12 di dengkil - Google Blog Search |
Penduduk Taman Permata <b>di Dengkil</b> tuntut pembinaan rumah teres <b>...</b> Posted: 10 Sep 2012 01:50 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Sept — Kira-kira sejumlah 300 keluarga penduduk Flats Taman Permata, Dengkil menuntut pembinaan rumah teres kos rendah yang telah dijanjikan kepada mereka sejak tahun 1998 daripada Kerajaan Pusat. Penduduk-penduduk tersebut yang dipindahkan pada 1998 oleh kerajaan pusat dengan bantuan kerajaan negeri Selangor di bawah Barisan Nasional untuk pembinaan Pusat Pentadbiran Putrajaya kini ditempatkan di rumah pangsa kos rendah di Taman Permata, Dengkil yang dibina oleh Putrajaya Holdings. Isu mengenai pembinaan rumah teres kos rendah ini telah pun diutarakan kepada Kerajaan Selangor dan dimaklumkan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar sebelum ini dimana sebidang tanah sebanyak 18 ekar telah diperuntukkan untuk pembinaan rumah teres kos rendah dengan syarat Kerajaan Pusat yang perlu membinakan rumah tersebut kerana penduduk-penduduk pindahkan oleh kerajaan pusat untuk membina Putrajaya sebelum ini. "Ini bukanya satu isu dan tuntutan yang baru ditimbulkan oleh penduduk. Semasa dipindahkan pada tahun 2008, penduduk dijanjikan dengan rumah teres namun mereka ditempatkan di rumah flat yang mempunyai pelbagai masalah seperti retakan di flats, masalah sistem paip, kebocoran paip gas dan banyak masalah lagi," ujar Koordinator Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Encik Theva dalam satu kenyataan akhbar kepada The Malaysian Times (TMT) hari ini. Menurut Theva lagi, rumah flat yang dihuni sekarang juga merupakan rumah transit sebelum pembinaan rumah teres kos rendah seperti yang dijanjikan. "Penduduk Flat Taman Permata telah bersepakat untuk menyerahkan memorandum kepada Presiden MIC Datuk Seri Palanivel yang akan datang melawat pada petang ini," katanya lagi. Datuk Seri Palanivel dijangka akan melawat penempatan penduduk di Flat Taman Permata pada petang ini untuk mengumumkan peruntukan sebanyak 2.5 million bagi menaiktaraf dan penyelenggaraan perumahan tersebut. Theva bagaimanapun berkata penduduk tidak mahukan peruntukan sebanyak 2.5 million tersebut sebaliknya meminta pembinaan rumah teres kos rendah seperti yang telah dijanjikan sejak tahun 1998 lagi. "Kami tidak akan mengambil tindakan lain selain menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Palanivel dan hanya menunggu apa tindakan mereka selanjutnya," katanya lagi sewaktu dihubungi oleh The Malaysian Times.
Category: Bahasa Malaysia News |
You are subscribed to email updates from di dengkil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan