12 di bandar sunway - Google Blog Search |
Putih Hitam: <b>Bandar Sunway</b> dalam kenangan Posted: 05 Jul 2012 06:41 AM PDT Kalau diikutkan, 5 tahun itu adalah satu jangka masa yang lama. Bagi saya dan mereka-mereka yang melalui 5 tahun yang penuh dengan pelbagai perasa, tempoh itu tidaklah panjang mana. Pejam-celik, dan pejam-celik, maka tibalah pada hari perpisahan. Saya sengaja mengajak mana-mana kenalan seperjuangan (yang sama-sama mengharungi dunia kejuruteraan) turun padang menjayakan aktiviti luar. Sengaja juga dipilih di luar Bandar Sunway, biar terbuka fikiran daripada melihat Bandar Sunway sejak 5 tahun yang lepas. Kalau ada di antara kami yang berjalan adalah saya dan Shazana, lelaki saya tidak tahu. 5 tahun di Bandar Sunway menyimpan suka dan duka. Ia meninggalkan satu kesan yang amat dalam. Zaman bergelar pelajar adalah zaman yang paling seronok sekali, boleh diselitkan sesi main-main. Sebab itu, keputusan saya selalu tidak memberangsangkan. Lupakan seketika tentang keputusan. Saya tahu ia sangat sensatif. Mari lihat gambar dahulu sekitar majlis perpisahan yang diadakan di Sungai Kanching, Rawang. Berhijrah ke Bangi membuatkan saya merindui Bandar Sunway. Bagi saya, Bandar Sunway adalah zon yang paling selesa terutamanya untuk berbelanja. Semua pasaraya ada di sekitar. Tetapi berlainan pula di sini. Terkebil-kebil saya mencari arah ke pasaraya terdekat. Masih dalam proses perkenalan. Teringat ketika saya berpraktikal di Seri Kembangan. Sanggup berulang-alik ke Sunway dan keluar seawal jam 6.00 pagi. Saya boleh sahaja tinggal dengan adik di Kuala Lumpur tetapi saya tetap merasakan Bandar Sunway adalah tempat yang paling selesa bagi saya. Saya masih merindui Bandar Sunway dan kawan-kawan di sana. Saya merindui tempat lepak di Library Monash University. |
You are subscribed to email updates from di bandar sunway - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan