011
Kawasan Rompin:
2.30 petang: Felda Keratong 1
4.30 petang: Felda Keratong 8
8.30 malam: Gugusan Felda Selancar.
Kawasan Temerloh } Akan ditetapkan oleh Cabang berkenaan.
Kawasan Bentong }
Lawatan Ke Felda Gedangsa, Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi dan Suharto di Hulu Selangor ditetapkan pada 21hb Jun 2011:
1. 9.00 pagi - di Felda Sungai Tengi Selatan
2. 10.30 pagi - di Felda Sungai Tengi
3. 12.00 t.h - di Felda Suharto
4. 3.00 petang - di Felda Gedangsa
Terlibat dalam lawatan:
YB Elizabeth Wong
Haji Suhaimi Said
T. Kumar
Rebin Birham
Zabidie Abas
Man Kadir (Pak Jabit)
Pimpinan Biro Masyarakat Felda Negeri Selangor.
Lawatan ke rancangan Felda Perlis sedang diatur oleh Pengerusi MPN PKR Negeri Perlis.
Bathroom: 3 Other info: Bumi Lot Property Type: Double storey Bedrooms: 4 Size: 3208 sq.ft. Area: Bangi Tenure: 91 Title type: Leasehold
Segera untuk dijual. (alasan: pemilik akan menetap di luar negara). -Alamat: No.1,Jalan 4/3F, Bandar Baru Bangi. Bangi Selangor. -Jenis: Rumah Teres 2 Tingkat, Lot Tepi. -Luas tanah: 3208 k/p. -Luas rumah: 1588 k/p. -Kini rumah ini sedang disewa. (Penyewa bersedia keluar / sewa semula) RM1000 sebulan. -Keadaan rumah baik dan boleh lihat bila-bila masa. (Seperti sedia ada). -Pembeli berminat boleh hubungi saya segera atau email. (Hanya pembeli serius sahaja) H/P: 0192203375 / email: alshabana@live.com -Harga boleh dirunding.
Saya sebagai penduduk Selangor ingin menyokong kenyataan Setiausaha Agung FOMCA, Mohammad Shaani Abdullah, yang meminta supaya tiada percangahan kenyataan berkaitan dengan bekalan air di Selangor.
Bagi saya, SYBAS sepatutnya menjelaskan mengapa LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) yang bertanggungjawab terhadap bekalan air mentah mendapati bekalan air mencukupi bagi Lembah Kelang?
SYBAS juga harus menjelaskan mengapa mereka masih berdegil dengan kenyataan awal mereka yang menyatakan bekalan air di Lembah Kelang terancam.
Setahu kami rakyat Selangor ini, SYBAS cuma bertanggungjawab di atas pembersihan dan pensulingan air sahaja. Hal ehwal bekalan air terletak di bawah kuasa LUAS. Maka, LUAS lebih mengetahui keadaan sebenar bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang berbanding Sybas.
Amat dikesali pihak SYBAS cuba bermain politik dengan isu bekalan air di Selangor dan Lembah Klang. Sudah menjadi maklumat umum, SYBAS adalah syarikat yang dikuasai oleh mereka-mereka yang pro kepada Umno.
Kenyataan SYBAS yang terbaru ini jelas berbau politik dan mahu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor serta MB Selangor.
Bagi saya rakyat Selangor, kenyataan dari LUAS sudah cukup untuk memberikan saya rasa tenang terhadap keadaan bekalan air di masa hadapan.
Jakarta, beritaprima.com – Rumah panjang atau betang dan lamin adalah rumah adat Suku Dayak yang panjang dan biasanya dibangun di pinggiran sungai. Jika Anda ingin menyaksikan bangunan rumah seperti ini, berkunjunglah ke Sungai Kapuas, Kalimantan Barat.
Rumah panjang terdiri lebih dari 50 ruangan dengan banyak dapur. Rumah ini dihuni oleh beberapa keluarga, termasuk keluarga inti. Bahkan rumah panjang di dataran tinggi sungai Kapuas Putussibau memiliki 54 bilik yang dihuni oleh beberapa keluarga.
Rumah panjang biasanya dibangun di atas tiang setinggi 5 sampai 8 meter seperti panggung dan ada yang panjangnya sampai 186 meter serta lebar 6 meter. Untuk masuk ke dalamnya pun harus melewati anak tangga atau yang dikenal dengan nama tangka.
Uniknya lagi, kondisi rumah ini masih sangat kokoh, meski sudah berumur ribuan tahun. Mau tahu alasannya ? Karena kayu yang dipakai untuk membangun rumah panjang adalah kayu ulin (kayu besi) yang terkenal kuat.
Ada pun rumah panjang lainnya yang tersebar di Kapuas Hulu atau di dataran tinggi Kapuas. Mulai dari Kabupaten Sunge Uluk Apalin, Melapi, Semangkok, Sungai Utik, dan di Kabupaten Bukung.
Suku Dayak merupakan suku asli Kalimantan, pulau besar yang dikenal juga dengan nama Borneo. Suku Dayak di Kalimantan menghuni dataran tinggi, pedalaman hutan, dan di sepanjang pinggiran sungai pulau ini.
Beberapa kawasan di Hulu Langat dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Antara pukul 9 malam pada 23 Ogos hingga 5 pagi 24 Ogos, gangguan bekalan akan berlaku di taman-taman perumahan di kawasan Kajang dan Semenyih, yang disebabkan oleh kerja-kerja kecemasan penyambungan paip oleh pihak ketiga di Jalan Reko, Kajang.
Syabas dalam satu kenyataan hari ini berkata gangguan juga berlaku di kawasan Hulu Selangor mulai 10 malam 25 Ogos hingga 5 pagi 26 Ogos, yang membabitkan sekitar Kampung Dato Lee Kim Sai, Taman Bersatu Rawang, Belmas Johan/ R&R/ Industri Indah Rawang, Industri Kri dan NSK.
Gangguan itu disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di Lebuhraya KL-Kuala Selangor di Jalan Templer, Rawang.
Syabas menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.
keyboard shortcuts: ← previous photo → next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts
Di saat orang sibuk pegi open house sana sini, kami ada undangan kenduri majlis perkhawinan sepupu sebelah emak di Kajang.Kami konvoi ala2 rombongan cik Kiah...4 buah keta tu!.
Ini merupakan majlis kahwin menerima menantu yang pertama buat auntie dan uncleku. Mesti gabra kan..al-maklum pengalaman pertama. Cam emak dan abah dulu yang tak makan dari pagi sampai petang dek risau memikirkan macam2 perkara...Takut tetamu tak datang, takut makanan tak cukup dan paling dia takut...takut menantu lari..(Yang last ni,,aku tambah jerrr..)
(Siap dok atas riba lagi nih)
(Anak dara ni excited nak tangkap gambar tapi lengan baju maksu nyer plak masuk sekali)
Ramai gak tetamu yang hadir. Diantaranya sepupu2 aku yang datang dari Perak dan juga sekitar KL. Cuma..aku tak bersedia berjumpa segelintir dari mereka...kerana masih terasa hati dengan sikap mereka yang tidak mejenguk emak di saat menerima berita kematian Abah dulu. Aku bukan orangnya yang boleh bersikap pura2 dan aku kira semua ni mengambil masa jugak untuk aku memaafkan mereka..
(Cam biasa...posing lepas makan)
One of them.. cam perasan yang muka aku cam kelat semacam...Tak berani pun datang kat meja makan kami..terus blah gitu jer. Ada aku kisah!...aku tak mahu berurusan dengan orang hipokrit camtu biarpun dia sepupu aku sendiri. Setakat waktu senang jer nam menebeng tapi waktu kami ditimpa musibah..batang idung dia pun tak nampak..!Itu ke jenis manusia yang perlu aku hormat?
Apa pun. semua tu tak menghalang kegembiraan kami berjumpa sepupu2 yang lain..Balik dari weeding tu, kami singgah umah adik kat Sg. Long. Sempat gak ler aku rembat ikan guppy dia...Dia ni memang suka menghias laman..cantik dan tersusun rapi bunga2nya.
Mengikut versi sejarah arus perdana atau versi sejarah "rasmi", perjuangan untuk mencapai kemerdekaan di Malaysia biasanya dikatakan bermula dengan penubuhan UMNO dan penentangan terhadap gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Setelah berjaya menghapuskan Malayan Union, UMNO bersama-sama dengan MCA dan MIC mengadakan perundingan dengan kerajaan Bristish untuk mendapatkan kemerdekaan, dan kemedekaan diserahkan kepada UMNO dan rakan-rakannya dalam keadaan aman damai pada tahun 1957. Tersirat dalam versi sejarah arus perdana ini seolah-olah UMNO-lah yang mempelopori perjuangan kemerdekaan.
Versi sejarah arus perdana ini sekurang-kurangnya salah dari dua segi. Pertama, salah dari segi tarikh permulaan perjuangan kemerdekaan. Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan bukan bermula pada tahun 1946, tetapi jauh lebih awal daripada itu. Kalau penentangan pembesar Melayu seperti Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman di Pahang dan Tok Janggut di Kelantan tidak kita masukkan dalam perbincangan ini, kita harus mengakui bahawa perjuangan untuk mencapai kemerdekaan sudah pun bermula selewat-lewatya pada tahun 1938, dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan.
Kedua, salah dari segi parti yang mempelopori atau yang terawal memperjuangkan kemerdekaan. Yang sebenarnya KMM-lah parti yang mempelopori perjuangan kemerdekaan; bukan UMNO dengan rakan-rakannya MCA dan MIC. Perjuangan KMM kemudian disambung oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada akhir tahun 1945. Dengan itu versi sejarah arus perdana ini seolah-olah tidak mengiktiraf peranan KMM dan PKMM, yang biasanya diistilahkan sebagai "gerakan kiri" dalam perjuangan kemerdekaan.
Oleh yang demikian, sebagai koreksi kepada versi sejarah arus perdana ini, sudah sampailah masanya kita memperkenalkan dan membincangkan peranan gerakan kiri pula dalam perjuangan kemerdekaan. Walaupun gerakan kiri bukan gerakan yang berjaya mendapatkan kemerdekaan, tetapi gerakan kiri ialah gerakan yang mempelopori dan ikut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan. Oleh itu peranan gerakan kiri juga wajar diberi pengiktirafan.
Gerakan politik kiri bukan saja wujud pada peringkat nasional atau peringkat negara Malaysia, tetapi juga pada peringkat tempatan (daerah dan kampung). Gerakan politik kiri pada peringkat nasional, sudah banyak dikaji dan dibincangkan (lihat misalnya Ramlah Adam 2004; Mohamed Salleh Lamry 2006). Oleh itu, sudahlah sampai masanya kita memberi tumpuan kepada gerakan politik kiri pada peringkat tempatan (daerah dan kampung) pula.
Sehubungan itu, makalah ini ingin meninjau gerakan politik kiri pada peringkat daerah Hulu Langat dan kampung Jenderam, iaitu daerah dan kampung di mana gerakan politik kiri yang aktif telah wujud antara tahun 1946 hingga 1948 dahulu.
Gerakan Politik Kiri di Hulu Langat
Ahmad Boestamam (1972: 78-79) ada mencatatkan dalam memoirnya, "Memang Ulu (Hulu ) Langat punya keistimewaan sepanjang yang berkaitan dengan gerakan kiri dulu. Bukan saja BATAS kuat di sana bahkan API, AWAS dan PKMM juga." Catatan Ahmad Boestamam ini menunjukkan bahawa gerakan politik kiri memang pernah muncul dan berkembang di Hulu Langat.
Berdasarkan pemerhatian, gerakan politik kiri dipercayai mudah muncul dan berkembang di Hulu Langat kerana beberapa faktor, yang antaranya adalah seperti di bawah ini.
Pertama, kedudukan daerah Hulu Langat yang agak hampir dengan Kuala Lumpur, pusat gerakan politik sejak sebelum perang dunia kedua lagi. Ini memudahkan pemimpin pusat gerakan kiri yang tinggal di Kuala Lumpur berkunjung ke Hulu Langat untuk mengembangkan pengaruh gerakan itu. Oleh itu, penduduk Hulu Langat mudah melibatkan diri dengan gerakan kiri sejak permulaannya lagi. Misalnya, pada tahun 1938, apabila KMM ditubuhkan, sudah ada penduduk Hulu Langat yang menyertainya. Salah seorang daripada mereka ialah Bakar Jali yang kemudiannya menjadi ketua PKMM kampung Jenderam (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78).
Kedua, penduduk daerah Hulu Langat umumnya terdiri daripada orang-orang keturunan Indonesia, seperti juga pemimpin utama gerakan kiri. Mereka umumnya masih mempunyai hubungan dengan keluarga mereka di Indonesia, dan berminat terhadap gerakan politik radikal seperti yang terdapat di Indonesia (Mohd.Nor Mohd. Amin 1977/78). Ini memudahkan mereka menyokong gerakan politik kiri, apabila pemimpin dari pusat, yang umumnya terdiri daripada orang-orang ketururan Indonesia datang ke Hulu Langat untuk mengembangkan pengaruh gerakan itu.
Ketiga, bagi sesetengah kampung, seperti kampung Jenderam yang penglibatan politik penduduknya akan dihuraikan di bawah ini, pengaruh Indonesia memang begitu jelas, dan merupakan faktor utama yang memungkinkan gerakan politik kiri berkembang di kampung itu. Kebetulan pengaruh dari Indonesia ini memang ditekankan oleh Stockwell (1979) sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan politik radikal Melayu (gerakan kiri Melayu) di Malaya antara tahun 1945-1948.
Keempat, di daerah Hulu Langat telah muncul beberapa orang pemimpin gerakan kiri yang aktif dan berkebolehan, yang namanya dinyatakan di bawah ini.
Kelima, yang tidak kurang pentingnya ialah Kajang, ibu daerah Hulu Langat, telah dijadikan ibu pejabat PKMM Selangor setelah berlaku perpecahan dalam PKMM antara kumpulan yang menyokong Dato' Onn dengan kumpulan yang menyokong Dr.Burhanuddin dalam isu penentangan terhadap Malayan Union. Ibu pejabat PKMM Selangor itu terletak di No. 24, Main Street, Kajang (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78: 45)
Selepas itu, Kajang telah dipilih sebagai tempat kongres dan mesyuarat penting gerakan kiri. Misalnya, pada bulan Oktober 1946, kongres pertama AWAS dan BATAS Malaya telah diadakan di panggung wayang Sun, Kajang. Kongres AWAS itu mencatat sejarah, kerana dalam kongres itulah untuk pertama kalinya Kamarulzaman Teh, Ketua API Pahang yang juga seorang tokoh komunis Melayu di negeri itu, menyatakan secara terbuka bahawa ia berucap sebagai wakil PKM (Shamsiah Fakeh, 2004: 46; Mohamed Salleh Lamry, 2006: 108).
Pada tahun 1947 pula, ketika PKMM mengadakan kongresnya yang ketiga di Singapura, para perwakilan dari Zon Utara (Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang) dan Zon Barat (Perak, Selangor dan Negeri Semblan) telah bertemu di Kajang untuk mengadakan mesyuarat persiapan bagi menghadiri kongres tersebut. Jaafar Husin (1989: 40) perwakilan dari Pahang yang turut sama singgah di Kajang mencatatkan, "Kongres di adakan di tingkat atas sebuah kedai mamak dan barangkalinya menjadi Pejabat Parti Bahagian Kajang".
Peranan Kajang sebagai Ibu Pejabat PKMM Selangor dan tempat kegiatan penting seperti mesyuarat dan kongres ini tentu ada pengaruhnya terhadap perkembangan gerakan politik kiri di daerah Hulu Langat.
Oleh yang demikian, mulai awal tahun 1946 di kampung-kampung yang ramai penduduknya dan mempunyai orang-orang yang berkebolehan untuk memainkan peranan sebagai pemimpin, lahirlah cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS. Walaupun kita tidak memperoleh senarai kampung yang mempunyai cawangan gerakan kiri, tetapi antara kampung yang mempunyai cawangan gerakan kiri yang kuat termasuklah Sungai Long, Bukit Raya, Sungai Serai dan Jenderam (temu ramah dengan Yahya Nasim, 25 Jun 2008).
Kemunculan cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS di daerah Hulu Langat boleh dikatakan seiring dengan kemunculan pemimpin-peinimpin yang aktif, yang menggerakkan organisasi tersebut. Di sini pun kita tidak mempunyai rekod yang lengkap tentang siapa mereka dan ciri-ciri mereka. Namun, kemudiannya ada beberapa orang pemimpin dari daerah Hulu Langat yang menduduki jawatan yang agak tinggi, bukan saja pada peringkat cawangan, tetapi juga pada peringkat kebangsaan dan negeri, dan kerana itu boleh diiktiraf sebagai pemimpin yang lebih penting.
Dari kalangan pemimpin PKMM, salah seorang pemimpin dari daerah Hulu Langat yang menduduki jawatan penting ialah Yahya Nasim. Di samping menjadi Ketua PKMM Hulu Langat, dia juga menjadi Ketua PKMM Selangor dan menjadi Penolong Bendahari PKMM Pusat. Beberapa orang pemimpin PKMM dari Hulu Langat juga memegang jawatan pimpinan pada peringkat negeri Selangor, iaitu Bakar Jali (Ketua 2), Nawawi Haji Abdul Hamid (Setiausaha), Kassim Haji Sirat (Bendahari), Ustaz Yunus Yatimi (Badan Penerangan), Mustafa Yunus (Ahli Jawatankuasa) dan Sulaiman Pandita (Ahli Jawatan kuasa).
Dari kalangan pemimpin API, yang paling terkemuka ialah Khidir Ibrahim. Dia menjadi Ketua API Hulu Langat, di samping menjadi salah seorang pemimpin API Selangor.
Bagi organisasi AWAS pula, salah seorang pemimpinnya yang terpenting ialah Aishah Haji Hussain yang berasal dari Hulu Langat dan pernah menjadi isteri Pak Sako (Ishak Haji Muhamad). Ia menjadi Ketua AWAS daerah Hulu Langat dan negeri Selangor dan Bendahari AWAS Malaya. Sementara itu, beberapa orang pemimpin AWAS dari kampung Jenderam seperti Fatimah Haji Kassim, Rosnah Mein, Mariam Jaafar, Hindon Tahir dan Zaharah Kasim, juga merangkap jawatan AJK AWAS Selangor.
Mengenai BATAS, Ahmad Boestamam (1972: 78) menganggap bahawa daerah Hulu Langat ialah kubu BATAS yang terkuat di Selangor, dan ketuanya ialah Mohamad Sharif yang menjadi orang kanan kepada Musa Ahmad, ketua BATAS Malaya. Mungkin kerana ia berjambang, Yahya Nassim (temu ramah 25 Jun 2008) menggelarnya sebagai "Sharif Jambang".
Dalam tempoh kewujudannya yang agak singkat, dari tahun 1946 hingga 1948, mungkin tidak banyak aktiviti yang sempat dilakukan oleh cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS daerah Hulu Langat. Namun, beberapa akivitinya yang penting boleh disenaraikan seperti di bawah ini.
Pertama, menerima kedatangan pemimpin atau tokoh dari luar dan mendengar ceramah yang diberikan oleh pemimpin tersebut. Misalnya, pemimpin pusat seperti Dr.Burhanuddin, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Wahi Anuar, Musa Ahmad, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan Zainab Mahmud dikatakan sering berkunjung ke kampung Jenderam, salah sebuah pusat gerakan kiri yang terkuat di daerah Hulu Langat. Kedatangan mereka disambut dengan kemesraan oleh penduduk kampung tersebut (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78: 48-49).
Kedua, mengadakan latihan ketenteraan untuk anggota API dan anggota PKMM serta AWAS yang terpilih. Sebagaimana yang dilaporkan oleh pusat perisikan British (Ramlah Adam, 2004: 224) di Hulu Langat terdapat sebuah pusat latihan ketenteraan API, selain daripada sebuah pusat lain di Singapura, dan pusat latihan tetap dan utama di Taboh Naning, Alor Gajah dan Tanjong Bidara, Melaka.
Berdasarkan pengalaman Aishah Haji Khatib, bekas Ketua AWAS Cawangan Bukit Raya yang diceritakannya kepada Aishah Ghani, Aishah Ghani (1992: 33) menceritakan dalam memoirnya bahawa orang yang menyertai latihan itu,
"… dibawa ke dalam hutan untuk menjalani latihan menggunakan senjata api dan menghadiri kursus-kursus sulit yang juga diadakan dalam hutan Sungai Long tidak berapa jauh dari Kampung Batu 10…Setelah berlatih selama dua minggu mereka balik semula ke kampung. Latihan-latihan itu berjalan berterusan dari semasa ke semasa."
Ketiga, mengadakan Kongres Tani secara besar-besaran di kampung Jenderam pada 28 Mei 1948, tiga minggu sebelum Undang-Undang Darurat diisytiharkan. Walaupun kongres ini tidak dinamakan kongres nasional, tetapi ia dihadiri oleh pemimpin gerakan kiri yang penting, seperti Dr.Burhanuddin, Abdullah C.D. dan Shamsiah Fakeh. Bersempena dengan kongres itu, satu perarakan BarisanTani yang mengandungi kira-kira 700 orang telah diadakan dari masjid kampung Jenderam selepas sembahyang Jumaat. Bendera "merah putih" dan "bendera rakyat" turut dikibarkan dalam perarakan itu.
Kongres Tani itu dikatakan bermula pada pukul tiga petang dan didahului oleh ucapan oleh beberapa orang wakil badan-badan progresif, termasuk Parti Buruh dan Pembantu Indonesia Merdeka (PIM). Kongres berakhir pada pukul lima petang. Pada sebelah malamnya telah diadakan pertunjukan sandiwara yang bertemakan semangat perjuangan oleh anggota PETA (Ikatan Pemuda Tanah Air) cawangan Jenderam (Mohd.Nor Mohd.Amin 1977/78: 49).
Apabila Undang-Undang Darurat diisytiharkan pada 20 Jun 1948, dan berikutan dengan itu parti-parti kiri diharamkan oleh kerajaan penjajah Inggeris, beberapa orang pemimpin dan anggota gerakan kiri dari daerah Hulu Langat telah menyertai perang gerila yang diterajui oleh PKM. Antara mereka termasuklah Khidir Ibrahim, Ketua API Hulu Langat yang terkorban di Hulu Selangor (Ahmad Boestamam 1972: 79) dan Aishah Haji Khatib, Ketua AWAS Bukit Raya, Hulu Langat, yang kisah perjuangannya diceritakan dengan panjang lebar oleh Aishah Ghani dalam memoirnya ( 1992: 32-35).
Bagaimanapun, berbanding dengan penduduk kampung lain, penduduk kampung Jenderamlah yang paling ramai menyertai perang gerila itu. Ini ditegaskan oleh Wikipedia (http: ms.wikipedia.org/wiki/sejarah_komunis-di Selangor) dengan kata-kata seperti berikut:
Kebanyakan pengganas komunis Melayu yang beroperasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan datang dari pemuda Melayu Kampung Jenderam. Mereka ada pertalian persaudaraan atau berasal dengan tokoh komunis seperti Tan Malaka dari Sumatera, Indonesia.
/sejarah_komunis-di Selangor) dengan kata-kata seperti berikut:
Kebanyakan pengganas komunis Melayu yang beroperasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan datang dari pemuda Melayu Kampung Jenderam. Mereka ada pertalian persaudaraan atau berasal dengan tokoh komunis seperti Tan Malaka dari Sumatera, Indonesia.
Aku rasa semua orang dah tau sekarang ni memang musim orang mengerjakan haji.Aku semestinya tau sebab aku tengah praktikal kat tabung haji kan.Kalau tak tau memang nak kene penampaq free je dari boss aku..hehe
Alkisahnya aku ni tak pernah la pegi kelana jaya tempat check in jemaah yang nak pergi haji tu la kan.Aku bayangkan kelana jaya tu macam klia.Tetapi rupanya tidak sama sekali..hehe Sabtu lalu aku mengikut family aku menghantar nenek aku punye adik pergi mekah.So just hantar kat kelana jaya jela kan.Rupenye kelana jaya tu dalam kawasan perumahan.Bukan tanah lapang macam yang aku bayangkan.
Aku sampai dalam pukul 6 lebih.Jalan memang jammed la kan.Sampai je orang memang dah penuh giler.Bermacam-macam gelagat aku tengok.Ade yang bercamping,ade yang buat kelana jaya tu macam rumah die sendiri.Family sebelah aku tu siap makan tempoyak,pergh bau memang mengancam!
Muka jemaah haji yang terpilih mengerjakan haji tahun ni masing-masing penuh seri.Yela nak jadi tetamu Allah kan.Terbit dihati aku nak jejak kaki kat sana :) Insyallah bila sampai masanya :)
Jemaah boleh check in start pukul 9 lebih.Orang pon dah beratur.Bila diorang announce jer boleh masuk.Macam2 gelagat ade,sayu jer hati biler dengar budak2 lambai atok nenek dorang sambil jerit..bye atok..bye nenek..Ade yang nangis.Ade yang meraung.Macam-macam adela :)
Seronok rasany abiler dapat tengok sendiri jemaah yang pergi haji sebab selama ni aku tolong uruskan proses diorang untuk pegi haji jer.Dari pendaftaran sampai lah serahan passport.Walaupun tidak diberi peluang untuk join OHTA(operasi haji tanah air) tapi dapat jugaklah tengok secara live orang pegi haji :)
Sape yang tak daftar haji jom daftar sekarang di pejabat tabung haji yg berdekatan :) Lagi cepat kita daftar lagi cepat kite berpeluang pegi mekah! Pastikan kena bukak akaun tabung haji dulu la tw :)