di negeri selangor - Google Blog Search |
Detikdaily - Hikmah <b>di</b> sebalik rombakan portfolio <b>negeri Selangor</b> Posted: 26 Jan 2012 06:41 PM PST Oleh Penulis Khas Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar r.a.: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (menunaikan amanahnya)..." Ribut dalam cawan ekoran pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dari parti dan kerajaan negeri berakhir dengan perlantikan Ahli Dewan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) yang baru. Perlantikan Dr Ahmad diperkenankan Sultan Selangor dan majlis penyerahan watikah perlantikan berlangsung di di Bilik Singgahsana, Istana Kayangan, Shah Alam, 18 Januari lalu. Perlantikan baru itu turut menyaksikan rombakan kecil dilakukan Menteri Besar dengan beliau mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Dr Ahmad Yunus pula diamanahkan portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri. Perubahan kecil ini bagaimanapun dijadikan modal parti pembangkang (Umno- BN) untuk mengeruhkan suasana. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Abdul Khalid yang didakwa kononnya cuba mengecilkan peranan PAS dalam kerajaan negeri. Malah tindakan tidak melantik Pesuruhjaya PAS negeri sebagai Exco baru juga dijadikan modal untuk menyerang PAS oleh pemimpin-pemimpin Umno negeri yang kemaruk kuasa. Mungkin kejahilan mereka terhadap konsep amanah dan kepimpinan menyebabkan Umno gagal memahami budaya politik PAS dan sikap pemimpin PAS terhadap kuasa dan amanah kepimpinan. Bagi Umno, kuasa adalah segala-galanya dan amanah kepimpinan adalah peluang untuk mengumpul pengaruh, kedudukan dan harta. Bagi PAS, kuasa pemerintahan adalah amanah dan sesiapa juga yang dilantik perlu menjaga amanah kepimpinan tersebut. Maka mereka terpinga-pinga apabila Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berharap untuk dilantik Exco apatah lagi jika ada yang lebih layak untuk mengisi jawatan itu. Setelah gagal mengadu domba pemimpin PAS dalam isu perlantikan Exco, rombakan portfolio juga dijadikan isu. Kononnya hanya PAS yang layak memegang portfolio agama kerana berlatarbelakangkan agama bukannya Menteri Besar. Sedangkan mereka menyedari pengerusi majlis agama dan pengarah jabatan agama negeri sendiri bukan berpendidikan agama. Exco agama di era pemerintahan BN juga bukan berkelulusan agama malah Dr Hasan Ali yang pernah memegang jawatan tersebut sebelum ini juga, bukan berkelulusan agama. Ketika menjelaskan hal rombakan itu, Menteri Besar menyebut bahawa ia dibuat berdasarkan pelbagai perkara, termasuk tempoh pilihan raya yang semakin hampir. Adalah tidak adil bagi Dr Ahmad Yunus memegang portfolio agama sedangkan pilihan raya umum bakal berlangsung tidak lama lagi dan beliau perlu mengambil masa untuk memahami sistem pentadbiran agama negeri itu. Adalah tidak praktikal bagi exco baru untuk bergelut memahami sistem daripada memberi fokus kepada aspek penyampaian. Malah pengalaman tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat menyaksikan bagaimana wujud anasir-anasir tertentu dalam pentadbiran majlis dan jabatan agama yang tidak mahu tunduk kepada dasar-dasar dan program kerajaan negeri. Menteri Besar juga mahu hal ehwal majlis agama berada di bawah pengetahuan kerajaan negeri dan ini dimudahkan apabila setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang adalah ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Beliau juga dapat mempengerusikan dan melihat perkemba ngan dan pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Kita juga yakin Menteri Besar dapat memberikan pandangannya terhadap hal ehwal Mais dan Jais kepada Sultan Selangor memandangkan beliau dijadual menghadap baginda pada setiap minggu bagi menyembah maklum perkembangan negeri. Kekerapan bertemu baginda akan memudahkan Ketua Agama Islam Negeri itu diberi maklumat yang benar tentang perkembangan negeri termasuk hal ehwal Islam. Mengulas isu yang sama, Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pemikiran Umno masih terikat pada kotak pemikiran lama. Bagi Umno, PAS hanya layak bercakap tentang soal agama. Sedangkan agama Islam sebenarnya mencakupi segenap bidang kehidupan. Umno dan BN akan terus berusaha untuk memporak-perandakan pentadbiran negeri. Seperti kata Najib, Selangor akan dirampas semula dengan apa juga cara. Bagaimanapun kita yakin dengan kebijaksanaan pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat negeri. Kerajaan rakyat, dari rakyat, untuk rakyat.-Editoral Harakah |
You are subscribed to email updates from di negeri selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan