12 di teluk datok - Google Blog Search |
Masjid <b>Teluk Datok</b>, Morib, Jugra - ontahsapo Posted: 30 May 2007 09:25 PM PDT Jumaat, 8 Jamadilawal 1428. Minggu lepas lah tu. Kami berpetualang ke Banting, berjemaah di Masjid Teluk Datok. Masjid ini adalah masjid baru yang dibina diatas tapak masjid lama Kampung Teluk Datok satu masa dulu. Kawasan Teluk Datok ni adalah kawasan mulanya pendatang Jambi mendarat di Selangor. Dah terlanjur sampai sini, kami terus makan tengahari di Pantai Morib. Satu satunya pantai yang terkenal di negeri Selangor. Dapat la baca serba sedikit sejarah Pantai Morib ni dekat batu bersurat dia kat bawah ni. Kemudian, hala nak balik singgah pulak ke kompleks makam Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Sultan Selangor yang keempat. Baginda mula memerintah Selangor pada 1857 setelah kemangkatan Sultan Muhammad iaitu bapa saudara baginda. Diatas ni adalah makam baginda. Bangunan bewarna kuning. Baginda juga yang memindahkan pusat pemerintahan Selangor ke Jugra dari Melawati atau Kuala Selangor. Dan dengan itulah maka, makam baginda juga terletak di Bukit Jugra. Bukit Jugra memang terkenal sejak lama dulu. Dalam Kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melaka, dikatakan Bandar Melaka dahulu bersambung hingga ke Jugra. Hingga disebut jika seseorang berjalan dari Melaka ke Jugra, tidak perlu membawa api, kerana pasti akan ada rumah rumah disepanjang perjalanan itu yang terang benderang. Dalam Hikayat Hang Tuah pula dikatakan Bukit Jugra adalah persinggahan Hang Tuah yang terakhir dalam siri pertapaannya. Wallahualam. Di zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad jugalah ramai pendatang dari Cina yang datang untuk menggali Bijih. Juga dizaman yang sama bermulanya perlantikan Residen British yang pertama di Selangor, J.G Davidson. Antara makam makam keturunan Sultan Abdul Samad yang lain yang juga terdapat di sini. Antaranya makam Raja Muda Musa dan makam Raja Fatimah. Al Fatihah..... Labels: Bukit Jugra, Jambi, Masjid, Morib, Ziarah |
You are subscribed to email updates from di teluk datok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |