Sabtu, 31 Mac 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Pusat Siber <b>Di Semenyih</b> Membimbangkan Penduduk

Posted: 26 Mar 2012 09:13 PM PDT

SEMENYIH, 27 MAC : Kewujudan pusat siber dan permainan video termasuk snuker yang dipercayai beroperasi tanpa lesen kini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih di sini khususnya di kawasan bandar.

Ketua Biro Publisiti Dun Semenyih, Wan Zahari Majid berkata, pihaknya menyedari masalah itu berikutan rungutan orang ramai yang sering memberikan respon mengenainya dan berharap perkara itu mendapat perhatian pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, bagi membendung masalah itu, pihaknya sering mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi premis perniagaan itu kerana ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

"Kita sering mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai khususnya golongan muda supaya menjauhi premis perniagaan seperti itu kerana ia tidak membawa kebaikan dalam kehidupan. Malah ia lebih banyak membawa keburukan termasuk masalah sosial di dalam kehidupan masyarakat.

"Gejala ini perlu dibendung segera kerana apa yang kita lihat pusat dipercayai beroperasi tanpa lesen ini masih banyak terdapat di kawasan ini khususnya di bandar," katanya.

Wan Zahari berkata, Pusat Khidmat Dun Semenyih memberi perhatian di dalam perkara ini dan pihaknya membuat pemantauan berterusan mengenainya.

Beliau berkata, setakat ini penerangan kepada orang ramai giat dilakukan di kawasan penempatan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar.

Tambahnya, sesi motivasi juga diadakan bagi memberi kesedaran khususnya kepada golongan muda supaya tidak mengunjungi  pusat siber dan permainan video tanpa lesen itu.

"Kita sering mengingatkan orang ramai supaya memilih premis berlesen yang sah dan mengunjungi premis tersebut dengan tujuan yang baik serta berfaedah.

"Masalah premis tanpa lesen ini sewajarnya mendapat perhatian pihak berkuasa bagi menanganinya segera. Ia banyak membawa kesan negatif di dalam kehidupan masyarakat kerana ia membuang masa dan melekakan," katanya.

Sementara itu Penolong Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung, Ariffin Mohammad menjelaskan perkara itu menimbulkan kerisauan kepada penduduk di kawasan ini.

Menurutnya, diharapkan masalah itu diatasi segera dan dapat dikawal supaya bilangannya tidak bertambah pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads