12 di sungai tenggi - Google Blog Search |
Miliki disiplin <b>tinggi</b> jika mahu berjaya dalam sukan: Dennis <b>...</b> Posted: 12 Jul 2013 09:14 AM PDT Posted on July 13, 2013, Saturday MARUDI: Untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan, seseorang itu harus mempunyai disiplin diri yang tinggi serta berkeinginan mencapai impian mereka untuk mengejar kecemerlangan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata mereka yang berdisiplin pasti akan menemui kejayaan cemerlang dalam bidang sukan. Bagaimanapun, katanya, dalam usaha mahu mencapai kejayaan dan impian dalam sukan, jangan lupa pendidikan kerana pendidikan akan menemui jalan hidup yang lebih sempurna manakala sukan membantu memberikan kecergasan kepada kita. "Ini kerana dalam pendidikan, kita memerlukan otak yang cergas dan sihat agar dapat belajar dan fokus dengan pelajaran di samping mempunyai displin yang baik dan disertakan dengan kerja keras," katanya ketika merasmikan Sukan Tahunan SJK (C) Sungai Jaong Ke-7, di Kompleks Sukan Marudi, di Kampung Cina, kelmarin. Dennis berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengurusan Sekolah telah menganjurkan aktiviti yang amat penting membantu mengasah bakat atlet-atlet bukan sahaja di peringkat sekolah malah boleh diserlahkan ke peringkat lebih tinggi seperti peringkat kebangsaan dan antarabangsa. "Saya berharap SJK Sungai Jaong akan mampu melahirkan atlet-atlet sama ada di peringkat antarabangsa mahupun kebangsaan. Justeru, jika ada yang berbakat teruslah didik dan berikan semangat kepada mereka untuk mencapai kejayaan. "Hasil latihan dan bimbingan berterusan, atlet kita di Baram suatu hari kelak akan dapat mewakili Sarawak," katanya memberi kata-kata perangsang kepada pelajar. Dennis berkata, beliau tidak mahu kekurangan kemudahan di Baram akan dijadikan sebagai alasan untuk mereka 'menyerah kalah' dan tidak mahu meneruskan bakat serta minat dalam bidang sukan. "Jangan anggap bersukan hanya membuang masa, tetapi jadikan sebagai persaingan yang sihat, justeru kita harus menggalakkan para pelajar menyertai pelbagai sukan yang diminati," jelasnya sambil berharap kerjasama PIBG dan Lembaga Pengurusan Sekolah, guru-guru serta pihak sekolah akan diteruskan. Pada majlis tersebut, Dennis turut mengumumkan geran peruntukan kerajaan berjumlah RM10,000 kepada PIBG SJK (C) Sungai Jaong. Hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Baram Joseph James, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Nelson Munan Sang, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Pemanca Wong Kiong Ching, Pengerusi PIBG SJK (C) Sungai Jaong, Kapitan Jimmy Kiu Boon Fatt dan Guru Besarnya, Choo Chong Lok. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di sungai tenggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan