Rabu, 17 April 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Pencalonan Zul Nordin <b>Di Shah Alam</b> Percepat <b>...</b> - Kelab Greenboc

Posted: 16 Apr 2013 10:01 PM PDT


Zul Kulim bersama dengan simbol seks terkenal Papagomo

Zul Noordin: Inikah transformasi Umno?

Jika muka baru yang dicalonkan Barisan Nasional adalah seperti Datuk Zulkifli Nordin, ia membuktikan Umno semakin buruk dan lebih berbahaya sifatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz menyifatkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam membuktikan transformasi yang dimegahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hakikatnya adalah transformasi ke arah yang lebih buruk lagi dan malah BN terbukti menjadi mudharat yang semakin membahayakan negara.

"Ambil tokoh puak baling selipar dalam masjid jadi calon adalah keputusan yang memudharatkan negara dan akan mengakibatkan lebih banyak keburukan," kata beliau merujuk kepada laporan dan rakaman video yang mendakwa sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas dan membaling selipar ke dalam Masjid Al-Hussain di Pumpong, Alor Setar pada September lalu.

Beliau yakin, pencalonan orang-orang seperti memberikan wajah yang lebih buruk kepada Umno dan BN.

"Selepas didedahkan video Zulkifli menghina kepercayaan penganut agama Hindu, didedahkan pula videonya memanggil 'keling' kepada orang India.

"Perbuatannya itu memburukkan nama baik Islam malah bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menghina sembahan penganut agama lain, sebab itu saya kata pencalonan orang seperti itu membuktikan transformasi Najib menuju ke arah keburukan.

"Umno jelas terbukti semakin buruk dan menakutkan dan kalau dibiarkan terus memerintah, bencana besar akan menimpa negara ini," katanya.

Mahfuz seterusnya berkata, tindakan Umno bermegah-megah kononnya mencalonkan lebih banyak muka baru tidak membawa apa-apa kebaikan jika pemikiran dan doktrin yang mereka anuti tidak berubah malah semakin buruk.

"Untuk apa mencalonkan muka baru jika sikap rasis dan perkauman Umno semakin buruk?

"Malah, perbuatan mengapi-apikan perkauman yang semakin menjadi-jadi semakin menjadi satu-satunya senjata Umno untuk terus berkuasa," katanya.

Lebih dari itu, kata Mahfuz, tidak ada sebarang perubahan pada sifat Umno yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "parti perasuah".

"Sebab itulah, kalaupun calon muda atau calon baru Umno itu mempunyai sifat yang dilihat baik, mereka bukan sahaja tidak dapat membawa kebaikan kepada Umno malah merekalah yang akan dirosakkan oleh parti yang Dr Mahathir sendiri tulis 'busuk hingga ke usus' itu," katanya.

Mahfuz yakin, rakyat mengundi berdasarkan pendirian parti yang lebih menjanjikan keamanan dan kesejahteraan dan bukannya parti yang menaja keganasan dan pertumpahan darah seperti serangan-serangan berdarah ke atas perhimpunan politik secara aman yang didakwa oleh pelbagai laporan sebagai didalangi oleh pemimpin dan ahli Umno.

Untuk rekod, menjelang pilihan raya umum 2004, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS telah menolak nama Zulkifli sebagai salah seorang calon parti Islam itu.

Laung Satu Malaysia tapi Najib pilih calon hina India

Perbuatan meletak calon yang terkenal dengan sikap ektrem perkauman mengesahkan Umno mengamal ideologi rasis, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau merujuk perbuatan Datuk Seri Najib Razak yang mencalonkan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin yang beberapa kali menghina kaum India dalam ceramah.

"Sudah jelas Zulkifli hina kaum India. Bukan hanya terlepas dari tindakan undang-undang, malah dipilih menjadi calon," katanya pada kenyataan media, semalam.

Beliau menyifatkan pencalonan Zulkifli Nordin sebagai tidak menjaga sensitiviti kaum India yang dihina secara terang-terangan.

"Ia mengecewakan masyarakat India, seolah-olah tidak mempeduli perasaan pemimpin MIC yang turut mengutuk sikap Zul Noordin," katanya.

Kata Surendran, pencalonan Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam mengesahkan 'kekebalan' Perkasa dari undang-undang walaupun melakukan pelbagai kenyataan ekstrem.

"Kesalahan bukan kecil, Seksyen 298A adalah jenayah yang boleh heret mereka ke mahkamah tapi sampai hari ini, tak ambil tindakan sedangkan bukti jelas," katanya.

Beliau juga mempertikai slogan Najib yang melaungkan 1Malaysia tapi memilih calon dari organisasi yang bersifat ekstrem dan perkauman.

"Perkasa pernah ancam bakar Bible. Mereka ekstrem dalam isu perkauman dan agama. Macam mana Najib yang kononnya pejuang 1Malaysia tergamak ambil calon dari organisasi ekstrem itu?" katanya. -KD


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads