Selasa, 9 Julai 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


KEJOHANAN BOLA TAMPAR PETANDA 2013 <b>DI KUALA SELANGOR</b>

Posted: 06 Jul 2013 09:27 AM PDT



 


























 
 
 







 





















 

















 














12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


<b>Pelabuhan Klang</b>, Seri Manjung catat IPU bahaya pagi ini ABN <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2013 08:37 PM PDT

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak kini dikategori paras bahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing mencatatkan 495 dan 308, setakat 8 pagi hari ini.

Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan empat kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya, Banting, Shah Alam dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.

Sementara itu, Muar yang diisytihar kawasan darurat jerebu pada Ahad lepas menunjukkan perkembangan positif apabila mengekalkan IPU pada paras tidak sihat dengan bacaan 163, berbanding 507 yang dicatat Ahad lepas.

Setakat 8 pagi ini 17 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 24 sederhana dan dua kawasan iaitu di Tawau dan Sandakan, Sabah adalah baik.

Kawasan yang berada pada tahap tidak sihat ialah Jalan Tasek, Ipoh (142); SK Jalan Pegoh, Ipoh (186); Kampung Air Putih, Taiping (146); Tanjung Malim (176) di Perak; USM (121), Perai (120), Seberang Jaya (132) di Pulau Pinang; Batu Muda (200), Cheras (186) di Kuala Lumpur dan Putrajaya (197).

Tempat lain ialah Nilai (176), Seremban (161) dan Port Dickson (167) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (159) dan Bandaraya Melaka (134) di Melaka, Kemaman, Terengganu (121) dan Jerantut, Pahang (136).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. – Bernama

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Polis Marin tahan 45 PATI <b>di</b> Kota <b>Tinggi</b> ABN News | BM

Posted: 05 Jul 2013 01:07 AM PDT

JOHOR BAHRU – Pasukan Gerakan Marin (Polis Marin) menggagalkan cubaan menyeludup masuk dan keluar 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Pakistan selepas menahan mereka di Pantai Ladang Rusa, Sungai Rengit dekat Kota Tinggi tengah malam tadi.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Supt N. Kalai Chelvan berkata kesemua mereka yang berumur 20 hingga 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

"Serbuan dilakukan terhadap sekumpulan pendatang asing dari darat menuju pantai yang cuba menaiki bot pancung dan sekumpulan pendatang yang sedang turun dari bot menuju daratan.

"Semasa serbuan, bot pancung yang mereka naiki memecut ke laut dan tekongnya terus terjun meloloskan diri," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kalai Chelvan berkata mereka merupakan 36 lelaki rakyat Indonesia, seorang lelaki rakyat Pakistan manakala lapan wanita rakyat Indonesia.

Beliau berkata turut ditemui dua mayat lelaki dan satu mayat wanita yang dipercayai maut akibat terkena kipas bot pancung berkenaan.

Kesemua yang ditahan diserahkan ke Balai Polis Sungai Rengit dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 kerana cuba keluar dan masuk dari Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah. – Bernama

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 03:57 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2012 03:22 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Diari Papa Deh: Beli Rumah Kat <b>Jenjarom</b>

Posted: 18 Nov 2012 09:28 PM PST

Adakah korang tengah mencari-cari rumah nak dibeli..?
Dekat dengan kawasan rumah MIL aku kat Jenjarom ni, tengah dibuat projek perumahan. Sri Jaromas namanya. Projek fasa 1 dah sold out & projek pembinaan sedang rancak dijalankan. Sekarang ni tengah dibuka jualan untuk fasa 2. Lepas ni, ada rancangan untuk fasa 3 lak. So kiranya pembangunan terancang laa.
Bagi projek fasa 2 ni, ada dijual rumah teres & semi-D 2 tingkat. Kita mulakan cerita dengan projek rumah teres ni yang dinamakan Tamera. Tamera dibahagikan kepada 2 jenis rumah.
Luas tanah 22' x 70', luas binaan 2,323 sqf, 4 bilik, 3 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM367,000
Luas tanah 20' x 70', luas binaan 2,025 sqf, 4 bilik, 3 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM339,000.
Bagi rumah semi-D 2 tingkat lak, dinamakan Rosa2 Dreams. Kenapa Rosa2..? Sebab projek fasa 1 dulu dah buat semi-D gak yang dinamakan Rosa. Rosa2 ni merupakan 1st Gated & Guarded Exclusive Residence in Jenjarom ok..! Haha. Rosa2 pun dibahagikan kepada 2 jenis rumah.
Luas tanah 37' x 85', luas binaan 3,132 sqf, 5 bilik, 5 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM611,000.
luas tanah 37' x 85', luas binaan 3,151 sqf, 5 bilik, 5 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM615,000.

Harga rumah-rumah ni agak sedikit mahal sebenarnya. Sebab apa..? Harga melonjak naik sebab SKVE dah buka. Hehe. Lokasi Sri Jaromas ni 5 minit je daripada exit Teluk Panglima Garang. Dengan kewujudan SKVE ni gak, jarak perjalanan ke Putrajaya cumalah 30 minit. Akses ke ELITE (exit Bandar Saujana Putra) dalam 15 minit & tak lama lagi ada akses ke WEST COAST EXPRESSWAY (exit Tanjung 12) dalam 10 minit je. Akses ke KESAS pun dalam 30 minit je tapi x lalu SKVE pun.

Selain tu, lokasi Sri Jaromas ni adalah dalam 20 minit ke Bukit Tinggi, Klang & 20 minit gak ke pekan Banting. Dari segi kemudahan yang lain, dah sedia ada pun sekolah rendah, sekolah menengah, klinik kesihatan, masjid, stesen minyak & pejabat pos.
Dalam projek Sri Jaromas ni gak, akan didirikan Tesco, Econsave & lot-lot kedai. Kalau dah boring shopping kat sini, boleh je ubah angin pergi ke Giant Banting yang baru je dibuka dalam sebulan kot (10 minit) atau ke Jusco Bukit Tinggi (20 minit).
Apa lagi nak cerita kat korang ye..? Hahaha. Aku bukan agen, xde sebarang komisyen pun tolong promote ni. Tapi saje je seronok menulis untuk perkongsian dengan korang yang tengah mencari rumah. Tak banyak detail yang korang boleh dapat daripada internet. Model rumah boleh tengok kat Giant Banting / Tesco Klang.
Sekian, rumahku syurgaku..!

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2012 03:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2013 03:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Coret-coret: Catatan setahun <b>di</b> SJKT <b>Jenjarom</b>

Posted: 07 Nov 2012 05:52 PM PST

Mula mendapat tawaran masa kursus dulu, aku tak percaya akan ditempatkan di SJKT. Masa mula-mula masuk di SJKT Jenjarom, aku agak ragu-ragu. Rasa tak mampu, soalan tentang logiknya aku, seorang Melayu ditempatkan di SJKT selalu datang bertalu-talu. Dengan semua rakan kerja adalah berbangsa India, rasanya ketika tu mustahil untuk aku hidup di sini. 
Tapi, Allah Maha Mengetahui. Sedikit demi sedikit, aku rasa aku dan SJKTJ adalah sama. Malah aku rasa bangga mengajar di SJKTJ. Banyak kisah lucu dan duka di sini. Paling kelakar bila anak-anak kecil tahun 1 memanggil aku kakak. DUnia mereka masih kecil. Tidak luas kerana kurang jauh perjalanan mereka. Pada mereka, orang Melayu adalah kakak (pembantu pra sekolah aku Melayu) yang membantu guru-guru mereka ketika mengajar. Seikhlasnya, aku simpati dengan mereka kerana kurangnya pendedahan.
Anak-anak ini nampak sangat semangat ingin menjalin hubungan baik dengan aku kerana aku berbangsa asing. Ketika aku beritahu yang aku bakal berpindah, mereka mengeluh dan bertanya kenapa. Ya, mereka tidak fasih berbahasa Malaysia kerana persekitaran. Tetapi mereka tetap cuba bercakap dengan aku walaupun kebanyakan waktu mereka berbahasa Tamil dengan menganggap aku memahaminya. Kelakar sangat rasanya berdepan dengan anak-anak ini. Kelakar tapi membahagiakan.
Berada di sekolah Tamil, aku selamat dari banyak perkara. Kurangnya teman berbicara menyelamatkan aku dari sudut pengurusan masa. Kemudahan tahap yang sederhana menyeronokkan aku. Mana nak dapat bilik guru yang ada 'cubicle' masing-masing. Itu tahap orang kerja pejabat. Dek kerana itu, aku mampu melengkapkan tempat bekerja aku dengan pelbagai kemudahan. Sampaikan Pushpa kata aku ni stationary shop. Even aku boleh terus mencetak dokumen disebabkan cubicle aku ada pencetak sendiri yang aku bawa dari rumah. Aku mampu menyediakan ABM sebanyak yang mungkin. Memang seronok di sini. Makan pun di meja sendiri.
Ada dua tiga perkataan yang aku belajar dari rakan-rakan guru dan anak-anak didik aku. Ukkar (duduk), paadi (baca), satham poda dei (Jangan bising), un gal dan pin gal (budak lelaki dan perempuan), sikkaru (cepat). Ada lagi kot. Tapi mungkin aku dah terlupa. Seronok juga belajar bahasa asing.
Bila permohonan tukar berjaya, aku akui hati aku separuh-separuh. Seronok juga di SJKT kerana aku sudah bersedia dengan bahan dan segala macam benda untuk tahun depan. Berpindah ke tempat baru bererti aku kena mula semula dari bawah. Setahun untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana sedia ada. Harapnya, di sekolah baru aku dapat menyesuaikan diri nanti. I'm gonna miss my kids and colleagues... Bet, they don't believe this. :|

Tanah Lot Banglo, <b>Jenjarom</b>, Kuala Langat

Posted: 16 Feb 2013 07:52 AM PST

Tanah Lot Banglo untuk dijual di Taman Putra Hill Jenjarom, daerah Kuala Langat.

Dapatkan tanah lot banglo dengan harga yang sangat murah dengan harga serendah RM42,800 sahaja.

Luas tanah: 40′x75′ =3000sqft

* 5 minit ke SKVE
* 20 minit ke Shah Alam
* 20 minit ke Klang
* 20 Minit ke Putrajaya
* 20 minit ke KLIA
* Berdekatan sekolah dan masjid.

Pakej ekslusif
-Infra jalan bertar
-Sistem saliran dan perparitan disediakan
-Menyediakan perkhidmatan tambak tanah dan membina rumah
-Lampu jalan disediakan
-Pihak syarikat sedia membeli semula tanah lot selepas 3 tahun.
-Pinjaman diuruskan pihak syarikat

8 pembeli terawal akan terima FREE GIFT.

Hubungi Syamsul 012-2249895


View Larger Map

Aricom inspirations: Renovasi & Dekorasi Rumah Teres <b>di Jenjarom</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 07:54 AM PST

Tempoh hari ARICOM menerima panggilan dari seorang pelanggan yang baru sahaja membeli sebuah kediaman jenis teres setingkat di daerah Jenjarom, Selangor. Dari bual bicara, pemilikmahukan kediaman barunya ini memilik sebuat set kabinet dapur yang elegan dan sempurna. Begitu juga beliau mengidamkan sebuah almari pakaian sediabina untuk bilik utama.


Zal tiba di rumah pelanggan di daerah Jenjarom, Selangor.

Setelah memahami apakah kemahuannya, ARICOM memberi cadangan dan pandangan setelah mengambil kesemua ukuran di bahagian-bahagian tertentu. Oleh kerana kediaman ini mempunyai ruang-ruang yang cukup terhad jadi ARICOM menggunakan setiap inci yang ada untuk dimanfaatkan.

Setelah meneliti keseluruhan ruang rumah dan memahami apa yang dimahukan pemilik, akhirnya ARICOM memberikan satu cetusan idea penuh inspirasi. Meski pun punya ruang yang terhad, ARICOM tampil membawakan struktur dapur yang cukup moden dan ringkas buat keselesaan memasak. Walaupun kabinet dapur ini tidak besar namun susunan rapi dan reka bentuknya cukup menarik, tampil beraura dan berkonsepkan moden. ARICOM memberi 2 cadangan tona warna untuk pilihan tuan rumah, samada alunan hitam zaitun ataupun pilihan rona coklat tanah. Jadi ianya terserah kepada pemilik untuk memilih.

Ruang dapur asal dan ruang dapaur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Hitam Zaitun.

Ruang dapur asal dan ruang dapur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Coklat Tanah.

Bagi ruang bilik tidur pula, ARICOM menampilkan satu sentuhan almari pakaian sediabina yang serba ringkas tetapi anggun. Dengan 3 pintu tolak berkonsepkan almari Jepun, dua daripadanya berterapkan cermin bias agar dapat meluaskan lagi ruang bilik yang terhad ini. Dengan ruang-ruang penyimpanan yang selesa, segala pakaian dan fabrik dapat disimpan dan disusun rapi.

Ruang asal bilik tidur utama dan selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) almari pakaian sediabina berkonsepkan 'Modern Jappan'.

Nah... kini tuan rumah amat berpuas hati dengan cetusan idea dan proposal kami. Bagi keluarga ini mereka tidak sabar melihat hasilnya dan memulakan kehidupan indah di kediaman baru ini.Segala proses renovasi dan dekorasi ini bakal bermula pertengahan April 2011 ini!

Adakah anda juga punya impian yang sama, mahu memiliki ruang-ruang indah di dalam kediaman anda, inilah masanya, berbicaralah bersama ARICOM dan dapatkan sentuhan inspirasinya....Setiap dari anda berhak memilik kediaman impian!

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Adakah Bumiputera Berkuasa <b>Di</b> Lembah <b>Klang</b>? - Kerabu Bersuara

Posted: 07 Jul 2013 04:36 AM PDT

'Hanya 15 peratus kedai di Lembah Kelang milik bumi'

Timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kadar penyertaan yang rendah di kalangan bumiputera memberi kesan buruk kepada usaha negara untuk mengukuhkan perpaduan, imej dan dalam mengagih kekayaan.

Beliau berkata hanya 15 peratus daripada kedai di Lembah Klang diusahakan oleh golongan bumiputera manakala selebihnya diusahakan golongan Cina.

Ia bukan satu statistik yang baik dari segi agihan ekonomi negara, katanya dalam satu sidang media di Seremban, menurut laporan Sin Chew Daily.

Katanya, keadaan itu dilihat sama seperti di bandar besar kecuali di Kelantan dan Terengganu.

Katanya, beliau perlu menimbulkan perkara ini kerana senario masa kini tidak sihat untuk pembangunan ekonomi negara.

"Apabila pelancong melawat Malaysia, mereka akan tanya: Hanya orang Cina di Malaysia? Di mana kedai orang Melayu, India, Kadazan dan Iban?," katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Cina itu.

Beliau juga menangkis dakwaan pemimpin DAP Lim Kit Siang bahawa BN melayan orang Cina sebagai "warga kelas ketiga".

Katanya, orang Cina sudahpun menjadi warga kelas pertama sejak sekian lama.

Jika tidak, orang Cina tidak akan memiliki 85 peratus daripada perniagaan di Malaysia dan membentuk sebahagian besar daripada senarai 40 orang jutawan Malaysia, katanya.

Artikel berkaitan SEMASA

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Pesta Gol <b>Di Shah Alam</b> Akhiri Kempen Liga Super Pahang Dan <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2013 10:53 AM PDT

Pahang mengakhiri kempen liga super musim ini dengan noktah kemenangan  selepas  menewaskan PKNS FC 5-4 di Shah Alam.

Seawal minit ke-10, Amirulhadi Zainal memberi gol pertama buat Tok Gajah sebelum R.Gopinathan menambah pada minit ke 21.

PKNS merapatkan kedudukan selepas Patrick Ronaldo menjaringkan gol buat pasukan tuan rumah pada minit ke-34 namun Pahang menambah gol ketiga mereka menerusi sepakan penalti yang berjaya disudahkan Matias Conti sepuluh minit kemudian.

Bersambung babak kedua, Pahang terus berpesta jaringan dengan kali ini gol dijaringkan oleh Faizol Hussien pada minit ke-49 dan jaringan sendiri pertahan PKNS, Ally Imran selang 5 minit kemudian.

Patrick kemudian menambah gol kedua PKNS pada minit ke-70 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-70. Penyerang kebangsaan Liberia itu sekali lagi meledakkan jaringan pada penghujung perlawanan.

Namun begitu, kebangkitan lewat PKNS gagal untuk mengikat Pahang sebaliknya pelawat berjaya mencatat kemenangan 5-4 untuk naik ke tangga ke-5 liga.

"Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan persembahan anak buah saya sepanjang musim ini.

"Kami tiada nama-nama besar namun berbekalkan dengan pemain yang sedia ada, kita tetap mampu memberi saingan yang sengit kepada pasukan-pasukan lain" kata Dollah Salleh; ketua jurulatih Pahang.

Di kem PKNS, jurulatih Haji Abdulrahman Ibrahim turut berpuashati dengan prestasi pasukannya musim ini walaupun ianya berakhir dengan kekalahan serta sekadar menduduki tangga ke-8 liga.

"Sebenarnya, pencapaian PKNS tahun ini lebih baik berbanding dengan pencapaian yang dicatatkan tahun lepas.

"Kita akan perbaiki lagi pasukan kita selepas ini terutamanya menjelang Piala Malaysia" jelas Abdulrahman.

Mengulas mengenai sasaran di Piala Malaysia, Abdulrahman memberitahu kali ini dia berhasrat untuk membawa PKNS layak ke peringkat suku akhir sekurang-kurangnya.

"2 tahun berturut-turut kita terkandas di peringkat kumpulan jadi tahun ini saya harap kita dapat pecahkan badi tersebut dan layak ke suku akhir".

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Mayat lelaki ditemui di tapak projek pangsapuri <b>di Balakong</b> | Berita <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2013 07:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui di tapak projek pembinaan sebuah pangsapuri di Taman Impian Ehsan, Balakong, dekat sini hari ini. …read more

Berita Penuh: Terkini MyMetro

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Oiii Apasal Perlu Buat Bazar Ramadhan <b>Di Kajang</b>? Lain Tempat <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2013 08:08 AM PDT

WTF says:

Kau ni biar betul Bujuk…fahaman basic ttg rezeki pun disalah ertikan

Rezeki mmg di tangan Allah, tapi dgn syarat ada usaha, doa dan tawakkal.

Seperti contoh yg kau bangkitkan di sini tentang tempat kita kerja. Utk org makan gaji macam aku ni skg ada di company A tapi ada company B di location lain offer lebih gaji, kalau aku pindah ker company B di tempat lain, rezeki aku bertambah. Tapi kalau tanpa usaha, takkanlah company B nak ajak aku masuk kerja kat company B.

Jadi hujah kau kata tempat kerja/meniaga bukan tentukan rezeki itu aku tak setuju, kerana rezeki akan datang kalau ada usaha, doa dan tawakkal

9:40 AM on July 9, 2013

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


sepet: <b>Rawang</b> Burger Bakar &#39;Burger Bakar No 1 <b>di</b> Malaysia&#39;

Posted: 04 Jul 2013 09:41 PM PDT

Jumaat lepas punye cerita. Lepas amik stok, aku ajak Kak Azlin makan kat Rawang Burger Bakar 'RBB'. Sebelah Wangsa Walk tu je, kalau korang perasan ada KFC dengan Shell kan. Gerai dia bertentangan je. Betul-betul bawah bangunan Affin Bank tu. 
Gerai tu nampak macam biasa je, memang betul2 gerai tepi jalan tu. Bukak jam 6 petang sampai pukul 2 pagi. Hari Isnin cuti. Tapi Sabtu Ahad tak silap aku sampai 3 pagi. Kalau korang selalu lalu situ, memang perasan punye. Meja berderet dan penuh je orang. Aku sampai2 pun mencari2 meja. Sekali nampak Kak Pija dengan laki dia pun ada situ. Ohoi terus lepak bersama-sama.
Mula-mula hasben Kak Azlin tanya nak makan apa, sebab kalau nak order burger bakar kena order kat kaunter dia. Pastu Kak Pija cakap.. 'Saya nak bergembira'
Aku dah macam...eh eh Kak Pija ni buat lawak pulak ken... Tetiba hasben Kak Pija pun nak bergembira. Aku pun malas nak layan. Sebab tau dorang ni suka je main2 macam tu kan. Huhu! 
Sekali tengok menu dia....betul woi ada Burgembira. Muahahaha! Lawak gila. Paling tak tahan Buger Ombak Rindu. Aaron Aziz sangat kannnn...kuikui!
Antara menu-menu, dia. Korang kalau pergi dengan hasben, jaga-jaga kalau dia order burger madu tiga. Entah2 dia bagi hint hint ke kan. kuikui!
Gambar bawah ni pulak adalah apa yang diorder pada malam ittew.
 Kalau tak berapa nak silap, ini Burger Double Riang.
 Yang ni kalau tak silap jugak Chickep Pop
Ini K-pop. Qery memang dah cop burger ni dari awal lagi, takde sapa boleh rebut dengan dia ye. Huhu!
Yang ni tak silap Burger Madu Tiga. 
 Cik Epal dengan Viruspadu pun ada malam tu. Kite makan sama2.
Aku harus makan menu yang paling terbaru. Haritu baru dorang buat. Sabtu baru dorang launch. 
 Burger Old School a.k.a Lagenda.
Gila sedap hokeyh. Daku masih teringat2 lagi setiap suapan. Over sangat kenn..huhu! Tapi memang sedap gila pun. Roti dia pun dah sedap. Daging dia lembut tak terhingga. Ada certain daging kan keras pastu lenguh gila mulut nak kunyah. Yang ni kunyah sikit je, dia dah lebur di dalam mulut. Terbaik!!!! Korang kena cuba.
Pastu meatball ni pun adalah menu terbaru jugak. Aku rasmi dulu. Inilah meatball tersedap aku pernah rasa. Memang lazat tak terperi. Hihi! Masuk mulut. Gigit sekali je, terus dia hancur sendiri. Ok tipu. Haha! Maksudnya, senang gila la nak gigit. Takyah beriye2 sangat. Kalau korang makan, jangan gigit sikit2 meatball dia, sebab kalau korang gigit sikit2, dia akan hancur kat luar. Paham tak? Kena masukkan sebiji dalam mulut terus. Hancur semua dalam mulut. Tak paham takpe. Korang kena datang makan sendiri, baru paham. Huhu!
Pastu kite panggil Abang Roy datang explain kenapa la burger dia sedap kemain..
Katanya, semua daging adalah diimport. Kebanyakkan burger tempat lain, dorang beli burger ramli, dorang hancurkan, dan buat balik campur ramuan dorang, yang ni bukan guna daging burger ramli. Gittew. Pastu terkejut aku Abang Roy kata dorang dah ada lebih 60 cawangan kat seluruh Malaysia. Dan ada satu kat luar negara, UK tak silap aku. Kagum sebentar sebab anak melayu kite berjaya sampai sana.
 Selamat Maju Jaya aku dan Qery ucapkan kepada Rawang Burger Bakar, semoga terus maju dan berjaya serta membanggakan warga Malaysia. Aminnn..
Setiap minggu ada peraduan menang RM500. Terbaik. Semua orang ada peluang. 
Nak tau RBB mana yang terdekat dengan kawasan korang, boleh ke website RBB
atau korang boleh tengok aktiviti-aktiviti yang RBB buat kat facebook
atau korang boleh direct follow owner RBB kat Instagram
atau kalau korang nak hai hai kat twitter pun boleh
p/s : sangat2 recommended. Makan sekali nak lagi.. *aku la tu* kbye

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Demo LoNie: Selangor Bina Mahad Tahfiz Terbesar <b>Di Sabak Bernam</b>

Posted: 03 Jul 2013 02:45 PM PDT


SHAH ALAM: Mahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka akan siap suku tahun hadapan kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

Manakala kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi mahad tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang, kata Sallehin, yang juga Adun Sabak.
Bagi mahad tahfiz di Bagan Terap itu, Sallehin berkata kerajaan negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk mahad tersebut.
"Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga mahad tahfiz.
"Tujuan utama perancangan menubuhkan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.
"Disamping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.
Untuk permulaan, Mahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar. ~ TKO

Dapatkan Lebih Maklumat Di
SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>di Sepang</b> dan Sekitarnya - My Name is Munirah

Posted: 05 Jul 2013 10:47 AM PDT

Alhamdulillah..

Orang sepang..orang sepang sekalian.. kita dah ade pengedar yang dekat dengan anda. Tak perlu bawa kereta laju-laju ke branch untuk dapatkan shaklee.

Bagi mereka yang berada di sekitar Sepang dan kawasan sekitar yang berhampiran boleh dapatkan Shaklee dengan harga istimewa daripada Pengedar Sah kami : 

 
Selangor ( Sepang, Sungai Pelek dan Sekitarnya)
 
#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Munirah Hazam
Pengedar Shaklee Utara dan Malaysia - Kedah (Sungai Petani, Gurun, Jeniang, Bukit Selambau, Kuala Ketil)
Email : munirah.hazam at gmail.com
Sms/Whatsapp : 019-5768 456
Page : Munirah Hazam
FB : Munirah Hazam

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS DAERAH <b>KUALA LANGAT</b> [29 MAC <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2013 03:04 AM PDT

Permohonan dipelawa kepada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:-
2. Penolong Pegawai Penilaian W 27
4. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J29
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
6. Pembantu Penguatkuasa N17


ads