12 di dengkil - Google Blog Search |
Majlis Pernikahan Fareha & Irfan, <b>Dengkil</b> | acaii jawe Posted: 10 Sep 2012 05:49 PM PDT Bismillahirrahmanirrahim Wake Me Up When September Ends Ketika aku tulis entry ni Syawal tinggal lagi 6 hari je lagi. Cukup-cukup untuk orang yang belum berpuasa 6 untuk dapatkan pahala seakan berpuasa selama setahun. Tapi aku percaya cabarannya lebih besar sebab masa ni lah banyak jemputan untuk jamuan raya sama ada di ofis-ofis ataupun di rumah sahabat-sahabat lain. Setiap tahun pun menghadapi masalah yang sama tapi berapa ramai yang xambil pengajaran. Aku cakap untuk diri aku sebenarnya :) Kali ni aku update majlis pernikahan pasangan Fareha & Irfan yang diadakan di Paya Indah Wetland, Dengkil. Sebenarnya kampung aku memang tak jauh dari sini tapi aku tak pernah pun masuk,hehe. Macamlah pusat peranginan lain, kalau tanya orang yang duduk dengan Pantai Morib aku rasa ada yang dah 10 tahun xpergi walaupun duduk 2km dari pantai tu. Orang yang jauh-jauh dah sampai yang dekat tak pergi lagi. Eh layan dulu majlis pernikahan mereka ni sebelum aku bertambah mengarut.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semoga ikatan yang terjalin ini diberikan rahmah dan mawaddah oleh Allah dan ia berkekalan bahagia hingga akhir hayat,amin. Tunggu entry majlis persandingan mereka pula selepas ini ye. Wallahua'lam. Nota kaki : Minggu ni sahabat photographer aku nak kahwin. Aku harap dia tak kaku bila kena shoot nanti,haha. Wassalam. Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii |
You are subscribed to email updates from di dengkil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan