Sabtu, 21 April 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2012 07:50 AM PDT

Seramai 40 anggota Majlis Bekas Wakil
Rakyat Malaysia (Mubarak) dilantik sebagai
fasilitator kepada kawasan Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) di Selangor bagi membantu
memperkukuh jentera pilihan raya Barisan Nasional
(BN) untuk memenangi semula Selangor pada pilihan
raya umum (PRU) akan datang.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata anggota
Mubarak yang terpilih menjadi fasilitator kepada 22
kawasan Parlimen dan 56 DUN akan bertindak
sebagai "bapa" yang akan memberi nasihat dan
membantu menyelesaikan masalah yang timbul di
kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada
mereka.
"Fasilitator ini telah dilantik oleh Perdana Menteri
dan mereka sebagai tokoh yang disegani akan
berperanan sebagai ayah kepada kami di mana
mereka akan membimbing dan membantu
menyelesaikan masalah jika ada," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung
tahunan ke-9 Mubarak Selangor di Bangunan Umno
Selangor di sini petang Isnin.
Turut hadir ialah Koordinator BN Selangor, Datuk Seri
Mohd Zin Mohamed, Yang Dipertua Mubarak
Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar yang juga bekas
Menteri Besar Selangor, dan seorang lagi bekas
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd
Taib. Pada majlis itu, Noh yang juga Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikan surat
pelantikan kepada 40 anggota Mubarak yang dilantik
sebagai fasilitator itu.
Beliau berkata Mubarak kepemimpinan BN Selangor
sepakat untuk bekerjasama sebagai satu pasukan
untuk menguatkan jentera parti bagi menghadapi
PRU ke-13 akan datang.
Noh juga melahirkan rasa terharu dengan kehadiran
semula Muhammad yang dilantik sebagai Anggota
Jawatankuasa Biro Politik Mubarak Selangor bagi
melaksanakan tanggungjawab mendekati kumpulan
profesional dan korporat supaya memberikan
sokongan kepada BN.
"Saya amat yakin dengan adanya kerjasama daripada
Mubarak, BN akan memenangi semula PRU di
Selangor apatah lagi dengan kekuatan pemimpin
Mubarak terutama dua bekas Menteri Besar Selangor,
Abu Hasan dan Muhammad," katanya.
Abu Hassan berkata Mubarak Selangor telah lama
memberikan bantuan kepada B Nselepas dilantik
sebagai ahli Majlis Muafakat Parlimen pada
penghujung 2010.
Terdahulu dalam ucapannya, Noh berkata tidak
wujud sebarang kem dan kelompok "war lord" dalam
Badan Perhubungan UMNO Selangor dan BN di negeri
itu. - BERNAMA
Sent by PEMUDA UMNO TELOK DATOK®

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads