Sabtu, 21 April 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Pusat Siber <b>Di Semenyih</b> Membimbangkan Penduduk

Posted: 26 Mar 2012 09:13 PM PDT

SEMENYIH, 27 MAC : Kewujudan pusat siber dan permainan video termasuk snuker yang dipercayai beroperasi tanpa lesen kini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih di sini khususnya di kawasan bandar.

Ketua Biro Publisiti Dun Semenyih, Wan Zahari Majid berkata, pihaknya menyedari masalah itu berikutan rungutan orang ramai yang sering memberikan respon mengenainya dan berharap perkara itu mendapat perhatian pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, bagi membendung masalah itu, pihaknya sering mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi premis perniagaan itu kerana ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

"Kita sering mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai khususnya golongan muda supaya menjauhi premis perniagaan seperti itu kerana ia tidak membawa kebaikan dalam kehidupan. Malah ia lebih banyak membawa keburukan termasuk masalah sosial di dalam kehidupan masyarakat.

"Gejala ini perlu dibendung segera kerana apa yang kita lihat pusat dipercayai beroperasi tanpa lesen ini masih banyak terdapat di kawasan ini khususnya di bandar," katanya.

Wan Zahari berkata, Pusat Khidmat Dun Semenyih memberi perhatian di dalam perkara ini dan pihaknya membuat pemantauan berterusan mengenainya.

Beliau berkata, setakat ini penerangan kepada orang ramai giat dilakukan di kawasan penempatan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar.

Tambahnya, sesi motivasi juga diadakan bagi memberi kesedaran khususnya kepada golongan muda supaya tidak mengunjungi  pusat siber dan permainan video tanpa lesen itu.

"Kita sering mengingatkan orang ramai supaya memilih premis berlesen yang sah dan mengunjungi premis tersebut dengan tujuan yang baik serta berfaedah.

"Masalah premis tanpa lesen ini sewajarnya mendapat perhatian pihak berkuasa bagi menanganinya segera. Ia banyak membawa kesan negatif di dalam kehidupan masyarakat kerana ia membuang masa dan melekakan," katanya.

Sementara itu Penolong Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung, Ariffin Mohammad menjelaskan perkara itu menimbulkan kerisauan kepada penduduk di kawasan ini.

Menurutnya, diharapkan masalah itu diatasi segera dan dapat dikawal supaya bilangannya tidak bertambah pada masa akan datang.

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2012 07:50 AM PDT

Seramai 40 anggota Majlis Bekas Wakil
Rakyat Malaysia (Mubarak) dilantik sebagai
fasilitator kepada kawasan Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) di Selangor bagi membantu
memperkukuh jentera pilihan raya Barisan Nasional
(BN) untuk memenangi semula Selangor pada pilihan
raya umum (PRU) akan datang.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata anggota
Mubarak yang terpilih menjadi fasilitator kepada 22
kawasan Parlimen dan 56 DUN akan bertindak
sebagai "bapa" yang akan memberi nasihat dan
membantu menyelesaikan masalah yang timbul di
kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada
mereka.
"Fasilitator ini telah dilantik oleh Perdana Menteri
dan mereka sebagai tokoh yang disegani akan
berperanan sebagai ayah kepada kami di mana
mereka akan membimbing dan membantu
menyelesaikan masalah jika ada," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung
tahunan ke-9 Mubarak Selangor di Bangunan Umno
Selangor di sini petang Isnin.
Turut hadir ialah Koordinator BN Selangor, Datuk Seri
Mohd Zin Mohamed, Yang Dipertua Mubarak
Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar yang juga bekas
Menteri Besar Selangor, dan seorang lagi bekas
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd
Taib. Pada majlis itu, Noh yang juga Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikan surat
pelantikan kepada 40 anggota Mubarak yang dilantik
sebagai fasilitator itu.
Beliau berkata Mubarak kepemimpinan BN Selangor
sepakat untuk bekerjasama sebagai satu pasukan
untuk menguatkan jentera parti bagi menghadapi
PRU ke-13 akan datang.
Noh juga melahirkan rasa terharu dengan kehadiran
semula Muhammad yang dilantik sebagai Anggota
Jawatankuasa Biro Politik Mubarak Selangor bagi
melaksanakan tanggungjawab mendekati kumpulan
profesional dan korporat supaya memberikan
sokongan kepada BN.
"Saya amat yakin dengan adanya kerjasama daripada
Mubarak, BN akan memenangi semula PRU di
Selangor apatah lagi dengan kekuatan pemimpin
Mubarak terutama dua bekas Menteri Besar Selangor,
Abu Hasan dan Muhammad," katanya.
Abu Hassan berkata Mubarak Selangor telah lama
memberikan bantuan kepada B Nselepas dilantik
sebagai ahli Majlis Muafakat Parlimen pada
penghujung 2010.
Terdahulu dalam ucapannya, Noh berkata tidak
wujud sebarang kem dan kelompok "war lord" dalam
Badan Perhubungan UMNO Selangor dan BN di negeri
itu. - BERNAMA
Sent by PEMUDA UMNO TELOK DATOK®

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


chedinsphere.: Geng KDRS <b>Padang Jawa</b>: Sendaloka bersama <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 01:36 AM PST

Saya belajar di Sekolah Undang-Undang, UiTM Shah Alam, selama 4 tahun.

Selama 3 tahun, saya bersama 11 orang rakan seangkatan, menyewa sebuah rumah teres dua tingkat di Padang Jawa, Shah Alam.

Saya, Jen, Ekan Sugiono, Baha, Zul@Pejol, Fared, Akmal, MistaCheqa@Carlos, Hadi@Manja, Dato' Aizad dan Anwar@Ketum. Dan, ahli majlis kehormat rumah kami, Aiman. hehe.

Kami sudah seperti bersaudara – suka-duka – pahit-maung, suka-benci kami lalui bersama.

Dan, kami juga ada baju rumah kami sendiri. heh. T-shirt hitam dengan tulisan 'TMR 17/11', singkatan kepada alamat rumah sewa kami.

Setiap bulan, kami akan memilih satu hari pada hujung minggu untuk bersama mengumpul duit; untuk membeli barangan dapur dan bahan-bahan masakan.

Baha dan Hadi@Manja (pakar masakan tradisional/kampung) dan Fared (pakar segala jenis masakan) akan menjadi chef terbaik untuk mengisi perut seisi rumah.

Ikan masak tiga rasa, 'chicken chop', kerang bakar adalah hidangan yang kerap menjadi bualan hangat individu-individu yang kelaparan. Hari itu dinamakan sebagai 'Hari Makan Mewah.'

Rindu geng KDRS Padang Jawa. heh.

Long live KDRS. Moga semua berjaya dunia akhirat. Amin.

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


6 Budak Lemas <b>Di Tanjung Sepat</b> | Malaysia Top Bloggers

Posted: 23 Jan 2012 07:21 PM PST

Dalam kejadian lemas di Tanjung Sepat Kuantan semalam, 6 budak lemas serentak. bagaiamanpun 4 dari mereka berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada ditempat kejadian.

KUANTAN: "Semuanya berlaku terlalu pantas. Anak-anak saya sebelum itu sedang mandi apabila tiba-tiba ketiga-tiga mereka tenggelam timbul dan terkapai-kapai.

"Saya cuba menyelamatkan mereka namun hanya berjaya menyelamatkan seorang saja," kata Zaleha Abdul Ghani, 42, yang kehilangan dua anaknya, Mohd Zaiful Mohamad, 13, dan adiknya, Mohd Saiful, 11, akibat lemas di Pantai Sepat, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, enam orang termasuk tiga anak Zaleha lemas. Bagaimanapun, seorang anak wanita itu dan tiga anak saudaranya berusia antara lapan hingga 16 tahun, berjaya diselamatkan orang ramai dan kini dirawat di di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA).

Zaleha bersama keluarganya dari Sungai Isap, berkelah di pantai itu sempena cuti umum Tahun Baru Cina.

Dua anaknya yang maut, Mohd Zaiful dan Mohd Saiful berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika diselamatkan dan meninggal dunia di HTAA akibat sesak nafas. Seorang lagi anak Zaleha masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia mengharapkan anaknya itu selamat.

Pada masa sama, Zaleha meluahkan kekesalannya terhadap pihak berkuasa yang tidak melakukan pemantauan di sepanjang pantai itu biarpun sebelum ini banyak kejadian lemas berlaku.

"Mereka (pihak berkuasa) sepatutnya mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak kejadian ini berulang kembali," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata enam orang lemas dalam kejadian itu dengan dua daripada mereka maut.

Menurutnya, pihaknya masih melakukan siasatan terperinci punca kejadian.

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


The Glamorous MrJocko: Menu TomYam XXXL <b>di Sekinchan</b> Ikan <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 08:30 PM PDT

Dah memang kedai ni terletak sebelah jer umah aku, jadi boleh kata tiap-tiap minggu aku mesti singgah sini, Sekinchan Ikan Bakar, Mandy Avenue.
Kat sini aku rasa best pasal pertamanya ada Wifi percuma, tempat yang selesa, parking yang luas dan mudah, serta orang tak ramai. Selalu nya kalau datang order singgah kat Sekinchan ni, sure cepat.
Buat kali pertama, aku order TomYam kat restoran Sekinchan ni. Selalu yang kita dengar Ikan, Pari, Udang, Sotong dan Kerang Bakar kat sini, tapi kali ni ada menu TomYam.
Tah camana, aku order standard tomyam sajer, sekali waiter tu datang bawak semangkuk besar menu Tomyam Seafood Campur. Nampak cara masak memang lain sikit dari tomyam kat kedai mamak atau kedai ala Thai. Tapi, bila di makan, rasanya enak...




Harga agak mahal dari harga biasa. Tetapi rasa dia boleh tahan dan juga sedap. Jadi kalau selama ini orang berkata yang Sekinchan cuma ada menu Ikan Bakar sahaja, sebenarnya silap. Diorang pun ada pelbagai menu dan resipi yang boleh mengenyangkan perut anda... 

MrJocko.com

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Polis Selesai Kes Simbah Asid <b>Di Rawang</b> | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 01 Apr 2012 08:00 PM PDT

- Apr 2, 2012 11:00:03.

Kejadian simbah asid Rawang

Mangsa simbah asid di Rawang

SHAH ALAM: Siasatan kes simbah asid melibatkan seorang guru dan pelajar di hentian bas Batu 17, Rawang 27 Mac lepas telah selesai dengan tangkapan seorang lagi lelaki Jumaat lepas, kata polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Bandar, Rawang pada pukul 5 petang Jumaat lepas.

"Ia adalah tangkapan kedua melibatkan kes simbah asid di Rawang selepas suspek pertama ditahan pada pukul 1 pagi hari yang sama di Kuala Kubu Baharu.

"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek itu, kami percaya kes ini telah selesai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, Ahad.

Pada 27 Mac lepas, seorang pelajar perempuan dan seorang guru wanita cedera selepas kedua-duanya disimbah cecair dipercayai asid ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah di perhentian bas Batu 17, Rawang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Nuraqilah Osman, 14, dan S. Rani, 46, difahamkan dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

Kedua-dua suspek kemudiannya dipercayai meragut seutas rantai emas guru sekolah itu sebelum menyimbah cecair berkenaan ke arah mangsa serta pelajar itu lalu melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah dalam sidang akhbar sehari selepas kejadian berkata kes simbah asid itu tidak mempunyai kaitan dengan kejadian simbahan asid berangkai yang berlaku di sekitar Lembah Klang sebelum ini.

Sebaliknya kata beliau, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan kedua-dua mangsa itu bermotifkan jenayah ragut.

Kejadian simbah asid Rawang

Mangsa menunjukkan kesan simbahan asid. Beliau disimbah asid kerana melawan ketika peragut cuba meragut rantai leher yang dipakai ketika menunggu bas kesekolah pada jam 7 pagi 27 Mac lalu.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Ceramah DAP untuk tarik orang Melayu <b>di Subang Jaya</b> hambar <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 05:48 AM PDT

Kempen untuk tarik orang melayu sertai DAP menggunakan dua orang balachi upahan iaitu Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias tak mendapat sambutan . Lebih menarik yang hadir hanya 100 orang je ... dan yang paling menarik dalam 100 orang tu hanya 30 orang melayu yang hadir . Kah kah kah , DAP nak 'test market' lah tu . Aku sebagai penduduk di Subang Jaya memang perasan banner yang digantung di jambatan pejalan kaki antara SS18 dan SS19 , terpampang jelas di banner tu muka balachi upahan yang disebut di atas dengan tajuk paling mengancam sekali iaitu "Mengapa saya sertai DAP" .


Ptuihhh... sapa lah 2 orang balachi tu? Jenis Melayu tipikal yang tak puas dengan habuan kot ? Jenis tak sedar diri ? Apa sumbangan diaorang pada negara ? Tapi gua pelik..dah tua-tua pi la buat ibadat, join badan2 amal ka, tak puas lagi ka dalam politik, bila terasa dipinggirkan mula lah buat perangai tak semengah. Paling busuk pun pi masuk PAS la lagi bagus. Pasal apa tak masuk PAS ,kopiah dan sarban bukan pilihan ? Sedarlah .. rumah kata pergi , kubur kata mari .
Hmm kalau dalam ceramah tu depa letak Tun Dr. Mahathir ka mungkin boleh dapat sambutan, kalau yang ni confirm aku pun layan jugak . Emm tapi terfikir juga , dulu masa arwah Tunku Abdul Rahman di akhir hayatnya , beliau bersama-sama berdiri dengan DAP , aku teringat lagi satu klip video dimana arwah Tunku Abdul Rahman dijulang oleh puak2 DAP . Tapi pada masa tu , walau dengan faktor Tunku Abdul Rahman pun , Melayu masih tak berganjak menyokong UMNO .
DAP nampaknya tak akan berputus asa dalam menarik sokongan Melayu menyertai parti itu . Menurut penyelaras Roketkini , Mazir Ibrahim , ceramah2 DAP untuk tarik sokongan orang Melayu akan diteruskan dinegeri-negeri lain termasuk Johor , Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.  DAP mensasarkan golongan professional Melayu muda untuk masuk parti itu dan golongan2 professional muda ini lah yang bakal dijaja dalam ceramah-ceramah mereka.
Pelik dan ajaib , kenapa DAP masih nak menarik sokongan orang Melayu ke dalam parti mereka sedangkan PAS dan PKR boleh dianggap penuh dengan golongan2 professional Melayu juga. Jadi apa beza Melayu dalam DAP,  dengan Melayu dalam PAS dan PKR ?Mungkin melayu DAP malu mahu memohon ahli PAS kerana insiden 'baring atas jalan sambil pegang bendera Palestin' dan malu memohon ahli PKR kerana dikaitkan dengan Ketua Umum dengan kes liwat dan 'video seks' ? Jadi di sebelah PR sendiri kuasa Melayu dah terpecah kepada 3 bahagian . Jadi nampak tak bagaimana politik licik DAP wahai orang2 Melayu PR ?

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


himbauan desa: HELAH kaki judi <b>di</b> pekan <b>Sabak Bernam</b>

Posted: 26 Mar 2012 07:32 AM PDT



BERJUDI merupakan satu kesalahan jenayah yang tercatat dalam al-Quran.  Kerajaan negeri Selangor telah menjadikan satu undang-undang bertulis apabila dijadikan Enakmen Jenayah Syariah 1995.
BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

(1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 

(2) Tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini kerana didapati berada di tempat yang merupakan rumah judi jika dia memuaskan hati Mahkamah bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin tahu bahawa tempat itu ialah rumah judi. 

(3) Dalam seksyen ini, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup , yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan kemahiran, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang atau nilai wang.
Saya hendak mendedahkan taktik kaki judi muslim di pekan Sabak (Sabak Bernam) yang berhelah semasa membeli nombor ramalan.  Jika anda berdiri di pintu Maybank berdekatan stesyen minyak Mobil akan kelihatan sebuah kedai kopi bangunan kayu dan sebuah kedai nombor ramalan berwarna kuning.  Antara dua premis perniagaan itu ialah sebuah bengkel membaiki motorsikal.
Kaki judi muslim tahu dirinya boleh 'dipegang' oleh penguatkuasa syariah jika berada di dalam kawasan kedai nombor itu sama ada sedang membeli nombor atau sekadar melihat-lihat apa yang ada.  Oleh itu kebanyakan kaki judi muslim akan berkumpul di kedai kopi milik seorang Tionghua.  Kemudian, ada seorang Tiongua (lelaki atau perempuan) sebagai 'runner' yang mengambil wang daripada pelanggan yang 'ngopi' di kedai itu untuk membelikan nombor-nombor judi di kedai judi bersebelahan bengkel motorsikal.
Agaknya mereka berhujah, "Kami tidak membeli nombor ekor, orang Tionghua itu yang memberlinya."
Saya teringat cerita dalam al-Quran mengenai helah kaum Yahudi yang dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu.  Allah menguji mereka dengan menjadikan banyak ikan di laut (tepi pantai) pada hari Sabtu. Oleh itu mereka berhelah dengan membuat terusan yang menyebabkan ikan yang begitu banyak pada hari Sabtu akan terperangkap dalam terusan yang dibina.  Benar, mereka tidak menangkap ikan pada hari Sabtu, tetapi itulah helah mereka memerangkap ikan pada hari Sabtu yang dilarang oleh Allah itu.  Akhirnya Allah menghukum mereka menjadi 'kera'.
Begitulah, kedai judi nombor yang katanya untuk memenuhi permintaan kaum bukan Islam telah menjadi masalah kepada masyarakat Islam pula. Orang bukan Islam tahu muslim tidak boleh berjudi, tetapi atas permintaan muslim itu orang bukan Islam membantunya.

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Kantoiiiii....Hak milik tanah <b>di Ijok</b>: Janji tinggal janji...

Posted: 06 Apr 2012 12:30 AM PDT

Kemelut berhubung isu hak milik tanah penduduk Kampung Sri Aman, di sini, menunjukkan kelemahan dan kegagalan kerajaan negeri Selangor, terutama wakil rakyatnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Semasa kempen pilihan raya ke-12 lalu, Abdul Khalid sendiri berjanji untuk memberi geran hak milik tanah dalam masa tiga bulan jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran negeri."Kami kesal kerana apa yang dijanji tidak ditunaikan. Jangan suka berjanji jika tidak dapat melaksanakannya.

"Sepatutnya, sebagai Menteri Besar beliau tiada masalah untuk menunaikan janjinya dengan memberi hak milik tanah tersebut kepada penduduk,"Gobi turut mendakwa, Abdul Khalid berdolak-dalik dan menyalahkan kerajaan Selangor ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerana gagal menyelesaikan masalah tersebut.Katanya, penduduk hampir hilang sabar menunggu janji pemberian hak milik tanah itu kerana kampung berkenaan sudah wujud lebih 50 tahun."Saya dapat tahu, ada satu keluarga penduduk luar menerima geran tanah walaupun Menteri Besar janji untuk beri geran tanah itu pada penduduk tetap seperti kami saja selain beliau juga pernah berkata satu keluarga hanya akan menerima satu geran saja.

"Kami kecewa dengan sikap Abdul Khalid yang memandang ringan isu pemberian hak milik tanah ini. Tanpa hk milik tanah itu, kami bimbang diusir dari kampung berkenaan," katanya.Dalam isu Kampung Sri Aman ini, Abdul Khalid mendakwa beliau tidak dapat memberi hak milik tanah seperti yang dijanjikan kerana Kerajaan Negeri Selangor pimpinan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo telah mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat pemaju untuk memajukan tanah tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana menerima bantahan penduduk.Berikutan itu, pada 2007, kerajaan negeri ketika itu telah pun meluluskan pemberian hak milik kepada penduduk kampung berkenaan, namun kejatuhan kerajaan BN pada 2008 menyebabkan ia tidak sempat dikeluarkan.

ads