12 di beranang - Google Blog Search |
Majlis berbuka puasa keluarga 15 Ramadhan 1433 <b>di Beranang</b> <b>...</b> Posted: 05 Aug 2012 09:30 PM PDT Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc.. Sabtu 15 Ramadhan yang lepas, kaum keluarga sebelah isteri koi telah bergabung dan menjayakan satu majlis berbuka puasa di rumah koi di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor Darul Ehsan, 4 km dari sempadan Negeri Sembilan Darul Khusus (Daerah Seremban) di selatan. Koi menjemput adik-beradik koi juga, tetapi kebetulan semua ada urusan masing-masing, tiada dapatlah saudara-saudara hamba hadir memeriahkan majlis yang ceria tersebut. Abang hamba Zaidi bekerja hingga lewat petang dan kemudiannya terpaksa menyediakan diri untuk peperiksaan akhir semester di Bangunan Peperiksaan UM (belajar di OUM), kakak hamba Rohayu terpaksa menunggu anak sulungnya Shaza Yasmin yang mengikuti kelas tuisyen di Serendah, UPSR pun sudah tidak lama lagi, adik perempuan hamba berbuka puasa di Kota Gelanggi 2, adik lelaki hamba pula telah awal-awal lagi pulang ke Kulim untuk berbuka puasa dengan keluarga ibu&bapa saudara. Koi dan isteri Puan Faridah Hamzah (Ani) sekeluarga menyediakan ikan pari kecil (dalam istilah Kelantan ike tuko) dan ikan cencaru (keronge) bakar, air laici + nata de coco dan membeli kek coklat kerana Nuzul Nasywa akan menyambut hari lahir ke 9 sempena Nuzul Qur'an. Keluarga kakak ipar koi Puan Rohaya Hamzah (Kak Ya) dan suaminya Muhammad Abdul Latef (Abe Mat) menyediakan mi kari dan kuih kegeraman anak-anak koi akok serta rojak& kuah kacang. Serta kek untuk hari lahir mengikut kalendar Gregorian anak sulung mereka Muhammad Shateer Muhammad. Tetamu yang didatangkan khas (dengan belanja sendiri hehe) dari Tumpat, Kelantan Darul Naim, keluarga abang ipor koi Mohd Awi Hamzah (Abe Awi) dan isterinya Puan Iszam Rohayu Yahya (Kak Ayu) menyediakan daging masala (resipi turun-temurun keluarga), sayur kacang&udang, kuih nekbat istimewa dari Kelantan dan buahan-buahan pencuci mulut. Adik-adik beliau yang menetap di Lembah Kelang turut hadir sama memeriahkan suasana. koi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir merapatkan silaturrahim pada kali ini. (Sesi makan kek hari lahir, gambor dirembat dari FB Abe Awi kuikui) Adik ipar koi Elbe Kiswati Hamzah (Ana) dan suami Al-Fadhil Ustaz Hasmunir bin Che Ramli (Munir) datang jauh dari Tampin dengan ikan terbuk masin goreng dan joint venture dengan Kak Ya dalam menyediakan mi kari. Adik ipor koi sorang lagi Mohd Azman Hamzah (Amer) dan isterinya Puan Zuraida Awang (Ida) menyediakan salah satu resipi 'hit' pada maghrib tersebut, iaitu "cocktail buah-buahan Rinching" dan ayam goreng berempah. (Isteri koi sedang mengambil makanan) Turut serta dalam majlis ialah Mek (mak mertua koi) dan Ma (mak mertua Abe Awi) dalam majlis ini. Berselera Mek & Ma makan bersama-sama anak-anak dan menantu. (Sesi makan pencuci mulut) Gambar tidak banyak yang sempat koi snap sendiri, mungkin ada di FB Abe Awi, boleh koi rembat dari sana nanti kuikui.. Secara umumnya kami amat berpuas hati dengan perjalanan majlis walaupun plan asal ialah mengadakan solat tarawih berjemaah, namun atas sebab kesihatan anak Al-Fadhil Ustaz Munir, Aufa Mardhiah yang mengalami alahan kulit, beliau terpaksa ke klinik berhampiran diiringi oleh koi dan isteri yang pergi mendapatkan ubat batuk dan selsema yang telah kehabisan buat kali ketiga. Tarawih sendiri di rumoh lepas tu. Anak-anak turut menikmati sesi naik hilux Abe Mat di bahagian belakang, tawaf Bandar Tasik Kesuma pada pukul 10 malam sebelum pulang ke rumah masing-masing. Koi sekeluarga sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang hadir. Moga dijadikan acara tahunan, tambahan pula Kak Long anak Abe Awi kini melanjutkan pengajian di UPM Serdang, sambil-sambil jenguk anak bolehlah ke rumah kami yang sentiasa terbuka untuk seluruh ahli keluarga dan rodonc-rodonc. Ma'assalamah wa ilal liqaa'. |
You are subscribed to email updates from di beranang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan