Ahad, 28 Oktober 2012

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Rumah Maksiat <b>Di Hulu Selangor</b>, Tidak Hairanlah Kenapa Khalid <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2012 03:33 AM PDT

Ketika Hasan Ali menjawat jawatan Exco Agama, kali terakhir dia memegang jawatan tersebut, serbuan telah dilakukan ke atas sebuah pusat hiburan pada malam Tahun Baru. Akibatnya, para pemimpin DAP memekak dan Khalid Ibrahim memutuskan bahawa Hasan Ali perlu dikeluarkan dari barisan Exco Negeri. Bagaimanapun, untuk memecat Hasan Ali begitu sahaja, tidak boleh kerana tindakan sebegitu, akan mengundang kejengkelan di hati para pengundi PAS tulen.

Lantas, dengan 'kerjasama' Azmin Ali, disuarakan kepada pucuk pimpinan PAS Pusat bahawa Hasan Ali perlu dipecat daripada parti tersebut. Disokong pula oleh musuh Hasan Ali di dalam PAS seperti Khalid Ibrahim dan Rani Othman, akhirnya Hasan Ali dipecat keahliannya. Secara tidak langsung, gugurlah kelayakan Hasan Ali sebagai Exco Agama Islam.

Sebaik-baik sahaja Hasan Ali tidak lagi layak memegang jawatan Exco Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu serta Infrastruktur Awam, maka ramailah yang melihat serta menjangkakan Rani Othman yang akan menjawatnya. Apatah lagi Rani Othman adalah Pesuruhjaya PAS yang baru menggantikan Hasan Ali.

Malangnya, Khalid Ibrahim dan DAP yang ada di belakangnya, mempunyai rancangan yang lain. Tiada seorang pun pemimpin PAS Selangor yang layak untuk jawatan berkenaan, sebaliknya Khalidi Ibrahim melantik dirinya sendiri untuk memegang jawatan Exco Agama Islam.

Dengan menjadi Exco Agama Islam, mudahlah Khalid Ibrahim untuk memajukan Selangor dengan industri pelacuran dan maksiat seperti yang dibuktikan sekarang ini. Tidak ada tempat di Selangor yang tidak ada pusat-pusat pelacuran dan maksiat. Sehinggakan Hulu Selangor yang sebelum ini bebas dari pusat-pusat maksiat, kini mempunyai tiga buah pusat urut di Batang Kali.

Pendedahan berkenaan menunjukkan wujudnya kerjasama antara Exco Agama dengan pemilik-pemilik pusat maksiat untuk memastikan Selangor maju dengan pusat-pusat sebegitu rupa.

Anehnya, PAS yang begitu memperjuangkan sebuah negara hudud, tidak pula berkata apa-apa. Malahan sewaktu PKR merampas jawatan Exco Agama dengan menyerahkan kepada Khalid Ibrahim, PAS Selangor juga mati akal walaupun pada masa yang sama, masih lagi cuba untuk mengaitkan UMNO walaupun sebenarnya yang menyediakan pusat-pusat maksiat di seluruh Selangor itu adalah kerana sokongan dan dokongan PAS sendiri.

PAS sepatutnya bertanya mengapa mereka jadi BERHALA BISU tetapi cukup setia membela apa-apa juga kemaksiatan yang dihadirkan oleh Pakatan Rakyat, semata-mata kerana mereka adalah komponen dalam pakatan berkenaan? Apa lagi helah yang akan digunakan oleh PAS untuk menghalalkan pusat-pusat maksiat yang tumbuh bagaikan cendawan selepas Selangor diambilalih oleh Pakatan Rakyat?

Masih lakukah lagi alasan konon-kononnya semua lesen-lesen berkenaan diluluskan pada zaman pentadbiran UMNO? Atau alasan terkini yang seringkali digunakan ialah, pusat-pusat maksiat tersebut adalah berstatus haram dan tidak pernah diketahui oleh pentadbiran negeri mahupun PBT?

Dari tahun 2008 sehingga 2012, PAS Selangor tidak pernah menyuarakan sebarang tentangan terhadap kadar pertumbuhan pusat-pusat maksiat yang bermaharajalela di seluruh Selangor. Sebaliknya, kalau isu berkenaan dipanjangkan atau didedahkan, PAS yang terlebih dahulu membela dengan menyatakan bahawa semuanya itu diluluskan pada zaman pentadbiran UMNO walaupun telah terbukti dan menerusi pengakuan Ronnie Liu sendiri bahawa pusat-pusat maksiat berkenaan wujud dan diwujudkan pada zaman pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kalau di Pulau Pinang, tugu arak sudah cukup untuk menutup dan membuktikan kebaculan PAS dalam membela agama Islam walaupun mereka tidak pernah lekang dengan ceramah dan kempen kononnya PAS menentang kemungkaran dan segala gejala maksiat.

Apa yang berlaku di Selangor sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan PAS sebenarnya adalah penjual dan peniaga politik yang menggunakan agama yang cukup efisien tetapi pada masa yang sama, mereka adalah kaum munafiq yang akan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kuasa yang diburu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads