di negeri selangor - Google Blog Search |
PAPA GOMO: Kerajaan <b>Negeri Selangor</b> Hentikan Datum Jelatek <b>...</b> Posted: 21 Feb 2013 06:00 PM PST Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus menerima desakan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menghentikan projek super mewah Datum Jelatek dari terus dibangunkan. Menurut Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, tujuan PKNS ditubuhkan adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan membangunkan projek perumahan mampu milik dan bukan sebaliknya. "Kondominium super mewah 45 tingkat Datuk Jelatek ditawarkan dari RM 956 000 hingga RM 11.6 juta langsung tidak munasabah untuk dibeli orang Melayu, Cina atau India yang berpendapatan kecil dan sederhana. "Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum RM 20 000 sebulan sahaja yang mampu untuk membeli kondominium itu," katanya pada sidang media di sini hari ini. Turut hadir pada majlis tersebut, wakil dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Jaringan Cina Malaysia (JCM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Waris Malaya, dan Kelab Perbadanan Insan Selangor. "Rakyat Selangor lebih memerlukan rumah di Kampung Datuk Keramat berbanding rakyat Singapura. Nampaknya Menteri Besar Selangor melaksanakan visi kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan." Pada majlis yang sama, Presiden JMM Azwanddin Hamzah mendesak Menteri Besar untuk mendedahkan identiti Wiramas (M) Sdn Bhd, Surbana International Consultant (M) Sdn Bhd dan lembaga pengarah projek Datum Jelatek kepada umum. Sebelum ini, Khalid mengumumkan tapak pembinaan tersebut akan didirikan empat blok pangsapuri mampu milik untuk warga tempatan dan pelan tersebut diubah kepada projek kondominium mewah Datum Jelatek. Sumber KLPOS Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
You are subscribed to email updates from di negeri selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan