12 di petaling jaya - Google Blog Search |
- BERSAMA MAZIDUL: PELACURAN TIANG <b>DI PETALING JAYA</b>
- fyna here!: HQ Sophie Paris <b>di petaling jaya</b>
- Puluhan 'hantu' muncul <b>di</b> Bukit Gasing, <b>Petaling Jaya</b> - Roket Kini
BERSAMA MAZIDUL: PELACURAN TIANG <b>DI PETALING JAYA</b> Posted: 20 Feb 2013 10:32 PM PST Jika diperhatikan, banyak tiang telefon dan elektrik juga pokok, kini menjadi mangsa kepada pengiklanan haram. Pelbagai perkhidmatan ditawarkan namun menggunakan ruang iklan tidak sah sekaligus melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Lihat tiang lampu trafik di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor ini. Iklan haram ditampal secara semberono tanpa mempedulikan keselesaan masyarakat memandang. Saya difahamkan, penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, berulang kali menanggalkan iklan terbabit tetapi kemudian ditampal dan diikatkan semula ke tiang. Syarikat menjual kereta pula tidak terkecuali menggantung iklan di dahan pokok. Kenderaan dijual berharga puluhan ribu ringgit tetapi masih ingin menggunakan kaedah pengiklanan haram kerana percuma. [ Klik di sini untuk 'Makan Free' ] "Penggantung iklan datang menaiki lori pada siang hari kemudian menggunakan tangga untuk menampal iklan di tiang. Sebilangan mereka turut membuang papan iklan syarikat lain dan meletakkan iklan mereka di tempat paling tinggi sekali," lapor pengawal keselamatan. Ternyata kini semakin banyak tiang dilacurkan. Kepada penguatkuasa MBPJ bertanggungjawab, mohon tanggalkan semua iklan haram terbabit. Saya telah membuat aduan melalui pesanan ringkas kepada pihak berkuasa tempatan itu pada jam 2.28 petang tadi. Jangan iklan haram sampai ke puncak ... Bimbang, nanti masyarakat setempat melihat kakitangan MBPJ tidak menjalankan tugas sepatutnya. Usah menjadi seperti ADUN Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim, hanya mendiamkan diri, 5 soalan penting masih belum dijawab lagi, klik di sini. |
fyna here!: HQ Sophie Paris <b>di petaling jaya</b> Posted: 08 Mar 2013 06:00 PM PST adik fyna angah ni memang aktif dalam sophie paris ni..and sebab adala 2,3 orang nak sangat jumpa fyna..so fyna pun dibawa oleh adik fyna ke HQ sophie paris di petaling jaya memang teruja kalau masuk..sebab semuanya pink! masuk je terus snap gambar dulu ini side handbag..act ada byk handbag..tp fyna snap sini je..segan pula nak posing dalam ni hihi spot yang best! makeup!!!!!!! rasa macam nak ambil bawak balik rumah eceh try test makeup..baby pun sama naik orang sophie paris..segan fyna bila diorang nak bergambar sekali hehe bye bye sophie paris..lain kali jumpa lagi adik fyna otw buka branch sophie paris sendiri di klang..now tengah proses renovate doakan adik fyna ye..heheh owh btw buka m2u semalam terkejut dah dapat bonus dari sophie paris..banyaknyaa!!!!!! suka sangat! padahal tak buat sale sangat haha ada la beli barang rm100..alhamdulilah rezeki act dah lama masuk sophie paris ni..attend event merata..bonus dapat rm200-400 je sebulan tapi bulan ni rm800 alhamdulilah ..ha baru la sibuk nak aktive.. adik fyna dah ber k dah dapat..jeles aih so siapa nak join juga boleh whatssap,viber,line,msg,call fyna di 0103978717 target bulan 3 ni 1k..insyallah =D |
Puluhan 'hantu' muncul <b>di</b> Bukit Gasing, <b>Petaling Jaya</b> - Roket Kini Posted: 26 Jan 2013 05:47 PM PST PETALING JAYA, 27 JAN: Satu demi satu bukti wujudnya pengundi hantu di Selangor terbongkar apabila seorang pemilik rumah mendedahkan beliau menerima 28 surat daripada Barisan Nasional (BN) walaupun tidak mengenali pengirim surat itu. Bukti terbaru itu sekaligus mengukuhkan laporan dan aduan orang awam, NGO dan Pakatan Rakyat mengenai ratusan ribu pertambahan pengundi berdaftar yang meragukan. Dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, antara yang mengejutkan ialah terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali didaftar menggunakan alamat itu apabila disemak dalam daftar pemilih. "Kami mahu tanya Najib dan penyelaras BN Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed adakah ini pengundi hantu mereka? "Dengan pembongkaran itu, BN umpama "menyumbat gol sendiri," katanya kepada media. Turut hadir pada sidang media itu ialah ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Kasthuri Patto. Menurut beliau, pendedahan itu jelas menunjukkan wujudnya motif politik BN. Apabila ditanya samada insiden itu mungkin disebabkan kesilapan teknikal, beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor berkata, jika ianya sekadar satu atau dua kesilapan, itu masih boleh diterima. "Tapi mana mungkin sebanyak 28 kesilapan berlaku serentak? Apabila kita buat semakan dan penelitian, nama itu telah didaftarkan pada 2012 lalu ketika Rang Undang-undang Daftar Pemilih suku pertama dimansuhkan. "Lagipun pemilik tidak pernah sewakan rumah itu kepada sesiapa dan beliau menetap di situ sudah lebih 30 tahun," jelasnya. Justeru, beliau mendesak agar SPR mengambil tindakan secara serius apa lagi negara dikejutkan dengan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin yang diberi kad pengenalan di Sabah. Satu MyKad, dua nombor pengenalan Kasthuri Patto pula mendedahkan satu kes yang berlaku di Petaling Jaya membabitkan seorang penduduk bernama Jensen, 25, yang mendedahkan kewujudan dua nombor berbeza pada kad pengenalannya. "Di bawah nombor MyKad beliau satu lagi nombor pengenalan tertera dalam kurungan. "Apabila disemak, nombor itu adalah milik seorang pengundi yang lahir pada 1961 di Segambut. Bagaimana boleh jadi begini sedangkan pemilik lahir pada 1988. Bagaimana boleh ada dua nombor pengenalan dalam satu MyKad? soal beliau. Tambahnya, sudah lebih 10 tahun NGO bersama parti oposisi mendesak SPR membersihkan daftar pemilih di Malaysia. "Pada 2004, kita pernah desak Pengerusi SPR meletakkan jawatan sebab banyak keraguan dalam daftar pemilih, sekarang sudah tahun 2013, masih tak ada perubahan. "Najib kata nak buat transformasi tapi tak ada apa yang berubah. Adakah ini merupakan satu lagi kes janji tidak ditepati? ujarnya. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from di petaling jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan