Hulu Kelang, 18 Januari 2014 – Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang telah mengadakan satu program Taklimat dan Pelancaran COMBI DUN Hulu Kelang. Program ini bertujuan untuk menubuhkan jawatankuasa COMBI di DUN Hulu Kelang yang akan digerakkan oleh setiap Pusat Khidmat Zon (PKZ) di dalam DUN Hulu Kelang.
Saari membentangkan perancangan untuk menggerakkan COMBI di DUN Hulu Kelang pada kali ini hendaklah serius dan mencapai sasaran dan seterusnya melancarkan COMBI DUN Hulu Kelang
Taklimat tentang COMBI (Communication for Behavioural Impact) disampaikan oleh Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak yang menjelaskan Daerah Gombak sentiasa merekodkan kes dan wabak demam denggi tertinggi di seluruh negeri Selangor
Penggerak-penggerak Pusat Khidmat Zon yang hadir untuk menubuhkan jawatankuasa COMBI di zon masing-masing
Sesi bengkel dan perbincangan tentang cabaran dan masalah bagi menubuhkan COMBI turut diadakan mengikut kumpulan zon masing-masing
Hasil perbincangan bengkel telah dibentangkan untuk dijadikan pelan tindakan penubuhan COMBI ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan