Rabu, 22 Februari 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Apa!Kapal milik ISRAEL berlabuh <b>di</b> Malaysia... - LAMAN BLOG <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 12:00 AM PST

Dalam akbar SINAR hari ni (Berita Nasional,halaman 3)pihak-pihak propembangkang ni sibuk mempersoalkan tindakan kerajaan pusat benarkan 2 kapal milik ISRAEL berlabuh di Westport baru-baru ni..Hahahaaahaha..dah takde modal lain ke?
Jom klik kita bongkarrrr......betul ke kata mereka...JAWAPANnya ada disini

Mengapa kapal dagang ZIM USA dan ZIM ATLANTIC boleh berlabuh di Port Kelang ialah sebab kapal tu didaftar di Liberia dan bukannya Israel walaupun syarikat ZIM ni milik Israel.

Jadi secara automatiknya, pendaftaran syarikat/kapal2 itu adalah dinegara yang didaftarkan.
Kenapa orang Cina & India yang didaftarkan di Malaysia di kenali sebagai warganegara Malaysia, tetapi bukan sebagai warganegara Cina atau India sedangkan mereka adalah orang dari Cina dan India??

Begitu juga dengan situasi Kapal yang didaftarkan ini.
Di bawah adalah maklumat mengenai kontena ZIM Atlantic. Kapal kontena Zim Atlantic tidak membawa bendera negara zionis Israel tetapi sebenarnya membawa bendera yang hampir serupa dengan jalur gemilang.

Dasar kerajaan hanya menghalang syarikat dan kapal2 yang didaftarkan di Israel , sekiranya syarikat2 milik Israel ini berdaftar di negara lain, maka syarikat2 berkenaan dianggap berasal dari negara yang didaftar.Gambar dibawah ini merupakan bukti kapal yang dikatakan milik Israel ini didaftarkan dinegara Liberia

Jadi sudah jelas kepada kita semua bahawa kapal ini adalah dari negara Liberia seperti yang tercatat dalam pendaftaran.Dibawah adalah pejabat di kawasan Asia dan beberapa carta organisasi yang terbabit

Pengiktirafan yang diterima syarikat ini.

Jadi, dapat disimpulkan disini, Pengurus syarikat ini adalah seorang yang bijak, walaupun tahu kapal yang didaftarkan dinegara Israel tidak dibenarkan masuk, oleh sebab itu mereka daftarkan kapal ini di negara Liberia.

Pelabuhan yang terlibat ialah Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia yang dikatakan bagi tujuan berdagang.
Kapal-kapal israel dibenarkan menggunakan pelabuhan berkenaan sejak 1998.Kebenaran menggunakan pelabuhan di Malaysia dilakukan melalui Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Navigation Company (Zim Lines).

Satu fenomena yang tidak difikirkan oleh pembangkang dalam menyoalkan situasi ini ialah sebanyak manakah barang dagangan yang kita guna seharian dalam kehidupan kita?
Mari kita lihat sini barangan Israel yang kita guna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads