Jumaat, 8 November 2013

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Industri eko-pelancongan bakal jadikan <b>Kuala Kubu</b> Baru tumpuan <b>...</b>

Posted: 20 Oct 2013 06:11 PM PDT

HULU SELANGOR, 21 OKTOBER: Masyarakat Kuala Kubu Baru (KKB) bakal menikmati limpahan ekonomi berterusan apabila kawasan mereka dinaikkan taraf sebagai kawasan eko-pelancongan yang baru di negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kuala Kubu Baru, Lee Kee Hiong, berkata dengan meninggalkan banyak tapak tinggalan sejarah dan keindahan alam semulajadi, KKB mampu menjadi daya tarikan pelancongan di negeri itu.

"Saya mengambil contoh misalnya kita akan senaraikan Taman Millineum sebagai kawasan warisan kerana di situ terletaknya bandar lama KKB yang pernah tenggelam akibat empangan pecah.

"Kita juga akan memulihara semula bangunan tinggalan sebelum perang dunia kedua lagi yang dibina seawal tahun 1930an. Ini semua merupakan daya tarikan di KKB," ujar beliau.

Selain itu, Kee Hiong berkata, pihaknya sedang giat memperkenalkan kawasan Bukit Kutu yang mempunyai sejarah peninggalan penjajah British dan sedang dalam usaha menjejak landasan keretapi lama yang masih tersembunyi dan menjadi penghubung ke stesen KTM Kuala Kubu Road selain menggiatkan lagi usaha mempromosi aktiviti sukan water rafting.

"Sepertimana alam semulajadi, tinggalan sejarah di KKB merupakan satu warisan yang harus kita pelihara," ujar beliau.

Katanya, pelbagai perancangan untuk menaik taraf KKB sebagai kawasan eko-pelancongan dilakukan dengan teliti dan sebahagiannya sedang dalam proses pelaksanaan yang akan melalui beberapa peringkat dalam tempoh lima tahun dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar Majlis Daerah Hulu Selangor.

"Kita mahu jadikan KKb sebagai pusat tumpuan pelancongan dalam dan luar negara," katanya lagi.-Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads