Isnin, 23 September 2013

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Tiga beradik hilang ditemui <b>di Rawang</b> - The Borneo Post Online

Posted: 15 Aug 2013 02:23 PM PDT

Posted on August 16, 2013, Friday

IPOH: Tiga beradik berusia enam, lapan dan 11 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Meru di sini Selasa lepas ditemui selamat di Rawang, Selangor malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, Syahir Syafi, 8, dan Syarafuddin Syazwan, 11, ditemui pada jam 8.30 malam dan kini berada bersama ibu mereka, Safarela Azwa Ishak, 36.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu sebenarnya dibawa oleh ibu dan bapa saudara mereka ke Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang Selasa lepas, katanya kepada pemberita di sini semalam.

"Safarela gagal menghubungi saudaranya itu pada hari kejadian namun apabila dapat dihubungi, saudaranya itu menafikan ada kaitan dengan kehilangan kesemua kanak-kanak itu," katanya.

Kehilangan tiga beradik itu disedari oleh ibu mereka selepas pulang dari tempat kerja jam 6.30 petang Selasa setelah mendapati pintu rumah berkunci, manakala pintu pagar terbuka luas sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang, pada jam 11.45 malam hari yang sama.

Paramasivam berkata, motif saudara Safarela membawa lari tiga beradik itu masih dalam siasatan, namun polis tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan masalah keluarga.

"Apabila siasatan dijalankan ke atas tiga beradik itu, mereka memberitahu bahawa mereka diminta mengikut pakcik dan makcik ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Khoo Leng Huat berkata tiga beradik itu diserahkan kepada bapa mereka Rizauddin Md. Zain, 38, kira-kira jam 7.50 pagi semalam.

"Bapanya juga sudah membuat laporan polis mengenai penemuan semula anaknya itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kes itu diserah kepada rakan sejawat di Ipoh dan mereka akan mengambil keterangan daripada mangsa dan tindakan selanjutnya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads