Selasa, 9 Julai 2013

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Polis Marin tahan 45 PATI <b>di</b> Kota <b>Tinggi</b> ABN News | BM

Posted: 05 Jul 2013 01:07 AM PDT

JOHOR BAHRU – Pasukan Gerakan Marin (Polis Marin) menggagalkan cubaan menyeludup masuk dan keluar 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Pakistan selepas menahan mereka di Pantai Ladang Rusa, Sungai Rengit dekat Kota Tinggi tengah malam tadi.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Supt N. Kalai Chelvan berkata kesemua mereka yang berumur 20 hingga 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

"Serbuan dilakukan terhadap sekumpulan pendatang asing dari darat menuju pantai yang cuba menaiki bot pancung dan sekumpulan pendatang yang sedang turun dari bot menuju daratan.

"Semasa serbuan, bot pancung yang mereka naiki memecut ke laut dan tekongnya terus terjun meloloskan diri," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kalai Chelvan berkata mereka merupakan 36 lelaki rakyat Indonesia, seorang lelaki rakyat Pakistan manakala lapan wanita rakyat Indonesia.

Beliau berkata turut ditemui dua mayat lelaki dan satu mayat wanita yang dipercayai maut akibat terkena kipas bot pancung berkenaan.

Kesemua yang ditahan diserahkan ke Balai Polis Sungai Rengit dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 kerana cuba keluar dan masuk dari Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads