Ahad, 14 Oktober 2012

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Pernikahan Izar & Linda, <b>Sijangkang</b> | acaii jawe

Posted: 07 Oct 2012 06:09 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim

Sepanjang aku berada dalam banyak majlis nikah beberapa tahun lepas ni, ada satu perkara yang memang selalu pasangan pengantin lakukan secara tidak sengaja:) Sama ada perasan ataupun tidak, hanya selepas majlis nikah lah pasangan pengantin tersebut akan panggil mak dan ayah mertua mereka dengan panggilan 'ayah' dan 'emak' berbanding makcik/pakcik. Majoriti pengantin akan masih panggil makcik dan pakcik selepas bernikah,hehe. Ada kawan aku dia masih tersasul panggil makcik even dah seminggu kahwin:)

Aku nak update majlis pernikahan Izar dan Linda yang diadakan di Kampung Sijangkang. Ramai kawan-kawan lama aku ada kat kampung ni sebab sekolah menengah dulu tak jauh dari kampung ni. Tapi tak jumpa sorangpun member aku masa majlis ni,hehe.

Alhamdulillah, majlis pernikahan ni berjalan lancar. Dengan satu lafaz Linda selamat menjadi suri hidup Izar. Aku sebenarnya suka imam dan jurunikah yang memudahkan urusan pernikahan. Tidak seperti zaman dahulu yang menjadi satu mimpi ngeri bagi orang lelaki yang ingin bernikah dengan gadis pilihannya:)

Semoga ikatan suami isteri yang terjalin berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Pakat baik-baik. Perjalanan masih panjang dan kena kenal hati masing2. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Tunggu aku update majlis perkahwinan mereka nanti. Wallahua'lam.

Nota kaki : Berita malam tadi 75% jemaah haji Malaysia dah berada di tanah suci. Semoga mereka semua mendapat haji mabrur,amin.

Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads