12 di sepang - Google Blog Search |
Berita tentang Rumah Amal Giching, <b>Sepang di</b> Utusan Malaysia 21 <b>...</b> Posted: 21 Jun 2013 06:23 PM PDT Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD FOKUS GILAP BAKAT TERPENDAM MENCUNGKIL bakat penghuni, seterusnya digilap dan didedahkan dengan kemahiran bertaraf industri.Itulah yang dititikberatkan oleh Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah kepada penghuni di rumah kebajikan tersebut. Mempercayai bahawa setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri, pusat amal yang menempatkan anak-anak yatim dan fakir miskin di Sepang, Selangor itu komited dalam melahirkan golongan kurang bernasib baik yang cemerlang di dunia mahupun akhirat. Walaupun masih baharu ditubuhkan, pada pertengahan 2011, namun itu tidak menghalang pihak pengurusan Baitul Barokah dalam mengejar misi tersebut dengan menempatkan penghuni seawal usia 14 tahun ke pusat latihan kemahiran di luar waktu persekolahan. Malah, rumah kebajikan yang menjadikan pendidikan dan kemahiran sebagai sasaran utama itu juga menubuhkan sekolah rendah Agama di dalam pusat berkenaan di samping membina bengkel kemahiran dan alatan kemahiran buat penghuni. Penyelaras Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah, Noor Aishah Ramli berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap penghuni di rumah kebajikan tersebut menjadi insan yang berjaya untuk meneruskan hidup berdikari. "Setiap penghuni ditempatkan di Baitul Barokah ini datang daripada latar belakang berbeza. "Ada yang tinggi IQ, begitu juga ada yang lemah. Kita tidak boleh pinggir yang lemah ini atau memaksa mereka melakukan sesuatu yang di luar kemampuan. "Ini hanya akan membebankan dan menghilangkan semangat mereka apabila terus berasa tertekan. Oleh itu, Baitul Barokah mengambil langkah mengenal pasti apakah kebolehan daripada setiap penghuni. "Kerana kita yakin setiap individu yang diciptakan Allah SWT mempunyai kelebihan diri masing-masing yang jika digilap ia boleh dimanfaatkan dan menjadikan mereka berjaya seperti masyarakat lain walaupun dalam kekurangan," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah menempatkan 97 penghuni iaitu berusia dari tujuh hingga 16 tahun. Kepelbagaian pengetahuan adalah elemen yang dititikberatkan oleh rumah kebajikan itu. Antara aspek penerapan utama adalah pendidikan agama,kebudayaan, pertanian dan kemahiran. Selain mempunyai sekolah rendah agama bagi kegunaan penghuni, Baitul Barokah juga mempunyai ladang ternakan, pusat jahitan, dapur membuat roti dan surau. Aishah berkata bagi penghuni wanita akan didedahkan dengan kemahiran menjahit dan membuat roti. Manakala lelaki didedahkan dengan kemahiran "Selain menyediakan beberapa kemudahan kepada penghuni, kita juga menjalinkan kerjasama untuk menghantar mereka ke Pusat Giat Mara Sepang. "Begitu juga bagi pelajar lelaki, akan didedahkan dengan kemahiran mekanikal. Dengan kemahiran yang mereka pelajari itu, boleh dipraktikkan di rumah ini. Apabila berlaku masalah kecil pada alat elektrik seperti penghawa dingin dan lampu yang rosok boleh dibaiki oleh pelajar ini. "Kita tidak bimbang kerana mereka telah mendapat sijil kelayakan daripada pusat kemahiran tersebut. Dengan kemahiran ini boleh menjadi asas kekuatan bagi mereka untuk berdikari apabila keluar nanti," jelasnya. Kata beliau, matlamat utama penubuhan Baitul Barokah untuk menanamkan sifat kehambaan yang tinggi tetap diteruskan selari dengan pelbagai pengisian yang diterapkan kepada penghuni. "Apa yang penting, matlamat utama kita bukanlah mengejar kesenangan duniawi semata-mata, sebaliknya bagi melahirkan individu yang mempunyai sifat kehambaan yang tinggi kepada Allah SWT dengan nilai kasih sayang. "Saya sering berpesan dengan penghuni di sini, jika hari ini kita susah, pasti ada lagi mereka yang susah di luar sana. Dan jika diberi kesenangan jangan pula sesekali lupa pada mereka yang lebih memerlukan. Yang penting adalah rasa syukur dengan apa yang ada. "Dengan sifat kehambaan dan nilai kasih sayang inilah rahsia kejayaan sebenar bagi umat Islam. Namun, untuk mengecapi sifat kehambaan itu kita perlu kepada kejayaan di dunia agar dapat membantu mereka yang lebih memerlukan," katanya. Komersial Aisyah berkata, kebolehan penghuni menghasilkan roti dan biskut telah berjaya dipasarkan yang pada mulanya kepada penduduk kampung sekitar, kini telah dijual di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). "Alhamdulillah, kita mendapat kontrak menjual roti dan biskut dan mempunyai sebuah kedai di terminal lapangan terbang tersebut. "Antara yang dijual seperti roti berinti kacang metah, kelapa dan kaya, roll piza, biskut mazola, tart nenas, suji Arab dan sebagainya. "Selain itu, kita juga ada menjual lebihan pakaian dan barangan terpakai yang banyak disumbangkan oleh masyarakat yang prihatin terhadap penghuni Baitul Barokah ini," kata Noor Aishah. Hasil daripada kemahiran penghuni itu katanya, dapat dimanfaatkan bagi menjana kewangan dan menampung keperluan mereka sendiri. "Secara tidak langsung juga, ia melatih penghuni mengenai kemahiran selok belok perniagaan serta perniagaan komersial untuk dimanfaatkan suatu hari nanti," katanya. Penubuhan Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah juga mendapat sambutan baik oleh penduduk kampung setempat. Aisyah berkata, kumpulan nasyid dan pemain muzik di Baitul Barokah sering diundang oleh penduduk setempat untuk membuat persembahan bagi memeriahkan majiis seperti kenduri kahwin dan majlis keraian lain. "Program anak-anak penduduk kampung bersama penghuni turut diadakan di rumah kebajikan ini sebagai sumbangan rumah kebajikan kepada penduduk dalam usaha membentuk rohani anak-anak setempat," tambahnya. Info Baitul Barokah 3.092084 101.518464 |
You are subscribed to email updates from di sepang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan