12 di sepang - Google Blog Search |
Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Kuala Selangor, <b>Sepang</b> | MyNewsHub Posted: 16 Oct 2012 03:54 AM PDT KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kuala Selangor dan Sepang, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 23 dan 24 Oktober ini. Penolong Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Ms. Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan itu disebabkan kerja-kerja pihak kontraktor Syabas. "Gangguan bekalan air di Kuala Selangor dijangka berlaku di Bukit Belimbing, Pasir Penambang, Sungai Yu, Sungai Gulang-Gulang, Parit Serong, Tiram Burok, Sawah Sempadan (Jalan Mayang Rotan). "Gangguan sama akan dialami di Tanjung Karang iaitu Jalan Besar Tanjung Karang, Pekan Tanjung Karang dan Sungai Tengi Kanan melibatkan 6,605 akaun pengguna," kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, gangguan bekalan air di Sepang pula melibatkan kawasan Fasa 1A (Jalan Warisan Megah 1/6); Fasa 2 (Jalan Warisan Permai 2/1 hingga 2/13) dan Fasa 3 (Jalan Warisan Megah 1/1 hingga 1/9). Kata kenyataan itu, turut terjejas kawasan Fasa 4 (Jalan Warisan Mulia 4/1 hingga 4/3); Fasa 5 (Jalan Warisan Megah 1/4 hingga 1/5); Superb Frame (Jalan Airport City 1 & 2) dan Presint 1, 2, 3 (Jalan Warisan Maju 5/1 hingga 5/12) melibatkan 1,948 akaun pengguna. Justeru, kata kenyataan itu, para pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di sepang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan