Isnin, 20 Februari 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Polis Tumpas Geng Pecah Rumah Berpangkalan <b>Di Cheras</b>

Posted: 20 Feb 2012 12:55 AM PST

GEORGE TOWN – Polis percaya dapat menumpaskan satu kumpulan penjenayah pecah rumah apabila tiga anggotanya – seorang lelaki dan dua wanita – ditahan di Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata ketiga-tiga mereka berumur 20 dan 33 tahun itu yang menetap di Kuala Lumpur dipercayai terbabit dengan kegiatan pecah rumah di sekitar Pulau Pinang sejak empat bulan lepas.

Katanya sepasukan polis dari unit khas Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut telah menjejaki ketiga-tiga perompak terbabit di Kuala Lumpur sebelum menyerbu sebuah kondominium mewah di Cheras pada Jumaat lepas.

"Dalam serbuan itu polis turut merampas wang tunai, laptop pelbagai jenama, jam tangan, kamera DSLR bernilai lebih RM100,000 dan menyita dua buah kereta mewah yang dipercayai digunakan untuk merompak," kata beliau.

Gan berkata identiti perompak terbabit telah dikenal pasti dengan kesan cap jari yang ditemui di sebuah rumah yang dirompak di Sunny Villa, Sungai Nibong pada 10 Feb lepas. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads