Isnin, 18 Mac 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Kumpulan Samun ATM Kembali Mengganas <b>Di Shah Alam</b> - Tv3

Posted: 15 Mar 2013 01:16 AM PDT

15/03/2013 16:16:00

Selepas senyap seketika, kumpulan samun mesin pengeluaran wang automatik mengganas lagi.

Kali ini mesin ATM di sebuah pasar raya di Shah Alam, Selangor jadi sasaran dan wang tunai dianggarkan RM87,000 dilarikan.

Kejadian di Seksyen 26, Kota Kemuning ini disedari kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika pekerja pasar raya terbabit mahu memulakan perniagaan.

Penjenayah yang lebih daripada seorang itu dipercayai memecah masuk di pintu belakang premis.

Siasatan mendapati penjenayah menyembur warna pada semua kamera litar tertutup CCTV yang dipasang sekitar pasar raya.

Pasukan forensik turut menemui kesan tebukan menggunakan Gas Oxy pada mesin ATM.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob mengesahkan kejadian dan berkata usaha menjejaki suspek kini giat dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads