12 di tanjung karang - Google Blog Search |
Serebrum: 4 Jam <b>di Tanjung Karang</b>. Posted: 03 Jul 2011 11:04 AM PDT Pergi ke Tanjung Karang, memang sudah menjadi tradisi buat saya dan kawan-kawan. Singgah di rumah Haniff - dan memang mahu bermalam kalau ada kesempatan. Tambah-tambah lagi sambutan mesra daripada ibu dan ayah Haniff, hati mana yang tidak tergerak untuk datang berkunjung. Dalam suasana desa, ada damai yang menyapa. Kali ini - saya berasa agak serba salah. Kami merancang untuk bertolak hari Jumaat selepas study circle UIA. Masyaqqahnya ialah, saya ada kenduri malam itu, dan jika tiada pun saya perlu kembali bekerja keesokan harinya. Dan Nidzam yang jadi driver pula terpaksalah mengikut keterbatasan saya. OK, dah menyusahkan ramai orang... maaf banyak-banyak. Jadi niat untuk tidur di rumah Haniff memang tidak kesampaian.Walaupun singkat pertemuannya, tidak pernah mengecewakan. Saya, Nidzam dan Fadil pun "mendaftarkan" diri untuk kursus penyembelihan ayam kampung di rumah Haniff. Kecoh. Dek kerana tidak tahu mengawal magnitud sembelihan pisau, teknik yang tepat, cara potong saya yang agak salah dan juga desakan pihak-pihak berwajib , kepala ayam saya bercerai daripada badannya. Nidzam dan Fadil alhamdulillah sukses juga - jauh lebih elok daripada saya. Kemudian belajar pula cara nak buang bulu daripada badan ayam, cara potong ayam dan lain-lain. Yang tak perlu belajar ialah cara melantak ayam waktu makan malam. Belajarkan. Dan mungkin sebab trauma darah ayam memancut, saya jadi lack of common sense petang itu. Bukan salah ayam, Pengalaman pertama menyembelih ayam. Alhamdulillah. Kemudian, makcik pun menghidangkan kami hasil sembelihan petang itu. Sungguh kami kekenyangan! Haha, bak kata Nidzam, nak ziarah masa Haniff takde, kekok rasanya. Jadi setahun sekali sahaja dapat. [untuk gambar aksi 18 SG penyembelihan, klik sini] Jadi untuk Haniff:
p/s: Pak cik aku (yang orang jawa), aku bagi dia bubur kacang durian, dia kata sedap gila! Dan kerepek pisang tu pun, satu famili aku puji! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di tanjung karang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan