Khamis, 23 Februari 2012

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


ULAMA PEWARIS NABI: FENOMENA UNDI POS <b>DI KUALA KUBU</b> <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2012 10:47 PM PST

DAP khuatir 400 pengundi pos jejas peluangnya di KKB

Peningkatan 400 undi pos yang dicatatkan di kerusi Kuala Kubu Bahru bakal menjadikan anggota tentera 'penentu' bagi calon-calon yang bertanding di kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

ADUN DAP bagi Bukit Tunku Lau Weng San yang ditugaskan 'menjaga' kerusi itu, berkata undi pos itu adalah dari kem tentera yang merupakan penempatan Rejimen Semboyan Diraja ke-4.

Katanya, pada beberapa pilihan raya yang lalu, kerusi DUN itu telah dimenangi dan juga hilang oleh majoriti antara 400 dan 1,700 undi pada masa lalu. Oleh itu, undi pos tambahan itu tidak menjadi petanda baik untuk Pakatan Rakyat.

"Ini akan menjejaskan peluang Pakatan memenangi kerusi tersebut. Seperti yang anda tahu apabila ia membabitkan undi pos, kita sentiasa kalah teruk," kata Lau pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Beliau juga mendedahkan bahawa daripada 400 pengundi pos yang baru itu, 33 adalah pasangan anggota tentera berkenaan.

DAP sebelum ini membuat bantahan kerana isteri anggota tentera tidak bertugas seperti suami mereka dan oleh itu mereka boleh membuang undi dengan proses biasa.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 448 undi.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 2/20/2012 02:17:00 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads