Khamis, 15 Mac 2012

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Dua beranak ditemui mati di rumah <b>di Puchong</b> | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 03:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: 12 Mac – Dua beranak, dipercayai mangsa pembunuhan sejak empat hari lalu, ditemui di rumah mereka di Taman Kinrara, Puchong, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata mangsa, lelaki berusia 56 tahun itu dan anak perempuannya berumur 23 tahun, seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian swasta di Lembah Klang, ditemui mati di bilik berasingan di rumah itu pada 9.50 malam.

"Mayat wanita itu dijumpai dalam keadaan terlentang di atas lantai dengan kesan darah di mulut, manakala mayat bapanya ditemui tertiarap di katil dengan beberapa kesan darah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian awal pagi ini.

Abdul Razak berkata, motif kejadian masih disiasat dan tidak menolak kemungkinan mangsa disamun sebelum dibunuh berdasarkan kereta milik mangsa jenis Perodua Kenari yang hilang selain dua telefon bimbit.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu, seorang pesara syarikat swasta, dan isterinya pulang ke Segamat untuk melawat kebun mereka sebelum mangsa balik ke rumah sendirian untuk membawa anak perempuan mereka pulang ke Segamat.

"Selepas empat hari hilang (tiada berita), si isteri membuat laporan polis di Balai Polis Segamat pagi semalam (Ahad), dan hasil siasatan kita membawa kepada penemuan kedua-dua mayat ini," kata Abdul Razak.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kumar, 42, berkata beliau sudah lama tidak melihat kelibat mangsa sebelum penemuan mayat mereka malam tadi.

"Mereka lebih suka buat hal masing-masing, sebab itu kami tidak mengetahui yang mangsa sudah dibunuh sejak beberapa hari," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads