Jumaat, 8 Februari 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Bukan Rahsia...: Jom Singgah <b>di</b> Bukit Malawati, <b>Kuala Selangor</b>

Posted: 06 Feb 2013 02:59 AM PST

Hari minggu yang lepas 2 Februari 2013, aku balik ke kampung halaman.
Sebelum sampai ke kampung, aku singgah sekejap di Bukit Malawati, Kuala Selangor.
Dah lebih 10 tahun tak pergi tempat ni, seingat aku kali terakhir pergi
 masa mak dan abah balik Mekah tahun 90-an.

Hari Sabtu dan Ahad boleh naik Trem. 
Dengan harga yang berpatutan untuk menaiki Trem ni. 
Setiap 10 minit mesti ada trem yang lalu ambil penumpang. 


Memulakan perjalanan di pintu masuk Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Bekalan mainan di atas
Pergh... Kena guna berus dawai tu nak bersihkan...
Mercu tanda Kuala Selangor - Rumah Api
(Cantik pulak gambar aku tangkap)
Berapalah usia pokok tu kan? Dah berjanggut panjang menyembah bumi...
Mama & Muhammad 
First time Muhammad tengok monyet ni... Tu yang nak berdokong je.
Tarikan utama - Memberi makan kepada monyet-monyet yang jinak.


Penjual yang menjual sayur dan buah kepada pengunjung untuk
 diberi kepada sang monyet.
Aku suka dengan warna monyet ni... sangat cantik..
Inilah dia Monyet Peranakan - kawin campur - Dapat anak yang comel


Ini hubby dia kot... Kemana saje dia ada di sisi...
Meriam zaman dahulu kala...
Dari atas ni, kita boleh nampak Laut Selat Melaka... Sangat Indah.
Inilah Kubu Pertahanan Zaman Raja Melayu - Selangor.
Cantik betul tunggul pokok ni.. Pun aku sempat snap.
Jom balik turun ke bawah... Dah penat main dengan monyet-monyet ni...
Bibik tanya aku, kat mana monyet-monyet ni tinggal... 
Seumur hidup bibik ini pertama kali tengok monyet yang banyak dan jinak.
Aku kata : Ni rumah dia (gambar di atas)... dengan pokok janggut tadi.
 (Bukan yang belakang tu ya.. Yang pokok besau tu).. Belakang tu Muzium...
 Makan Raja

Teringat aku 1 cerita pasal Makan ni... Ini Kisah Benar... (mood seram)

Masa kami sekeluarga naik Bukit Malawati ni kakak aku
 sesat sebab jalan nya berbengkang bengkok.
 Sebab kereta dia turun dulu, dia berhenti kat depan makam ni...
Abang (kereta lain) tanya dia kat mana? 
Dia kata dia kat depan masjid (makan). (Masa tu waktu senja)
Abang kata tak jumpa masjid, kat mana. Setahu abang tak de masjid kat bukit tu.
Kakak pergi jenguk kat masjid tu, tapi tak de orang. 
First time dia kata masjid tak de orang. Bila dia pergi kat papan tanda tu..
Baru dia tahu itu makam... Jadi.... (paham-paham ye)

Bila lalu kat makam ni, teringat kat kakak aku - Suhana.
Dulu pun, aku ingat makan tu surau kecik.


Tangga 100 - Pasti kurus 50 kg aku kalau naik tangga tu.
Singgah sekejap kat Taman Alam - Ada Taman Ikan Air Tawar. 

Akhirnya... Sampai juga ke pangkal jalan... Masa kat atas bukit tadi, kita boleh turun sampai berapa lama pun boleh kalau larat. 
Trem kat sana sentiasa bergerak untuk ambil penumpang.
Yang best nyer... Dekat tepi pintu masuk Bukit Malawati ni ada Masjid.
Jadi, kepada orang Islam boleh menunaikan solat dengan selesa.
Di samping melihat-lihat keindahan Bukit Malawati, sembahyang tidak dilupakan.

Ok... sampai sini cerita saya. Kalau jalan ke Kuala Selangor. 
Jangan lupa singgah melawat Bukit Malawati. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads