Sabtu, 22 Mac 2014

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


<b>Raja</b> Bomoh dijadikan game "BOMOH" <b>di</b> google. | SISI <b>BUKIT</b>

Posted: 14 Mar 2014 07:12 AM PDT


12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Meninjau Aktiviti Burung <b>Di Kuala Kubu</b> Baharu | Birding Activity <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2014 12:05 AM PDT

Aktiviti Burung Di Kuala Kubu Baharu | Birding Activity | Cuti-cuti Malaysia kali ini memberi satu pengalaman baru bilamana baru-baru ini (8/3/2014) berkesempatan menyertai satu program bersama-sama "Geng Media" anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Program yang dinamakan "Birding activity" atau "Bird Watching" atau "Meninjau aktiviti burung" atau "skodeng burung". Perbezaan kali ini ianya bukanlah aktiviti merakam gambar di dalam taman burung akan tetapi burung-burung yang hendak ditinjau adalah burung yang habitatnya bebas di alam semulajadi. Agak mencabar, tetapi sungguh menyeronokkan.

Birding Activity | Meninjau Burung

"Bird Watching" Bunyinya agak janggal, tapi aktiviti meninjau burung ini tidak asing bagi penggemar photografi burung. Di sana, Kuala Kubu Baharu (KKB) program kami diselaraskan oleh Puan Azlina Mokhtar yang mana menjadi orang yang di pertanggungjawabkan dalam aktiviti menjejak burung-burung yang dikatakan ada sesetengah spesis disini yang datangnya bukan dari kelompok spesis tempatan.

Spesis Burung Di Taman Millennium


"Birding activity" ini tertumpu di Taman Millenium (Millenium Park) yang mana tasik ini terletak di kawasan berlatar belakangkan kawasan hutan dan bukit bukau. Sepanjang tinjauan kami ini ianya tidak mendukacitakan kerana terdapat beberapa spesis yang dapat Admin rakamkan dengan lensa. Antara spesis yang mudah didapati di kawasan ini adalah seperti berikut ;
  1. Black Crowned Night Heron.
  2. Black Naped Oriole.
  3. Common Iora.
  4. Common Chiffchaff
  5. Common Myna.
  6. Asian Glossy Starling.
  7. Blue Tailed Bee eater
  8. Black Headed Bulbul.
  9. Stripe Throated Bulbul.
  10. Yellow-browed Bulbul.
  11. Yellow Vented Bulbul.
  12. Barn Swallow.
  13. Oriental Magpie Robin (Murai).
  14. Paddyfield Pipit.
  15. Cattle Egret.
  16. Pink-Necked Green Pigeon.

Gambar-gambar Burung Sekitar Birding Aktiviti

Antara gambar spesis burung yang berjaya Admin rakam sepanjang tinjauan dilakukan adalah seperti berikut;











Faktor Kehadiran Burung


Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadi penyebab kehadiran burung-burung ke kawasan ini adalah seperti keadaan geografinya sendiri antaranya kawasan ini berdekatan kawasan bukit-bukau, lembah, persekitaran, dan bunga-bungaan dserta tumbuh-tumbuhan semulajadi yang menjadi punca atau sumber makanan burung-burung ini.

Percutian Dengan Alam Semulajadi


Bagi penggemar dan pecinta alam semualajadi rasanya ke lokasi ini adalah pilihan yang tepat kerana MDHS ada menyediakan penginapan (Rumah Rehat) yang agak selesa, luas dan berhawa dingin di setiap bilik. Untuk keterangan lanjut anda boleh terus berhubung dengan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dengan melayari laman sesawang www.mdhs.gov.my atau di talian 03-60641331.

Antara aktiviti-akitivi yang di tawarkan di bawah kelolaan MDHS adalah seperti berikut :
  • Mendaki Gunung / Bukit
  • Aktiviti Basikal
  • White Water Rafting - Sungai Selangor
Lokasi-lokasi perkelahan dan rekreasi :
  • Sg Inki, Kalumpang
  • Air Terjun Semangkuk
  • Santuari Ikan Kelah, Sg Chiling
  • Rumah Rehat Gap
  • Rest House Seri Berkat, Bkt Fraser
  • Kawasan Rekreasi Sg Kedondong, Batang Kali
  • Air Terjun Sg Sendat, Ulu Yam
  • Taman Milenium, Kuala Kubu Baru
  • Rest House KKB
  • Hutan Lipur Pelajaran, Sg Kedondong
  • Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
  • Air Terjun Serendah
  • Kolam Air Panas Kerling, Kerling
  • Tapak Sukan Lasak, Kalumpang

Sila lawat Prtal Rasmi MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR untuk keterangan lanjut.


12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Cemburu Isteri Dipandang Orang Suami Belasah Lelaki Depan <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2014 11:04 PM PST

     

Kuala Lumpur: Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak memukul seorang lelaki yang didakwa memandang isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.

2

Menurut sumber, dalam insiden itu, lelaki terbabit mengaku dirinya gengster di kawasan berkenaan dan turut mengambil alat pembuka skru tayar di dalam kenderaannya sebagai ugutan untuk memukul mangsa. "Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu, namun lelaki itu terus memukul mangsa selain turut meludah ke arah mangsa sebelum beredar," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang tadi (semalam). "Pihak kami akan menjalankan kawad cam sebelum suspek dituduh di mahkamah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat, "katanya. -myMetro


12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Bapa Kejam Dera Dua Anak Kandung <b>Di Ampang</b> - Blog Santai

Posted: 06 Mar 2014 10:29 PM PST

Bapa Kejam Dera Dua Anak Kandung


Penderaan kanak-kanak dah jadi macam amalan biasa kat Malaysia. Bukan satu kes, bukan dua dan bukan tiga. Antara kes yang agak kecoh suatu ketika dulu adalah kes bapa tiri dera anak di Terengganu. Dan banyak lagi kes pasti akan terjadi kalau masyarakat tak perihatin.
Kes terbaru berlaku di Ampang apabila dua kanak-kanak cedera teruk di beberapa anggota badan termasuk seorang daripadanya dicucuh bara rokok pada bahagian sulitnya oleh bapa kandung mereka sendiri. Perlakuan zalim ini telah berlaku sejak setahun yang lalu. Dan yang sedihnya si ibu turut merahsiakan perkara itu kerana bimbang dicederakan jika membuat aduan kepada pihak berkuasa. 



Kejadian terbongkar apabila seorang jiran yang perihatin nekad membawa mangsa ke Hospital Ampang (HA) untuk mendapatkan rawatan biarpun dihalang oleh ibu kanak-kanak terbabit kerana bimbang menimbulkan kemarahan suaminya. Hmmm...

Dalam kes macam ni, si ibu perlu memainkan peranan penting. Jiran dan juga guru perlu perihatin. Kita masih ada undang-undang di Malaysia yang dapat melindungi mangsa dera. So perasaan takut tu tak sepatutnya wujud.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Media Orang Kampung: Kemalangan Ngeri <b>di Kapar</b>..Bikers .Cedera.

Posted: 16 Mar 2014 06:00 AM PDT




Semoga rider R6 yg Exsiden kt kapar Bt 15 Klang x serius Hati Hati All bikers..malang tak berbau..Baca doa ye..

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Hanya Yang Indah Aje: Lepak <b>Di Morib</b>

Posted: 17 Mar 2014 10:00 PM PDT

Ahad lepas 9.3 kami bercuti ke Morib
Nas booked Rumah Peranginan Persekutuan, macam biasa la :)
Tak silap aku RM50 je semalam.
Kami amik 3 hari 2 malam asalnya.
Ahad sampai Selasa la kan
Lepas tu tup2 Nas kata dia ada seminar kat PJ pulak
Jadi, kami decided balik Isnin malam la dah alang2 amik 2 malam kan

Rumah Peranginan style rumah kayu
Sejuk je kawasan sekitarnya
Ada 2 jenis rumah, kecik dan besar
2 rumah bersambung di bahagian beranda.
2 bilik, setiap bilik ada 2 katil bujang
Ada dapur untuk memasak siap kelengkapan memasak macam periuk, kuali, sabun pinggan, pinggan mangkuk, sudu garfu, periuk nasi, sudip pisau segala.
Peti ais pun disediakan dan yang penting peti ais tidak berbau dan memang bersih sangat.
Aku memang puas hati dengan servis kat sini
Kira 2 kali rumah kecik keluasan dia.
Kalau rumah kecik tu berkembar kan jadi 2 rumah bersambung di beranda
Tapi rumah besar ni tak de berkembar
Sepanjang rumah kecil berkembar tu la besarnya rumah die
Ada 4 bilik, 1 master bedroom, 3 bilik ada 2 katil bujang
Dapur dia berkotak pulak cam bilik kecil 
Tapi kawasan sekitar macam bahagian penyediaan masakan luas sungguh
Kiranya ketika memasak je la dalam kawasan berkotak tu
Kat dapur dan ruang tengah
Parking kereta yang selesa untuk apa jenis kenderaan pun
Setiap rumah ada parking khas

Lengkap dengan meja makan
2 bilik tidur, setiap bilik ada 2 katil bujang

Disediakan juga kawasan untuk berBBQ
Memang selesa dan bersih 

Keadaan dalam rumah besar
Sesuai untuk yang datang dengan keluarga yang ramai
Kami pernah menginap di rumah besar sekali je
Masa tu dengan famili belah mama
Mama sekeluarga, Mak Na sekeluarga, keluarga adik ipar Mak Na dan kami laki bini
Masa tu kami baru 2 minggu jadi suami isteri
Rumah ni berhadapan dengan pantai
Bila air laut surut jauuuuuuuhhhhh sangat nampak laut tu
Seronok la main2 pasir dengan si bujang ni
Petang Ahad tu memang ramai orang
Ada yang main layang-layang
Kutip kepah, ketam segala mak nenek yang ada dalam pasir tu
Haaaa....kat sini ada banyak belangkas tau
Ramai gak duk kutip belangkas tepi pantai ni
Malam tu kami just kuar cari makan je la
Tapau je tomyam campur, daging paprik, dan sup ekor.
Masakan Alhamdulillah, memang kene dengan selera.
Hari Isnin pun tak de ke mana-mana
Juz duk lepak je depan tv
Kami sampai Morib masa hari ke-2 kehilangan MH370
Jadi hanya mengadap Astro Awani je la menunggu perkembangan kes tersebut
Tengah hari sikit kuar cari lauk untuk lunch pulak
Tengah mencari kedai makan, Nas singgah pulak kedai kerepek
Sebelum ni memang pernah pergi kedai kerepek ni
Memang banyak pilihan kerepek 
Dan antara tarikan utamanya adalah jelly kelapa
Nas suka sangat jelly kelapa kedai kerepek sini
Murah pun murah, RM1 je sebekas
Isi kelapa pun boleh tahan banyak
Selain tu Nas beli rempeyek berempah 2 paket, biskut kapit sepeket dan cucur meneram 1 paket
Bab lauk pulak kami terbeli kat kedai yang salah
Kira langkah kiri la kami ari tu
Lauk kurang sedap la tapi tang ayam goreng berempah tu agak sedap dari lauk2 lain yang aku beli
Aku beli paru sambal, daging kari, dan daging kering goreng bawang
Cari lauk dekat pukul 3, memang la tak banyak choice dah
Petang tu baru la kuar ke pantai macam petang Ahad tu
Bezanya petang isnin xde orang macam hari Ahad
Maklumlah hari orang bekerja kan.


Bola ni memang kami akan bawak ke mana-mana sahaja kami pergi
Balik umah atuk dan opah wajib bawak
Ikut Nas kursus pun bawak
Lepak kat ofis Nas pun bawak jugakkkk
Asal kuar rumah je mesti bawak la bola dia ni
Dia sangat2 suka main bola

 tapi REDHA je la maknya tanamkan kaki dia 
Merayu-rayu kat abah suh tolong dia

Penat dan bosan nunggu mak kambus pasir tu
Sambil tu tengok kapal terbang duk melintas kat atas tu
Dia pun maa...maa...tuuu....uuuuummmmm....
Konon bunyi kapal terbang
Lama-lama dia pulak over dari mak paknya
Sibuk duk baling2 pasir bagai kan
Restoran mama betul2 kat laluan kapal terbang
Sebab dekat je dengan KLIA.
Tu yang dia suka sangat tengok kapal terbang
Siap buat  bunyi enjin, macam2 bunyi
Bunyi harimau pun balun sekali
Setiap 10 minit mesti kapal terbang lalu dan masih terbang rendah la
Sebab kami nampak jelas kapal terbang tu
Malam tu pukul 9 lebih kami dah siap2 nak balik dah
Sampai rumah dalam pukul 12 lebih macam tu
Bawak kete pun rileks ja, tak de rushing nak kejar apa pun
Walaupun bercuti bertiga je tapi tetap seronok sebab ada kualiti time dengan suami dan anak.
Asalnya Nas nak rehatkan badan sebab 2 3 minggu ni dia banyak stress dengan kerjanya
Tetiba dia kata Isnin dan Selasa depan abang amik cuti, kita gi holiday
Nak rehat otak, letih sangat la
In shaa Allah bulan 5 nak pegi lagi
Dah booking tapi tengok planning kita macam mana

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


kisah banglo berhantu rm50 <b>di shah alam</b> di filemkan - lekat lekit story

Posted: 03 Jan 2014 11:18 PM PST

Musim cerita hantu kembali memeriahkan filem tempatan. Selepas penanggal.. bakal muncul filem yang di adaptasi dari kisah banglo di shah Alam yang katanya berhantu & di sewakan dengan harga yang murah iatu RM50. Rasanya ramai yang pernah baca kisah seram sekumpulan pelajar lelaki yang pernah menyewa tak sampai 1 hari pun kat banglo tu & mengalami kejadian misteri & seram sehingga mengakibatkan kematian. Kalau korang nak tau kisahnya nanti korang google la yer...
Inilah gambar banglo yang di maksudkan..
Yang den nak cerita ni pasal kisah ni dah di filemkan. Rentetan daripada kisah itu, M Jamil membawakan sebuah filem Rumah Sewa RM50, yang digarap semula berdasarkan kisah tersebut. Wah bunyi macam best je kisah ni di filemkan. Dari cerita yang di sebarkan kat internet memang agak seram tapi bila di filemkan ni kena tunggu filem keluar dulu la baru boleh nilai. Hope.. takde seram hanya pada tajuk.. tapi bila tengok sedih gitu. Sedih  bukan pasal cerita sedih.. tapi cerita seram yang tengok tengah malam pun feel seram tu takde. Memang menyedihkan.
Terus terang tak sabar jugak nak tunggu filem ni keluar dalam pada masa yang sama harap tak mengecewakan sangat la filem ni. Semoga berjaya M.Jamil.. ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah <b>DI Hulu Selangor</b> Ditutup | Fuh <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2014 02:06 AM PST

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup | Fuh!! Ramai tu, 43 orang kena histeria serentak. Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Hulu Selangor. Ikuti berita penuh yang dipetik dari Sinar Harian.

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup

HULU SELANGOR – Sebuah sekolah menengah di daerah ini terpaksa ditutup serta-merta setelah seramai 43 pelajarnya diserang histeria, pagi semalam.

Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali, kejadian itu berlaku ketika perhimpunan pagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

"Disebabkan gangguan itu gagal dikawal, pihak sekolah memutuskan untuk merehatkan pelajar dan sekolah ditutup serta merta," katanya.

Katanya, hanya seorang pelajar lelaki yang terlibat dan selebihnya perempuan.

"Ini adalah kejadian terburuk yang pernah berlaku di sekolah itu dan melibatkan ramai pelajar.

"Dua bulan lalu ada berlaku histeria tetapi tidak melibatkan ramai pelajar dan sekolah tak ditutup," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azlina Mokhtar berkata, beliau turut menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, langkah penutupan sekolah diambil kerana bimbang kejadian sama berulang dan berlarutan.

"Difahamkan esok (hari ini) sekolah ganti tapi disebabkan insiden itu sekolah ditutup.

"Berdasarkan laporan diterima, kejadian tersebut berlaku pagi semalam dan seramai 43 pelajar terlibat," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tempoh penutupan sekolah dilakukan. – Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


.: Presiden berjumpa Naib Presiden <b>di Kajang</b> - MSO - Blogger

Posted: 10 Mar 2014 10:30 PM PDT

PERKEMBANGAN KAJANG                                                           

Akhirnya 38,065 pengundi yang berdaftar di N 25 DUN Kajang akan berpeluang memilih dua orang wanita untuk diangkat menjadi wakil mereka pada 23 Mac nanti sebagai mengganti Lee Chee Cheh. Presien PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, 63 dan Naib Presiden MCA Chew Mei Fun telah diistyharkan sebagai calon pilihan raya kecil berkenaan secararasmi jam 10:15 pagi tadi.

Beberapa orang yang sebelum ini, melaung-laungkan akan ikut bertanding tidak seorang pun tampil menyerahkan borang pencalonan. Mungkin juga mereka terlupa yang hari ini adalah hari penamaan calon.

Antara mereka ialah bekas Ketua Umno Kota Bharu, Zaib Ibrahim. Zaid sudah pun beberapa kali turun ke Kajang untuk meninjau kedudukan dan mencari penyokong. Tetapi disebabkan Anwar tidak ikut bertanding, Zaid menarik diri. Apakah tujuan dan maksud Zaid berpolitik? Jelas dia berpolitik hanya acah-acahan sahaja dan bukan sesuatu yang serius.

Pertembungan di antara Wan Azizan dan Chew Mei Fun dikira sengit walaupun atas kertas Wan Azizah dilihat akan menang dengan mudah. Penyertaan Wan Azizah yang menggantikan suaminya Anwar Ibrahim itu 'yang dihalang' dengan keputusan mahkamah, pastinya bukan setakat kemenangan saja, tetapi tentulah kemenangan besar.

Tidak bererti kalau Wan Azizah setakat menang, atau majoritinya dibawah 6,000 undi. Dalam pilihan raya umum lalu calon PKR Lee Chee Cheh menraih 6,824.

Sudah pasti MCA akan memberi tentangan sengit kepada PKR. MCA akan menggerakkan seluruh kekuatannya untuk memastikan Mei Fun memberi cabaran kepada Wan Azizah. Umno rakan MCA dalam BN juga akan bekerja kuat bagi memastikan mereka tidak akan menanggung aib yang besar.

Kesungguhan MCA dalam pilihan raya kali ini, sekaligus untuk mengembalikan reputasinya yang jatuh dalam pilihan raya umum lalu, begitu jelas sekali. Katanya kira-kira 5,000 ahli MCA datang untuk memberi sokongan dan mengiringi calon mereka?

Dalam pada itu BN akan memastikan Wan Azizah tidak menang besar. Mereka harus menurunkan majoriti diraih calon PKR sebelum ini setidak-tidaknya separuh daripada itu. Sekiranya MCA gagal menafikan pencapaian itu ia memberi kesan kepada parti berkenaan dan juga BN serta kepimpinan Najib Razak.

Melihat secara umum dari jauh pilihan raya berkenaan, bahawa pengundi kompoisi kaum India, Melayu dan China masih menolak BN. Komposisi pengundi mengikut kaum di Kajang, Melayu 48.48%, Cina 40.46% dan India 10.15%.

Dalam tinjaun saya sebelum ini dibeberapa majlis anjuran PKR, sambutan dikalangan orang Cina terhadap program PKR begitu menggalkan sekali. Sokongan yang diperolehi semasa pilihan raya lalu di mana calonnya dari Cina tidak berubah. Orang Cina dipercayai tetap menyokong Pakatan Rakyat. Isu dan perkembangan mutakhir negara tidak banyak merangsang masyarakat Cina untuk menyokong BN.

Begitu juga dengan masyarakat India memberi gambaran jelas mereka bersama Pakatan Rakyat. Pengundur Pengerusi Hindraf, Waytha Moorthy sebagai menteri sedikit sebanyak menyebabkan masyarakat India hilang kepercayaan kepada BN. Dakwaan Waytha Moorthy yang Najib tidak menunaikan janji untuk membantu masyarakat India menyebabkan mereka kurang minta dengan BN.

Pengunduran Waytha Moorthyu itu sudah tentu memberi kelebihan kepada calon PKR untuk mengutip lebih 50% undi dari India. Misalnya majlis perpaduan malam kelmarin di Batu 11, anjuran PKR 500 orang masyarakat India kebanyakan dari estet hadir. Mereka diraikan dalam satu majlis makan malam dan pemberian bantuan yang disampaikan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa.

Salah seorang aktivis Hindraf yang pernah dipenjara turut hadir menjelaskan bahawa masyarakat India akan membuat pusingan "U" dalam pilihan kecil Kajang ini. "Kita akan buat pusingan "U" kita mahu tunjuk kepada Najib yang kita juga ada kemampuan untuk menjadi kuasa pengubah dan orang India tidak boleh diperkotak katiknya," katanya.

Berbalik kepada penamaan calon hari ini, kedua-dua calon diiringi penyokong masing. Ternyata sokongan kepada Wan Azizah mengatasi sokongan kepada Chew Mei Fun. Dianggar penyokong Pakatan Rakyat tiga kali ganda berbanding dengan penyokong UBN. Mereka datang bukan saja di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur tetapi ada yang datang dari Kelantan, Penang, Negeri Sembilan.

Jalan susur ke plaza tol di Bangi menjadi sesak sepanjang 3 km. Beberapa buah kereta melekatkan bendera PKR dan tidak ada satu pun bendera BN. Ini menunjukkan penyokong PKR lebih ekstrem berbanding dengan penyokong BN. Khabarnya seorang penyokong Pakatan Rakyat sanggup membawa seekor kuda dari Tok Bali Kelantan untuk mengiring perarakan calon mereka.

Pengiringan Wan Azizah ke pusat penamaan calon diringi Anwar Ibrahim yang memakai baju Melayu muda. Turut sama mengiringi Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub. Juga turut sama hadir ialah Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub, Husam Musa. Bendahari Pas Dr Mohd Hatta Ramli, AJK Pas Kamaruddin Jaaffar dan lain-lain.

Para pemimpin Pakatan Rakyat terpaksa dibahagi dua kerana setengah yang lain ke mahkamah untuk mendengar keputusan hukuman terhadap Karpal Singh yang didakwa dibawah Akta Hasutan. Karpal dijatuhi hukum denda RM4,000 dan akan mengemukakan rayuan.

Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali adalah antara pemimpin PKR yang awal-awal lagi tiba ke pusat penamaan calon.

Manakala calon BN pula diiringi oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin, presiden MCA Liew Tiong Lai dan lain-lain. [wm.kl.1:29 pm 11/03/14]

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


#LookBook.nu 22: Ber jumpsuit <b>di Sepang</b> Gold Coast | Si Budak <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2014 07:27 PM PDT

Tema kita hari ini ber jumpsuit di sepang gold coast, ko mampu pakai ala-ala brader workshop ni shoot di sepang semata. Nampak sangat takde keje kan?
Best juga pakai jumpsuit ni, so lepas ni better pakai macam ni je nak kemana2, sebab kita lebih utamakan kalau nak membuang air sangat mudah dan pantas, so need nak bersari bagai dah lepas ni nak balut keliling badan. Buat project pun senang uols #opsssss 
Ko rasa tengah hari terik macam ni memang takde keje kan? mek feeling nak jadi macam Amir Luqman uols.Ada mix macam pan asia sikit, cuma mek jenis overcooked gitu uols.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Round Glasses: Jambu Wardrobe
kenapa uols semua di luar sana jangan lupa sayang diri uols sendiri, sbab orang lain hanya tahu nak condemn kan uols saja ^_^

ads