di negeri selangor - Google Blog Search |
KENAPA PAKATAN BAKAL TUMBANG <b>DI NEGERI SELANGOR</b>? Posted: 01 Apr 2013 03:53 PM PDT Dua hari lalu kami ada bertanya, "jika BN menang dan membentuk kerajaan negeri Selangor dalam pilihanraya umum akan datang (ketiga belas), adakah mereka akan dibebankan dengan penyelesaian janji-janji manifesto kerajaan terdahulu yang dipegang oleh pakatan terutama dalam tuntutan-tuntutan yang sudah pun difailkan ke mahkamah seperti air percuma dan elaun ibu tunggal?" Sesungguhnya Barisan Nasional (BN) dilihat punyai masa hadapan yang cerah untuk menang di Selangor dan ini diakui sendiri oleh bekas menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin dalam satu temubual khas bersama akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini. Faktor utama Selangor diyakini menang adalah kerana 'kecelaruan dalaman' yang begitu ketara dalam pakatan di negeri itu sendiri. Semasa Dap dianggap sebagai 'opportunist' yang menangguk keuntungan dalam dasar-dasar kerajaan negeri, Pas Selangor dilihat semakin menjauhkan diri dari Dap kerana bimbang terpalit dengan kerakusan Dap yang tidak mahu bertolak ansur terutama dalam perkara yang melibatkan sensitiviti agama Islam seperti 'kalimah Allah', penjualan terbuka minuman keras, rumah urut yang tumbuh bak cendawan dan berbagai lagi. Penyingkiran Datuk Hasan Ali dari parti tersebut turut memainkan peranan dalam melemahkan pakatan negeri Selangor kerana Hasan Ali diihat sebagai simbol perjuangan Pas Selangor terutama dalam hal melibatkan murtad. Manakala pergeseran dalaman PKR memang tidak dapat disembunyikan lagi bilamana 'kem menteri besar Selangor', Tan Sri Khalid Ibrahim sering bertelagah secara terbuka dengan 'kem timbalan presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak', Azmin Ali. Pergeseran ini dilihat lebih kepada perebutan untuk memegang kerusi menteri besar Selangor selepas pilihanraya umum ketiga belas nanti. Perkara ini juga sebenarnya mengecilkan hati Pas yang tidak punyai peluang untuk menduduki kerusi menteri besar tersebut. Akibat pergeseran yang begitu ketara hingga melibatkan ketua wanita PKR, Zuraidah dan setiausaha politik menteri besar, Faekah Hussain, desas-desus kuat melanda menyebut bahawa Wan Azizah selaku presiden parti bakal campurtangan dengan meletakkan dirinya sebagai salah seorang calon bagi kerusi dewan undangan negeri dalam negeri Selangor dan ini secara tidak langsung melayakkan dirinya sendiri menjadi menteri besar Selangor seandainya mereka menang dalam pilihanraya nanti. Selain PKR, perkara yang sama turut dikatakan berlaku dalam parti Dap. Walaupun Dap selama ini mengamalkan sikap berdiam diri dan tertutup dalam membicarakan soal dalaman parti mereka, tetapi lewat kini terlalu banyak pekung yang mula ditunjukkan sendiri oleh ahli-ahli peringkat bawahan mereka. Ini berlaku semenjak perebutan kerusi jawatankuasa pusat atau 'central committee' yang telah pun berlangsung dalam konvensyen mereka baru-baru ini di Pulau Pinang. Walaupun keputusan telah diperolehi namun terdapat banyak kontroversi yang gagal diselesaikan terutama dalam pengiraan semula undi yang memperlihatkan beberapa nama pemenang digugurkan atas alasan teknikal dan perkara ini telah pun sampai ke pejabat pendaftar pertubuhan untuk campurtangan mereka atas kehendak ahli-ahli parti tersebut sendiri. Keretakkan dalaman dan kepincangan pakatan di atas sesungguhnya memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi pilihanraya umum nanti. Namun, bersetuju dengan Tun Daim, Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku pengerusi BN pusat dan negeri Selangor wajar menamakan awal bakal calon menteri besar negeri tersebut bagi memberi keyakinan tinggi kepada rakyat negeri tersebut untuk memilih BN sewaktu membuang undi nanti. Walaupun dengan menamakan awal bakal calon menteri besar akan menyebabkan ramai 'warlords' yang 'gatal tangan' untuk mensabotaj calon tersebut, namun Najib dijangka punyai 'formula khas' bagi melemahkan 'warlords' yang bersikap mementingkan diri sendiri itu lebih dari kemahuan rakyat sendiri yang mahukan pemimpin kali ini dari muka baru dan punyai imej bersih. |
Ramalan Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 <b>di Selangor</b>. <b>Negeri</b> <b>...</b> Posted: 14 Apr 2013 08:19 PM PDT Keputusan pilihanraya Umum 2013 Selangor : Negeri Selangor sememangnya menjadi rebutan di antara kerajaan yang sedang menerajui negeri Selangor untuk mempertahankannya dan dipihak pembangkang pula berusaha keras untuk merebut kembali sebuah negeri yang termaju di Malaysia bernama Selangor. Keputusan Pilhanraya Umum 2008 (PRU 12) menyaksikan tsunami politik berlaku di Selangor apabila Pakatan Rakyat menewaskan Barisan Nasional dengan menjadi pilihan demokrasi rakyat. Jikalau…. Jikalau sebelum ini kita sudah meninjau prestasi kerajaan Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam setakat ini di Melaka (KLIK SINI). Kini tiba untuk meninjau prestasi kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim…. Keputusan Pilihanraya Umum 2008 Di Selangor (PRU ke 12)?Negeri yang dulunya dianggap sebagai kawasan selamat oleh pihak Barisan Nasional, akhirnya bertukar tangan ke Kerajaan Pakatan Rakyat. Dalam masa 5 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat menerajui Selangor, perkara yang paling penting yang perlu diketahui rakyat Selangor amnya dan rakyat Malaysia umummnya adalah meneliti semula apakah yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Sudah tentu Selangor, sebuah negeri yang kaya dengan hasil pendapatannya menjadi rebutan di antara pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Barisan Nasional sudahpun mengumumkan niat mereka untuk merampas kembali Selangor sambil Pakatan Rakyat pula yakin bahawa mereka telah membuat yang terbaik untuk rakyat. Di manakah kebenarannya? Jadi apa hasilnya? Senarai Kejayaan & Usaha-usaha Penambaikan Kerajaan SelangorSeperti biasa, Berita Semasa hanya akan memaparkan rekod-rekod kejayaan yang kami perolehi sendiri poral-portal milik kerajaan negeri termasuk dalam kes ini portal milik kerajaan negeri Selangor.
Sumber : Portal kerajaan negeri Selangor Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 Selangor : Prestasi Ahli Politik?Selangor secara rasminya telah membubarkan DUN pada 4 April 2013 yang lalu, menjadi antara negeri pertama di bawah kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat yang berbuat demikian. Apa yang Berita Semasa perhatikan dalam tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, terlalu banyak isu yang dimainkan oleh kedua-dua belah pihak, tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Setiap isu yang berkaitan negeri Selangor mendapat liputan meluas baik di media arus perdana mahupun di internet. Anda sebagai rakyat Selangor, bagaimana anda melihat prestasi kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim setakat ini atau anda merasakan mahu kembali memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional? Bagaimana pula prestasi ahli politik yang telah memenangi Pilihanraya umum ke 12 di kawasan setempat anda baik daripada pemimpin Pakatan Rakyat ataupun pemimpin Barisan Nasional di Selangor? Apakah benar kerajaan Selangor membawa aspirasi rakyat yang dimahukan? Lontarkan pendapat anda di sini… |
You are subscribed to email updates from di negeri selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan