Rabu, 16 April 2014

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Sunset <b>di</b> pantai remis <b>kuala selangor</b> | ROJAK SOMTAM

Posted: 14 Apr 2014 06:06 AM PDT



Assalamualaikum semua….. cuti cuti bosan duduk di rumah?? Jom jalan jalan. Kali ini nak jalan jalan mana pula? Kali ini kita ke kuala Selangor!!!! Apa yang best kat sana?? Bukan kuala lumpur. Oppsss oppsss… jangan silap, setiap tempat ada keunikan tersendiri ea. Untuk di kuala Selangor, saya cadangkan boleh berjalan-jalan di pantai remis untuk lihat permandangan matahari terbenam. Untuk pengetahuan semua, disini bukan setakat hanya duduk dan lihat matahari terbenam sahaja tetapi anda juga boleh berjalan -  jalan disekitar gerai gerai yang menjual pelbagai jenis barangan. Sebelum cuci mata dengan permandangan sunset di kuala Selangor ini, cuci dulu mata dengan barang barang yang ada disini. Hehehe.  Disini juga ada menjual barang – barang basah seperti kerang, ikan.. selain itu, pelbagai jenis makanan ada dijual.
Jika sudah lihat matahari sehingga maghrib, jangan risau sebab surau dan tandas disediakan. Jadi tidaklah lewat untuk solat maghrib.
Untuk kesini tidaklah susah, guna saja GPS, search pantai remis kuala Selangor. Signboard juga disediakan bagi memudahkan pengunjung datang kesini.
Sedikit tips untuk yang ingin kesini, lebih baik datang awal sedikit sebab bila lewat, jalan agak sesak sikit. Walaupun banyak parking disediakan, kadang- kadang tidak cukup juga.. kena lah parking tepi jalan saja. Hehehe.
Celoteh banyak pun tak seronok, jom lihat apa yang ada disana dan sedikit permandangan matahari terbenam di kuala Selangor ( agak frust tak dapat matahari bulat )
kat sini juga ada food court, leh duduk duduk makan.
ramai juga yang main layang layang.
budak budak mesti suka benda ni. hehehe
p/s Kalau ada port makan atau port berjalan best, jangan lupa #rojaksomtam di instagam ya.. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads