Selasa, 4 Oktober 2011

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Jangan main politik dengan Isu bekalan air <b>di</b> Lembah <b>Klang</b> | Free <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 12:17 AM PDT

SURAT FMT

Dari Rakyat S'gor prihatin, melalui e-mel

Saya sebagai penduduk Selangor ingin menyokong kenyataan Setiausaha Agung FOMCA, Mohammad Shaani Abdullah, yang meminta supaya tiada percangahan kenyataan berkaitan dengan bekalan air di Selangor.

Bagi saya, SYBAS sepatutnya menjelaskan mengapa LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) yang bertanggungjawab terhadap bekalan air mentah mendapati bekalan air mencukupi bagi Lembah Kelang?

SYBAS juga harus menjelaskan mengapa mereka masih berdegil dengan kenyataan awal mereka yang menyatakan bekalan air di Lembah Kelang terancam.

Setahu kami rakyat Selangor ini, SYBAS cuma bertanggungjawab di atas pembersihan dan pensulingan air sahaja. Hal ehwal bekalan air terletak di bawah kuasa LUAS. Maka, LUAS lebih mengetahui keadaan sebenar bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang berbanding Sybas.

Amat dikesali pihak SYBAS cuba bermain politik dengan isu bekalan air di Selangor dan Lembah Klang. Sudah menjadi maklumat umum, SYBAS adalah syarikat yang dikuasai oleh mereka-mereka yang pro kepada Umno.

Kenyataan SYBAS yang terbaru ini jelas berbau politik dan mahu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor serta MB Selangor.

Bagi saya rakyat Selangor, kenyataan dari LUAS sudah cukup untuk memberikan saya rasa tenang terhadap keadaan bekalan air di masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads