Isnin, 18 Mac 2013

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Seramai 190 Mangsa Banjir Dipindah <b>Di Sepang</b>

Posted: 26 Feb 2013 09:08 PM PST

SHAH ALAM 27 FEB : Seramai 190 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir di Daerah Sepang setakat jam 10 pagi ini.

Kejadian banjir itu berlaku di Kampung Jenderam Hulu dan Kampung Ambar Tenang, Dengkil.

Mengikut laporan Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), ia melibatkan 27 keluarga iaitu seramai 142 yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ampar Tenang, Dengkil.

Dan 11 keluarga yang melibatkan 48 orang di Pusat Pemindahan Taman Gemilang, Sepang.

Justeru, orang ramai dinasihatkan membuat persediaan banjir khususnya di kawasan rendah dan mendapatkan info perkembangan cuaca dari masa ke semasa daripada pihak berkuasa.

Apabila berlaku banjir orang ramai diingatkan untuk memastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.

Ikuti arahan pihak berkuasa dengan segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan.
Untuk Info Lanjut L Bilik Gerakan

Pejabat Pembangunan Negeri Selangor
Telefon: 03-78849299

Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKM)
Telefon: 03-55192876 / 03-55445415

Bilik Gerakan IPK Selangor
Telefon: 03-5514 5416 / 5414

Bilik Gerakan MKN Selangor
Telefon: 03-55218794

Pendapat Anda

Pendapat

Ujian MotoGP kembali bersambung <b>di Sepang</b> ABN News | BM

Posted: 26 Feb 2013 12:39 AM PST

SELANGOR – Berehat hampir dua minggu, kini tiba masa bagi pelumba dan pasukan kelas utama MotoGP menyambung ujian rasmi pra musim kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa.

Memanfaatkan persaraan bekas rakan sepasukan juga juara dunia 2007 dan 2011 Casey Stoner, penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa sekali lagi membuktikan beliau benar-benar mahu mencabar kejuaraan dunia kategori penunggang musim ini apabila memimpin senarai awal catatan terpantas pagi Selasa.

Mengetepikan catatan juara bertahan Jorge Lorenzo, Pedrosa sekali lagi bermula baik apabila merekokan masa terpantas sehingga jam 2 petang tadi dengan catatan 2 minit 01.580 saat.

Pedrosa yang berusaha melengkapkan lebih banyak pusingan bersama jentera baru RC213V, disertai rakan sepasukan Marc Marquez yang muncul penunggang ketiga terpantas selepas mencuba penyelarasan motosikal pernah digunakan pada ujian pertama di Sepang sebelum ini.

Penunggang Yamaha Factory Racing, Valentino Rossi sekadar kelima terpantas.Bagi duo Yamaha Factory Racing Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi, kedua-duanya menamatkan sesi sebelah pagi di kedudukan kedua dan kelima keseluruhan. Ini adalah catatan paling lemah direkodkan Rossi setakat ini berbanding rakan sepasukannya itu.

Bekas pasukan diwakili Rossi musim lalu, Ducati pula telah tampil dengan tangki bahan api baru untuk dicuba dua penunggang mereka Andrea Dovizioso dan Nicky Hayden.

Meski memperbaiki catatan masa, Dovizioso dan Hayden dilihat masih terlalu jauh untuk menyaingi kelompok hadapan apabila sekadar berkedudukan slot kelapan dan kesembilan terbaik hari ini.

Berbeza dengan pelumba Monster Yamaha Tech 3, Cal Crutchlow, meneruskan persembahan terbaik sejak awal Februari di kedudukan keenam, dengan muka baru MotoGP juga rakan sepasukan Crutchlow, Bradley Smith melakukan perkara sama bagi mengukuhkan kedudukannya dalam kempen kelas perdana.

Tidak ketinggalan menguji jentera di litar adalah barisan penunggang ujian bagi tiga pasukan pengilang. Yamaha antaranya mempertaruhkan dua penunggang Katsuyuki Nakasuga dan Wataru Yoshikawa manakala Honda dan Ducati masing-masing diwakili Takumi Takahashi dan Michele Pirro.

Mengetuai barisan penunggang CRT pula adalah pelumba Power Electronics Aspar's Aleix Espargaro ditempat ke 12. Meski berdepan kemalangan kecil, catatan dilakukan Espagaro tidak jauh bezanya apabila sekadar dibezakan 2.3 saat dari pendahulu, Pedrosa.

Menuruti beliau bagi kelas pelumba CRT adalah Hiroshi Aoyama di kedudukan ke 17 bersama jentera pasukan Avintia Blusens manakala lain-lain pelumba seperti  Randy de Puniet, Danilo Petrucci,  Karel Abraham dan Yonny Hernandez masing-masing sekadar melngkapkan ujian sebelah pagi.

Sesi ujian pra musim kedua MotoGP di Sepang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Februari 2013.

Jadual rasmi Ujian MotoGP di Sepang 

26/02 – Selasa: 10am – 6pm

27/02 – Rabu: 10am – 6pm

28/02 – Khamis: 10am – 6pm

Ketika Rossi dan Marquez "Bertarung" <b>di Sepang</b>.... - KOMPAS.com

Posted: 01 Mar 2013 04:34 AM PST

Ketika Rossi dan Marquez "Bertarung" di Sepang....

SEPANG, Kompas.com - Ada yang menarik pada hari terakhir uji coba resmi kedua pra-musim MotoGP 2013 di Sirkuit Sepang, Malaysia, Kamis (28/2/2013). Pasalnya terjadi "pertarungan" selama beberapa lap antara rookie MotoGP, Marc Marquez, dengan pemegang rekor kelas premier, Valentino Rossi.

Reaksi yang biasa terjadi ketika dua pebalap top berada di lintasan untuk uji coba adalah, pebalap yang di depan akan mengurangi kecepatan. Ini merupakan "strategi" untuk menghindari rival melihat kekuatan dan kelemahannya.

Pada awalnya cukup aneh membalap bersama Rossi. Tetapi itu bagus karena saya melihat seorang pebalap dengan banyak pengalaman dan saya belajar banyak hal hanya dalam tiga lap.

-- Marc Marquez

Namun hal itu tak berlaku bagi Marquez dan Rossi saat uji coba tersebut. Pebalap Repsol Honda dan Yamaha ini justru saling memperlihatkan kemampuan mereka, dengan secara bergantian ada di depan.

Pada akhir uji coba, Marquez menjadi orang pertama yang berbicara tentang duel tersebut. Juara dunia Moto2 ini mengakui, dirinya mendapat pelajaran mengenai teknik membalap dari juara dunia tujuh kali MotoGP tersebut.

"Saya cukup senang," ujar pebalap berusia 19 tahun asal Spanyol tersebut. "Pada awalnya cukup aneh (membalap bersama Rossi). Tetapi itu bagus karena saya melihat seorang pebalap dengan banyak pengalaman dan saya belajar banyak hal hanya dalam tiga lap.

"Saya melihat bahwa gaya balapku di beberapa tikungan - saya tidak berada di garis yang benar atau saya menunggang motor lebih 'rumit' darinya. Contohnya dia masuk sejumlah tikungan dengan lebih mudah dan lebih cepat. Jalurku sedikit melewati batas, tetapi lebih pelan. Jadi saya belajar hal yang berarti. Kemudian saya berada di belakangnya selama beberapa lap. Ini cukup menyenangkan!"

Pada malam hari, giliran Rossi yang berbicara tentang duel tersebut. Dia pun menjelaskan mengapa "mengalah" kepada pebalap asal Spanyol tersebut.

"Sangat menyenangkan melihat dari belakang," ujar Rossi tentang Marquez. "Mulanya kami keluar pit bersama-sama dan saya melihat dia menunggu dan saya berada di depan. Itu bagus karena saya bertahan di depan selama tiga lap dan kemudian saya melambat - tetapi kemudian dia berada di depan. Jadi anda masing-masing memberikan beberapa informasi, tetapi anda juga mengambil sesuatu.

"Saya sangat menikmatinya karena gaya balapnya sangat spektakuler. Dia melaju sangat cepat! Saya sangat suka. Saya mengatakan kepadanya kemarin, 'tahun ini kita bisa bertarung dan kita bisa menikmatinya'. Dengan Lorenzo atau Pedrosa bakal lebih sulit. Ketika anda di belakangnya (saat uji coba) mereka selalu pelan - dan saya juga, ketika mereka di belakangku. Tetapi dengan Marquez ini gila!"

Rossi, yang memutuskan untuk kembali bergabung dengan Yamaha setelah mengalami dua musim terburuk bersama Ducati, terutama menikmati bagaimana gaya balap yang spektakuler dari Marquez. Pasalnya, dia berani bertarung dengan jarak yang rapat.

"Bagiku Marquez membalap sangat mirip dengan Stoner, juga karena Honda seperti ini," terang peraih sembilan gelar juara dunia grand prix tersebut.

Editor :

Aloysius Gonsaga Angi Ebo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads