12 di kuala selangor - Google Blog Search |
Kesiangan <b>di Kuala Selangor</b> : ADIFZHAFRAN DOT COM Posted: 02 Jan 2013 05:43 AM PST Selamat datang 2013! Sempena tahun baru, saya dan isteri merempit ke Kuala Selangor meronda-ronda sampai ke Sekinchan. Maklumlah, anak perantau. Tak pernah sampai ke Sekinchan. Tiba di Kuala Selangor, singgah di Bukit Malawati menengok apa yang ada. Tiket RM5 untuk dewasa. Kebetulan cuti umum, jadi ada perkhidmatan trem ang disediakan untk mendaki Bukit Malawati yang mengadap selat Melaka itu. Kat atas sana berdiri megahnya rumah ap yang dibina pada 1907 dan masih diginakan sehingga kini. Betul-betul mengadap rumah api adalah balai cerap Kuala Selangor yang menentukan tarikh bermula puasa Ramadhan dan hari raya. Baitulhilal namanya. Sebelah rumah api adalah muzium Kuala Selangor. Tolonglah masuk dalam tu. Banyak benda yang boleh belajar mengenai pusat peemerintahan pertama negeri Selangor ini. Kaki pau bukit Malawati. Hati-hati pegang handphone atau kamera. Nanti dirampasnya menangis tak sudah gajet canggih hilang. Rumah api, baitulhilal dan muzium Kuala Selangor. Meriam dan bukit Malawati yang mengadap selat Melaka, benteng pertama menghalang tentera Belanda dan musuh yang lainnya. Lupakan model yang tak ada tauliah itu. KAMI. Anak-anak tinggal di rumah pengasuh. Ibu dan ayah berdating. Lagipun diorang kecil lagi, agak kurang sesuai ke tempat berbukit macam ini. Antara pengunjung yang manfaatkan sepenuhnya cuti umum. Anda macam mana? Selamat datang 2013. Moga penuh barakah tahun ini. Kotoshi mo yoroshiku ne! admin |
You are subscribed to email updates from di kuala selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan