Selasa, 22 Januari 2013

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Keropok Losong <b>Tanjung Karang</b> Selangor | ladfeamir.com

Posted: 12 Jan 2013 06:47 AM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar korang semua? Semoga korang semua sihat waafiat.

Aku dah lama nak tulis entri ini, tetapi masa yang agak terbatas menyebabkannya tertangguh.

Keropok Losong Tanjung Karang Selangor

Selepas makan Cendol Bakar di Kuala Selangor, kami terpaksa mengharungi jalan Jem yang agak teruk.

Isteri aku ternampak signboard Keropok Losong sebelum sampai ke Bandar Tanjung Karang. Kami kemudiannya singgah di Restoran Keropok Losong tersebut yang terletak sebelah kanan jalan jika korang dari Klang.

Restoran Keropok Losong ini kecil sahaja. Menu rasminya adalah keropok losong yang digoreng panas-panas selepas di order. Tak silap aku harganya RM1 = 4 keping.

Kami tidak singgah, cuma sekadar beli Keropok Losong  mentah untuk dibawa balik ke Sungai Besar. Satu bungkus RM5.

Di rumah mertua di Sungai Besar, Farris cukup suka dengan Keropok Losong ini. Semua orang di rumah mertua aku pun turut suka. Rasanya tiada berbeza dengan Keropok Losong dari negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ada lebih isi ikan daripada tepung.

Apabila kami pulang semula ke Lembah Klang sehabis cuti sekolah, kami singgah lagi di Restoran Keropok Losong ini. Jika dari arah Sabak Bernam atau Sungai Besar, korang kena lepasi Bandar Tanjung Karang. Restoran ini terletak di sebelah kiri pula.

Ok layan gambar pula

Kedainya nampak kecil sahaja. Owner berasal dari Kelantan. Ada Laksam,Sagun serta Madu lebah.

Sos berharga RM5 sebotol.

image

Keropok Losong mentah sudah siap dibungkus

image

image

Pada plastik ada tertera alamat dan no telefon untuk korang hubungi nika korang berminat ingin membeli keropok losong ini.

image

sampai di rumah terus snap gambar. Aku beli sampai 4 bungkus dan sebotol sos. Sos nya agak manis tetapi sedap.

image

Mula-mula aku nak letakkan gambar di bawah sebagai salah satu soalan Contest Cikai. Tetapi tidak adil pula aku rasakan kerana bukan semua orang berkesempatan untuk pergi ke Tanjung Karang untuk membeli Keropok Losong.
image

Jika korang berkesempatan atau mengidam. Bolehlah korang beli Keropok Losong Tanjung Karang ini sebagai ganti kepada Keropok Losong Negeri Pantai Timur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads