Rabu, 13 Mac 2013

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


MOUNTDWELLER: Najib terdesak, mungkin ambil Kavadi

Posted: 08 Mar 2013 08:06 AM PST

Zefry Dahalan | March 8, 2013
Orang India sudah tidak percaya pada Najib, mereka tidak mahu 'Nambikai' tetapi 'Urimai', kata S Manikavasagam, ahli parlimen Kapar.
Manikavasagam atau lebih popular dikenali sebagai Mike di kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat berkata demikian dalam satu program ceramah anjuran PAS Rembau di Senawang malam kelmarin.
"Najib pergi Batu Caves tahun lepas ketika sambutan Thaipusam dan berkata 'Nambikai', 'trust us' dan 'tolong kita' pada ratusan ribuan masyarakat India yang hadir. Apa itu 'Nambikai'? Bermaksud percaya pada saya (beliau).
"Orang India sudah tidak percaya pada Najib. Mereka tidak mahu 'Nambikai' tetapi 'Urimai'. Apa itu 'Urimai'? 'Urimai' itu bermaksud hak. Masyarakat India mahu hak mereka yang sewajarnya.
"Najib datang Batu Caves pakai 'Jippa' (Pakaian tradisional kaum India).Tidak lama lagi kalau anda suruh dia ambil kavadi pun, mungkin dia ambil kavadi," kata Mike berseloroh dan gelak ketawa lebih seribu masyarakat Melayu  menggamatkan lagi suasana ceramah.
Mike juga berkata Najib tidak mengotakan janji beliau kepada masyarakat India di Kapar.
"Pada sambutan Pesta Ponggal di Kapar pada tahun lepas, Najib berjanji akan membina krematorium (Pusat Pembakaran Mayat) di Kapar.
"Najib juga berjanji akan membina sebuah blok bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist Kapar.
"Perayaan Ponggal untuk tahun ini pun sudah selesai. Dah habis setahun, sampai hari ini saya belum nampak sebarang krematorium  dan sebuah bangunan sekolah yang beliau janjikan.
"Inilah dia 'Janji DiTepati' oleh Najib," kata Mike dan orang ramai yang hadir bertepuk tangan.
Jangan politikkan isu Lahad Datu
Sementara itu Mike juga meminta semua pihak agar tidak memperpolitikkan insiden pencerobohan bersenjata Sulu.
"Lapan anggota polis yang terkorban merupakan perwira dan hero negara. Mereka sanggup berkorban demi negara.
"Pengorbanan kelapan-lapan anggota polis itu harus dihargai semua pihak.
"Saya bersama kepimpinan PAS, DAP dan PKR Kapar sempat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran di kediaman bapa Mohd Azrul di Rantau Panjang, Kapar sebelum pengkebumian," tambah Mike.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads