Jumaat, 14 Mac 2014

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Pakej Spa untuk ibu sebelum & selepas bersalin <b>di</b> Rosena Spa <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2014 12:36 AM PDT


Ni merupakan kali kedua aku berkunjung ke Rosena Spa ni, sebelum ni aku pernah pergi sebelum pergi honeymoon kat Krabi tahun lepas (refer sini), time tu tak preggy lagi,  baru nak honeymoon,kemain honeymoon walaupon dah lama kahwin.hikhikhik..Tapi balik dari honeymoon, alhamdulillah dah sampai rezeki untuk preggy..Syukurrr ya Allah..Berkat berSpa dan berhoneymoon kot ni..hehehe..

Bila dah preggy ni, baru lah aku taw yang wanita mengandung pon boleh pegi spa, siap ada pakej khas untuk ibu mengandung sebelum dan selepas bersalin lagi.Aku teruja nak mencuba.Maklumlah menjadi bakal ibu yang bekerja ni, ada kala stress jugak nak fikir hal2 kat opis lah apa lah kan..Walaupun kehidupan aku taklah se"tress" mana pon, sebab aku sentiasa dikelilingi dengan orang2 yang aku sayang. Suami dan family yang sentiasa buat aku happy sepanjang masa, lagi2 time peknen ni kan..Bak kata orang, bagai menatang minyak yang penuh gitu..auwwww terharuu mak taw..Rasa nak beranak tetiap tahun..Ahahahah fengsannn..

Ok meh nak share pakej apa aku ambik untuk rawatan sebelum bersalin di Rosena Spa ni..Untuk pengetahuan korang, sebelum datang memanjakan diri kat Rosena Spa ni, sila make sure yang korang buat temu janji dulu taw, jangan main terjah je, sebab Spa ni sentiasa ramai pelanggan.Lagi2 time weekend..Macam aku dah buat awal2 temu janji dengan Kak Nurul, owner Spa ni..Kebetulan mama kak Nurul ada kat Spa, dari Kuantan dia datang sebab kak Nurul dalam pantang time ni..Mama kak Nurul ni memang berpengalaman dalam urut-urut ni, banyak betul ilmu dia, kebetulan aku bawak mak aku sekali, dapatlah mak aku berkenalan dengan Mama Ros sekali.Mama Ros ni lebih selesa dipanggil mama..Orangnyer tersangat lah peramah, lembut je orangnyer, umur dah 60++ tapi sihat lagi, kulit pon cantik  je..Patutlah tiap kali mama datang sini, ramai yang buat temu janji nak merasa khidmat servis dari mama..

Ni tungku herba yang digunakan dalam pakej yang aku buat tu.

Kat sini lah aku memanjakan diri, aku ambil pakej Pre-Natal ataupun Pakej or rawatan sebelum bersalin..Ada facial, massage, dan mandi rempah..Boleh pilih nak mandi rempah or mandi mandi susu..Tapi mama suggestkan aku pilih mandi rempah sebab baik untuk ibu mengandung terutama yang ada keputihan di hujung2 trimester ni..Mula2 Kak Erin buat Facial kat muka aku..Best giler rasa segar je kulit muka, rasa licin je kulit muka lepas buat facial tu..Kak Erin urut muka sampai rasa nak tertido aku..Bestt giler...huhu..
Lepas dah buat facial, mama plak take over buat urutan kat aku, tapi bukan lah urutan biasa yang sakit tu, urutan lembut je sesuai untuk ibu mengandung, terutama kat bahagian kaki, tapak kaki, pinggang dan bahagian belakang badan dan bahu..Legaaa nya rasa, hilang semua rasa lenguh2 terutama kat bahagian tapak kaki, rasa ringan je bila berjalan..Pastu mama urut kat bahagian pinggang dan  bahgian belakang badan.Ya Allah sedappnya, puas giler dapat mengurut, rasa lebih bertenaga..Jangan takut nak mengurut time mengandung, insyaALLAH takde pape effect pon, sebab mama memang berpengalaman orangnyer, bukan calang2 orang, mengurut sambil dibacakan surah2 dari al-quran buat aku rasa lebih yakin bila mama mengurut..Sesambil tu, mama tak lokek ilmu dan petua, ajar urutan payudara untuk perbanyakkan susu badan, petua mudahkan bersalin, zikir2 dan surah2 yang perlu diamalkan semasa sakit bersalin..Suka sangat ngan mama, tak lokek ilmu langsung...

Mak aku dengan mama, macam dah kenal lama je kan..Padahal baru first time jumpa..Ternyata memang mama ni peramahh orang nya, kenal sekali mesti terus mesra..Mak aku masa ni tak buat apa2 rawatan pon, just temankan aku je, pastu balik rumah menyesal, terus suruh aku booking kan untuk dia weekend lepas tu..Siap ajak maklang aku join sekali..Kemain lagi bersauna n bermanja2 di spa..Pasni mau tiap2 bulan dia suruh aku booked kan untuk dia release tension kat sini...hehehe

Aku n mama, nampak tak muka lepas facial, kilat2 glowing2 gituu....suka tengok kulit muka time ni, walaupon agak pucat, tapi sebab memancor2 tu buat aku suka, rasa nak buat facial hari2 je kat sini..hahahah

Ni kak Erin, yang buat facial untuk aku..Kak Erin ni kak ipar Kak Nurul..Kak Nurul tengah berpantang time ni, tak dapat nak bergambar...

Ni dia harga pakej yang aku buat untuk hari tu..Memang berbaloii...Lepas bersalin nanti nak buat rawatan lepas bersalin plak kat sini..Teruja dah aku tengok pakej2 lepas bersalin tu..Tak sabar nak bersauna, mandi rempah, massage lagi..Mestii bestt....
Kalau berminat nak rasa sendiri pengalaman memanjakan diri di Rosena Spa boleh refer info kat bawah ni..
Call laju2 untuk booked temujanji :
Alang-alang add FB (Rosena Spa) sekali...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads