Sabtu, 20 Oktober 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Arak Dijual Secara Terbuka <b>Di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b> | AIDC

Posted: 15 Oct 2012 01:03 AM PDT

AIDCNews – 15/10/11 – Menurut Shariman Mohd Nor, Ketua Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang, arak boleh dijual secara terbuka seperti di 99 SpeedMart dan 7 Eleven dengan syarat kandungan alkoholnya kurang daripada 10 peratus.

"Minuman keras yang melebihi 10 peratus alkohol, kelulusannya di bawah pejabat daerah, tetapi kurang dari 10 peratus alkohol..macam Carlsberg..ini kurang 10 peratus alkohol..ia tidak ada masalah, boleh jual di tempat-tempat terbuka," katanya kepada media Isma.

Beliau dihubungi media Isma untuk diminta mengulas mengenai penjualan arak secara terbuka yang dilihat di Bandar Baru Bangi.

Tentang kes penjualan arak secara terbuka di premis-premis tertentu sekitar Bandar Baru Bangi, Shariman berkata pihaknya boleh bekerjasama untuk menyiasat perkara tersebut, namun tidak boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya premis berkenaan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

"Benda yang nak dijual kalau benda itu bersalahan dengan undang-undang, kita boleh ambil tindakan, tapi kalau tidak menyalahi undang-undang, kita hanya boleh nasihat sahaja," katanya lagi.

Menurut wikipedia, Bandar Baru Bangi terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN), Bangi, di mana lebih 80 peratus penduduknya terdiri daripada kaum Melayu, 11 peratus kaum Cina, 7 peratus kaum India dan lain-lain, 2 peratus.

Wakil Rakyat DUN Bangi adalah Y.B Dr. Shafie Abu Bakar dari PAS dan terletak di bawah Parlimen Serdang, diwakili YB Teo Nie Ching dari DAP.

Ronnie Liu

Pada tahun 2009, Ronnie Liu didakwa telah campur tangan apabila bertindak memulangkan rampasan arak di kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurutnya, serbuan dan rampasan penjualan arak di premis terbuka itu adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.

Ronie Liu merupakan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, iaitu Exco dari DAP yang menjaga Hal Ehwal Kerajaan Tempatan tersebut.

Menurutnya, undang-undang kecil kerajaan tempatan menyebut penjualan minuman dengan kandungan alkohol kurang daripada 8.8 peratus bukan merupakan satu kesalahan.

"Dalam bahasa Malaysia, tidak terdapat terjemahan yang tepat bagi minuman keras. (Istilah) bir hanyalah terjemahan terus. Orang Islam mungkin tidak faham istilah ini. Tetapi bukan Islam dapat membezakan bir daripada arak.

"(Dalam istilah perundangan) bir didefinasikan sebagai 'minuman keras'. Tidak ada deskripsi yang lebih tepat (daripada itu)," kata Liu kepada portal Mkini dotcom.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads