di negeri selangor - Google Blog Search |
Suka Suki <b>Di</b> Hutan <b>Negeri Selangor</b> - Realiti Dalam Perjalanan <b>...</b> Posted: 15 Apr 2012 08:24 AM PDT Alhamdulillah kali ini aku masih mampu menulis kenangan yang berlaku dalam hidup aku. Pada kali ini aku ingin menceritakan dan berkongsi mengenai pengalaman aku bersama berberapa orang teman aku iaitu, abu, rashid, maarof, syafix, amizie, deen, kuwa, aman, dan kday. Pengalaman yang aku maksudkan ialah semalam kami pergi berkelah di Hutan Negeri Selangor. Hutan Negeri Selangor itu merupakan salah satu hutan lipur yang di selia yang terdapat di Malaysia dan tempat ini terletak di Hulu Yam. Disebabkan hutan ini merupakan hutan yang diselia, jadi nak masuk ke dalam tempat ini dikenakan bayaran. Orang dewasa dikenakan bayaran RM 1 dan kanak-kanak RM0.50. Walaupun dikenakan bayaran, alhamdulillah ianya berbaloi dan tidak menghampakan. Hal ini kerana persekitaran hijau dan kejernihan serta kesejukan air bergitu nyaman dan mengasyikkan. Semalam kami bertolak daripada Universiti Malaya dengan dua buah kereta. Jika tak salah aku kami bertolak dalam pukul 8 lebih, sampai di sana, aku tidak pasti pukul berapa, kerna pada masa itu aku sudah teruja dengan persekitaran di tempat itu, sehingga aku lupa untuk melihat jam. Disebabkan kami berkelah di kawasan air terjun dan tempat mandi manda, jadi aktiviti utama kami mestilah mandi. Malah dikesempatan itu juga kami buat bakar ayam dan "hot dog". sempena buat makan-makan itu, kami telah mengutip RM 10 seorang bagi membeli ayam dan barang-barang yang lain. Kemarin juga, kali pertama aku lihat makanan askar, penuh dalam bentuk pek. Salah seorang teman aku itu aman, merupakan seorang PELAPES, jadi dikesempatan itu, dia bawa makanan askar. Alhamdulillah sekali lagi kenangan indah tercipta di antara kami. Kenangan yang cukup indah dan aku pasti kenangan itu akan terus mengamit memori kami semua. Terima kasih teman-teman kerna mengajak aku turut serta, seterusnya menciptakan kenangan yang paling berharga dalam hidup aku. Itu sahaja malam ini, aku hanya mampu tulis dengan ringkas. Apa-apa pun, aku ucapakan terima kasih kepada teman-teman yang datang ke blog ini, terima kasih |
You are subscribed to email updates from di negeri selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan