12 di kuala selangor - Google Blog Search |
Review KL-<b>Kuala Selangor</b> Expressway LATAR | ondscene Posted: 30 Jun 2011 09:44 PM PDT Review KL-Kuala Selangor Expressway LATARKL-Kuala Selangor Expressway 1 Jul 2011Biasanya penulis blog membuat review mungkin mengenai biskut raya atau sabun mandi dari susu unta. Ada juga mungkin mengenai beg mengkuang keluaran terbaru atau juga kenderaan hybrid terkini keluaran Modenas… Tetapi, ondscene kali ini membuat review mengenai lebuhraya yang baru dibuka kepada umum pada 23 Jun lalu, KL-Kuala Selangor Expressway LATAR. (Atau cuba pada link ini : www.latar.com.my atau di sini : www.kls.com.my) Lebuhraya sepanjang 32km ini hanya akan mengenakan tol kepada pengguna bermula 1 Sept 2011. Bagaimanapun, nama yang diberikan agak kurang sesuai kerana ia bukan bermula dari Kuala Lumpur, tetapi pinggir Kuala Lumpur, lebih tepat sebelum memasuki bandar Rawang, Selangor (Templer Park). Saya rasa, mungkin nama paling sesuai ialah Rawang-Ijok Expressway atau RAJOKE. Review ini saya lakukan pagi tadi, setelah lebuhraya ini dibuka seminggu , dengan tujuan utama saya untuk membuat 'marking' perbatuan dan juga 'response-time' jika saya menerima maklumat kes yang berlaku di lebuhraya ini sehingga Kuala Selangor. Ia mempunyai 3 plaza tol iaitu Plaza Tol Taman Rimba Templer, Kuang Barat/Kuang Timur dan Ijok. Kadarnya masih belum diumumkan ,bagaimanapun difahamkan adalah RM2 untuk setiap plaza tol bagi kenderaan 2 gandar. Kadar ini dirasakan agak mahal kerana bayangkan untuk sampai ke Ijok, anda terpaksa melalui 3 Plaza tol dan jumlah keseluruhan adalah RM6. (Kadar paling sesuai dicadangkan ialah RM1 setiap Plaza Tol atau paling tinggi RM1.50) Memasuki lebuhraya ini, kita akan menemui beberapa keunikan yang saya rasa tiada pada lebuhraya lain di Lembah Klang. 1- Satu-satunya lebuhraya yang tiada satupun kawasan perumahan di kiri-kanan – hampir keseluruhan adalah ladang kelapa sawit dan juga kawasan berbukit. 2-Satu-satunya lebuhraya yang mempunyai pembahagi jalan dibina dari struktur tembok setinggi kira-kira 1 meter sepanjang laluan. -Kebaikannya: - kemungkinan kenderaan 'terbang' memasuki laluan bersebelahan adalah sukar jika berlaku kemalangan. - kemungkinan kenderaan laluan sebelah memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan , adalah kurang kerana halangan dari tembok tersebut. -Impak kemalangan dijangka akan menjadi lebih buruk kerana tembok tidak mempunyai sebarang 'penyerap-hentakan' seperti getah bagi mengurang kesan rempuhan/hentakan. Jadi kepada anda yang gemar memecut dan memandu melebihi had laju, jika berlaku kemalangan dan kenderaan anda merempuh tembok ini, minta maaflah, walaupun ambulan boleh sampai cepat, tetapi nampaknya nyawa anda mungkin cepat juga melayang. 3- Mutu pembinaan lebuhraya ini adalah baik- tiada selekoh tajam, tiadanya laluan 'berombak' , tiada kawasan angin lintang, 4-Satu-satunya perumaham awam yang ditemui di tepi lebuhraya ini ialah Perumahan Awam Burung Walit. Ketika saya melalui lebuhraya pagi tadi, saya percaya sebuah ambulan sedang melakukan ujian 'response time' jika berlaku kemalangan kerana 3 kali terserempak dengan ambulan yang sama mengelilingi lebuhraya ini. Untuk bantuan kecemasan, setiap beberapa kilometer, palang besi menggantikan tembok yang boleh dibuka oleh pihak lebuhraya. Tujuannya untuk kenderaan penyelamat seperti Bomba dan Ambulan boleh membuat pusingan U dengan pantas untuk ke lokasi kemalangan. Ia juga bagi membolehkan pihak lebuhraya membuka palang besi ini untuk membuat laluan 'tidal-flow' jika laluan di hadapan tersekat akibat kemalangan atau bencana lain. Kemalangan maut mungkin belum ada kerana baru seminggu dibuka, tetapi sekitar KM24 , saya memenui kesan tayar dan darah di atas jalan, berkemungkinan kesan kemalangan dengan haiwan liar/ternakan. Ini kerana beberapa kawasan ladang kelapa sawit turut ditemui lembu di dalam kawasan pagar, yang mungkin ada yang boleh terlepas ke lebuhraya. Kenderaan yang melalui lebuhraya ini dikedua-dua arah masih ditahap amat-amat rendah ketika saya memasukinya jam 8.40 pagi tadi. Lebuhraya ini saya andaikan 90 peratus telah siap kerana beberapa kemudahan lain masih dalam pembinaan. Antaranya kawasan Rehat dan Rawat belum siap , manakala penandaan perbatuan (KM) baru sehingga KM 10 di Ijok (anggaran bacaan saya dari KM 30 di Tol Taman Rimba Templer). Lebuhraya ini 'dimiliki' oleh 2 Ibupejabat Polis Daerah IPD iaitu IPD Gombak dan IPD Kuala Selangor yang bersempadan di kilometer 15.4 Post Lain Yang Berkaitan14 CommentsFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kuala selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan