Sabtu, 31 Mac 2012

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Restoran <b>Sekinchan</b> anjur kempen "Kenduri Jom Daftar Undi - Utusan

Posted: 06 Mar 2012 08:01 AM PST

Restoran Sekinchan anjur kempen "Kenduri Jom Daftar Undi"

Restoran Sekinchan anjur kempen "Kenduri Jom Daftar Undi"

06/03/2012 9:15pm

KUALA LUMPUR 6 Mac — Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn Bhd akan menganjurkan kempen pendaftaran pemilih "Kenduri Jom Daftar Undi" di pekan Sekinchan, Selangor selama dua hari bermula Sabtu ini.

Pemilik restoran itu, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, kempen itu akan diadakan di Pusat Perniagaan Sekinchan antara pukul 11 pagi dan 6 petang.

"Saya harap kempen itu dapat menarik kira-kira 8,000 penduduk di Sekinchan yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.

"Lapan puluh tujuh (87) peratus daripada jumlah itu kaum Melayu antaranya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak menetap di Sekinchan," katanya kepada pemberita hari ini.

Jamal berkata, kempen itu berikutan sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada kempen yang sama bulan lepas di Laman Pengantin, Setiawangsa di sini.

Beliau berkata, kempen itu menyasarkan dua golongan iaitu pemilih yang belum mendaftar dan pemilih berdaftar yang ingin membuat pertukaran alamat.

"Kempen ini diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memudahkan orang ramai untuk mendaftar serta menukar alamat tempat mengundi," katanya. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads